“3 Bulan Tak Beri Nafkah” Tiba-tiba isteri jumpa resit beli barang kemas

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tidak salah anak lelaki masih mahu menabur bakti pada orang tua selepas berkahwin, namun janganlah mengabaikan tanggungjawab diri pada isteri dan anak. Suami perlu diingatkan, jangan dahagakan pujian semata-mata, namun dalam diam isteri memendam rasa.

Jangan sampai isteri tawar hati, kelak binasa rumah tangga. Saya seorang suami yang telah berkahwin dengan isteri yang sebelum ini berstatus janda anak satu. Perkenalan kami selama dua tahun di mana ketika saya berjumpa dengan isteri, dia ditinggalkan oleh bekas suaminya tanpa kasih sayang dan perhatian.

Mungkin di atas dasar simpati terhadap dirinya, saya menikahinya dan berjanji akan menjaga dia dan anaknya itu. Sepanjang tempoh perkahwinan kami yang hampir dua tahun, isteri sangat memahami keadaan kewangan saya, memandangkan dia pun bekerja untuk membantu keluarga.

Kehidupan kami seperti biasa, sehinggalah pada satu hari, adik perempuan saya mesej di WhatsApp meminta sejumlah duit untuk membeli alat solek. Kebetulan pada masa itu saya baru menerima gaji. Jadi, saya pulang ke rumah mak sekejap dan beri adik perempuan sedikit duit.

Mak juga mahu sejumlah duit untuk membeli barang keperluan dirinya. Jadi, apa salahnya saya sebagai seorang anak beri mak saya duit. Sejak daripada saat itulah, setiap bulan saya habiskan hampir 80-90% gaji saya kepada mak dan adik perempuan yang tidak bekerja untuk membeli barang keperluan dapur, alat solek dan sebagainya untuk mereka sehingga saya sendiri kering-kontang.

Isterilah yang banyak menghulurkan duit ketika saya sesak. Isteri pernah bertanya, ke mana duit gaji saya? Tetapi saya katakan bahawa saya beri pada mak dan adik. Tiga bulan pertama dia bising juga sebab sepanjang tempoh itu saya langsung tidak beri dia duit barang dapur, apatah lagi nafkah untuk diri dia.

Masuk bulan keempat, isteri dah tak bising, malah tidak bertanya ke mana perginya duit gaji saya. Perkara ini berlanjutan selama setahun. Tiba saja 25 haribulan, mak dan adik akan menghubungi saya untuk mengajak saya keluar membeli barang-barang keperluan mereka.

Saya langsung tak tanya isteri ada duit ataupun tidak. Mungkin tuhan nak menyedarkan saya. Pada satu hari ketika saya baru saja pulang dari bermain futsal, saya tengok isteri sudah tidur, begitu juga dengan anak. Mungkin isteri saya keletihan melayan anak yang lasak bermain sehingga tidak sempat mengemas barang-barang mainan yang bersepah dan handbag dia.

Saya agak, mungkin anak bermain dan sepahkan alat solek isteri dan dompetnya. Sedang saya mengemas dompet isteri yang berterabur dengan kad-kad, saya belek hanya ada RM21 sahaja duit di dalamnya. Tiba-tiba saya terus tersedar, bagaimanapun isteri saya boleh bertahan sehingga gaji dia masuk 7 haribulan nanti?

Saya kira-kira ada lagi dua minggu menunggu tempoh gaji seterusnya. Terus saya tengok muka isteri yang tengah nyenyak tidur. Datang perasaan sebak itu secara tiba-tiba melihat wajah isteri yang terlalu baik dan tidak pernah merungut selama setahun saya mengabaikan nafkah zahir untuknya.

Cepat-cepat saya naik ke atas katil dan peluk isteri sambil mencium wajahnya dengan seribu sesalan. Banyak sungguh dosa saya terhadap isteri. Ketika saya susah dan tidak berduit, isterilah tempat saya meminta. Tetapi ketika saya ada duit, saya langsung tak ambil tahu tentang isteri dan anak.

Saya tidak pernah bawa isteri dan anak makan di luar, beli barang dapur pun jauh sekali. Yang saya tahu, setiap hari balik kerja, isteri dah siap masak tanpa saya tanya barang dapur ada lagi ke tidak. Isteri bangun dan terkejut, basuh mukanya dengan air mata saya, lalu bertanya kenapa saya menangis.

Kelu lidah saya untuk menjawab soalannya. Apa yang saya tahu, saya sangat cintakan isteri pada ketika itu. Saya pegang tangan isteri, jangan katakan gelang emas, sebentuk cicin pun tak ada satu pun yang membaluti jari jemari isteri saya.

Tetapi bila saya dapat bonus, saya habiskan dengan membeli gelang emas mak dan cincin emas adik. Saya sungguh sedih pada ketika itu, langsung tak terkeluar kata-kata saya pada isteri. Saya peluk isteri dengan erat. Isteri menjadi semakin pelik dan banyak kali bertanya mengapa saya tiba-tiba menangis seperti budak kecil.

Bila saya sudah reda dari menangis, barulah saya ceritakan satu persatu mengapa saya jadi begitu. Isteri hanya mendiamkan diri, langsung tiada setitik air mata jatuh di pipunya. Saya melihat isteri senyum dan ajak saya sambung tidur.

Berkali-kali saya memohon keampunan pada isteri tetapi dia hanya mendiamkan diri. Saya paksa isteri untuk bercakap tetapi dia masih diam. Tidak berapa lama kemudian, isteri dengan tenang meluahkan apa yang dia rasa selama ini. “Selama ini, saya pernah bising pada abang tentang ke mana gaji abang.

Keesokkannya, kami tidak pergi bekerja kerana masing-masing mengantuk. Selepas menghantar anak ke sekolah, seharian saya bersama dengan isteri di rumah. Setiap masa saya peluk isteri dan seperti tidak mahu dia pergi ke mana-mana. Saya tahu dia terluka dengan segala perbuatan saya selama ini,

tetapi isteri saya berlagak seperti biasa sahaja dan melayani saya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sehingga ke hari ini, saya masih buntu dan tidak tahu bagaimana mahu memujuk hati isteri supaya jangan meminta saya untuk melepaskan dia.

Kalau saya pergi kerja pun, hati saya tetap teringat pada isteri. Nak tunggu jam 5 petang itu terasa sangat seksa sekali. Sungguh saya tak sabar nak berjumpa dengan isteri. Apa yang patut saya lakukan untuk menawan semula hati isteri? Saya tidak mahu dan takut kehilangan dia. Saya sangat sayangkan isteri saya. Tolong bantu saya

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: hits.allhmt