“15 Tahun Kami Berkahwin, Tapi Suami Jarang2 Sentuh Aku” Sejak bertunang kami tak bahagia, akhirnya tuhan beri petunjuk rupanya suami
Foto sekadar hiasan. Perkongsian ini hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman hakikat alam perkahwinan. Saya CT (bukan nama sebenar) sudah berkahwin 18 tahun dengan 3 orang anak yang meningkat remaja. Saya berkahwin semasa masih menuntut. Suami senior jadi dia balik Malaysia dahulu dan bekerja sementara saya masih teruskan pengajian.
Rumah tangga kami tidak pernah bahagia. Sejak dari alam pertunangan (hampir putus tunang) sehingga perkahwinan kami yang ke 15 tahun.
Selepas 15 tahun berkahwin barulah saya diberi petunjuk kenapa perkahwinan saya selama ini tidak bahagia.
Beberapa hari lagi nak Ramadan saya tergerak hati untuk buka handpone suami (sebelum ini ada password).
Terjumpa mesej dengan beberapa perempuan bergurau bermanja termasuk dengan staf tempat kerja termasuk beberapa gambar.
Selepas screenshot hal dalam handphone tengah malamnya saya tergerak hati untuk ambil satu beg kecil di dalam laci bilik yang berisi banyak pendrive.
Selama ini memang tau ada pendrive tapi belum tergerak untuk cuba buka. Lebih meruntun hati bila dalam pendrive ada video ada gambar dengan perempuan yang berbeza dan kejadiannya berlaku setahun selepas kami berkahwin.
Ya sewaktu kami berjauhan dia houseman di Pantai Timur sementara saya masih belajar di luar negara tahun akhir.
Bila dilihat tarikh video diambil rasa hampir gugur jantung ngilu sampai ke tulang kerana pada masa tu saya baru beberapa bulan bersalin.
Dan kejadian berterusan sehinggalah saya habis belajar dan balik ke Malaysia.
Dia diam terus delete semuanya. Tapi pendrivenya saya dah sembunyikan. Yang didelete hanya apa yang ada pada desktop.
Sampai ke hari ini saya tak ada jawapan siapa mereka, apa sahaja yang mereka dah buat. Saya terkedu dan terkejut sebab memang betul-betul tak pernah terlintas dan curiga.
Kenapa saya tak confront? Sebab saya dah tau ini jawapannya kenapa perkahwinan kami selama ini tak bahagia. Tak perlu lagi saya bertekak bertik4m lidah sebab selama 15 tahun saya dah laluinya. Saya tak nak lagi anak-anak melihat pertengkaran kami.
Hikmahnya perkara berlaku di bulan Ramadan saya dapat berfikir dengan rasional.
Jika bertekak saya akan semakin mengeruhkan keadaan sedangkan perkara ni berlaku dah lama. Semakin saya diam semakin dia merasa bersalah.
Perlahan-lahan saya lihat dia mula berubah. Layanan dia pada saya dan anak-anak berubah. Saya baru mula merasa sedikit bahagia pada perkahwinan yang ke 16 tahun sehinggalah sekarang.
Bohong kalau saya katakan dah melupakan. Bohong juga kalau saya dah memaafkan. Tapi kalau dengan berdiam diri malah saya merasa tenang dan bahagia kenapa tidak.
Saya memujuk hati dengan beranggapan apa yang telah dia buat adalah kerana kesalahan ibu dia dalam mendidik dia dulu.
Ibu dia tak pandai mendidik anak. (Selama dia houseman dia tinggal bersama keluarganya di Pantai Timur). Bukan salah saya kerana bukan tanggungjawab saya untuk mendidik dia yang sudah pun menjadi ayah pada masa tu (houseman).
Saya bertekad untuk mendidik anak lelaki saya supaya tidak membuat perkara yang sama apabila beristeri kelak.
Dengan cara saya fokus kepada memberi didikan kepada anak-anak yang meningkat remaja membuat saya bahagia kerana saya mula nampak bibit-bibit akhlak yang baik pada anak-anak.
Apa yang berlaku biarlah rahsia anak-anak tak perlu tahu. Saya ingin anak-anak menganggap ayah mereka orang yang baik supaya mereka juga menjadi baik.
Saya meletakkan kebahagiaan saya pada anak-anak. Bukan pada suami. Umur yang sudah hampir setengah abad menjadikan saya matang dalam bertindak.
Pasti ada hikmahnya kenapa Allah tidak beri petunjuk dari awal. Mungkin saya akan ambil tindakan yang merugikan masa depan anak-anak.
Bukan takut tak mampu menanggung anak-anak tapi tak mahu merosakkan emosi dan peribadi anak-anak. Biarlah saya tak tahu daripada tahu perkara yang dah lepas. Tapi masa depan anak-anak yang kelak akan berkeluarga jauh lebih penting.
Untuk para isteri yang masih muda yang merasa tidak bahagia anda tidak bersendirian. Allah Maha Adil.
Kita tak dapat bahagia dari suami tapi kita dapat bahagia dari anak-anak, kita dapat bahagia dari tempat kerja, kita dapat bahagia dari sahabat jiran tetangga. Kita tidak bahagia pada awal perkahwinan tapi kita bahagia di hujung perkahwinan.
Ini antara reaksi netizen untuk kisah sedih ini
Norizan. Salam,Ada satu benda kebetulan terjadi pada makcik bebaru ini.
Ada seseorang datang sound makcik. Katanya makcik tak pandai mendidik anak menyebabkan anak kurang ajar dengan dia.
Kebetulan dia cakap macam tu di depan makcik dan anak lelaki makcik dua orang.
Dia marah sebab salah seorang anak makcik tu menjawab bila dia bertanya (anak yang lain – perempuan yang dah dewasa). Dia sendiri pun tepuk kepala anak makcik depan depan orang ramai (tak patut la gitu)
Makcik pun tanya dia, adakah semua anak makcik macam tu ? Merujuk pada dua anak makcik yang berada disamping makcik ?
Dia kata tak…
Malas memanjangkan cerita, makcik hanya minta maaf pada dia sebab makcik tak pandai didik anak.
SEBENARNYA, anak makcik yang dia tepuk kepala, dia marah marah tu umurnya dah 20an. Setiap kita ni memang ada personaliti, ada sikap peribadi yang bukan boleh diubah diasuh oleh ibu bapa.
Contoh, kalau dia jenis pendiam, kita tak boleh ubah jadi periang. Kalau dia jenis pemalu, kita tak boleh minta dia hilangkan rasa malunya. Kalau dia pendendal4m juga, sukar nak ubah dia memaafkan.
Tambah kalau suami confessor tu dah tua, dah ada anak ada isteri. Kenapa masih salahkan ibu bapa dia ? Dia curaang pun salah mak pak dia ?
Hmmm… bersangka baik betul confessor…
Tak apa, asalkan hati kita bahagia.
Umi. Setelah baca sebahagian komen…sy pun beranggapan yg serupa..tak perlu tt mnyalahkan mak ayh krn salah mendidik ank…yg salah tu laki engkau..dia dah matang..bkn budak mumayyiz lg..
lagi satu kalu manusia ni nk berbuat dosa, dia X tunjuk kt org lain..kalu bolehh sembunyi..dia akn sembunyikan sungguh sungguh…sampai org kiri kanan, keluarga X sedar…
pandai dia mkn pandai dia simpan… contohnya tt sendiri pun dah 15 thn br TAU bukan?..apa apa pun moga Allah pelihara perhubungan tt dan suami serta seluruh ahli keluarga..
Salwa. Pelik kenapa salahkan ibu mertua tak pandai didik anak. Bila dah dewasa anak sendiri la yang memikirkan mana baik dan buruk. Takkan anak dah tua bangka berzina ke curaang ke salahkan mak x pandai didik anak juga
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: IIUM via e-kesah