“7 Bulan Lepas Kahwin, Aku Baru Datang Bulan” Bila doc sahkan aku hamil, cepat2 aku cari camera tersembunyi
Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum semua selamat sejahtera p..
Allahuakbar! Sebelum saya memulakan, saya ingin merakamkan rasa terharu kepada semua yang sudi membaca tulisan saya sebelum ini. Saya tak sangka hasil tulisan picisan saya mendapat sambutan sebegitu.
Saya cuma ingin menjawab persoalan tentang bagaimana saya akhirnya ditakdirkan mengandung.
Selepas kahwin, saya sebenarnya masih si overthinker. Cuma, kerisauan kerisauan saya terkawal. Lebih lebih apabila suami saya selalu mengingatkan.
Bulan pertama perkahwinan, saya sudah tertanya tanya, mengandung ke? Masalahnya peri0d memang tak pernah datang. Saya beli tester senyap senyap. Bila negatif. Terasa kecewa. Tapi cepat cepat saya ingat, ‘Allah kan ada..’.
Bulan kedua, ketiga, keempat, kelima, juga sama. Saya tidak mengandung. Tapi peri0d saya tidak juga kunjung tiba.
Bulan keenam, saya dibawa menziarahi keluarga sahabat suami. Suami bertemu kawannya di ruang tamu manakala saya diletakkan bersama isterinya di dapur.
Rupa rupanya saya dipisahkan dengan suami kerana untuk mengelak percampuran lelaki perempuan bukan mahram. Saya kagum disitu. Terdetik dihati saya, inilah yang sepatutnya..
Didapur, isteri kawan suami saya yang saya panggil kak Maya terus bertanya. Berapa lama dah kahwin? Dah ada isi? Merancang ke? Saya jawab semua dengan jujur.
Kak Maya terus berkata,
“Jika inginkan harta Allah, jangan kedekut untuk keluarkan harta kita”
Kak maya sambung lagi..
“Sedekah tidak perlu tunggu duit yang banyak. Kadang kadang dengan sebiji gula gula yang ikhlas kepada seorang anak kecil pun boleh membahagiakan ”
“Minta doa daripada anak anak kecil. Lebih lebih anak yatim. Kerana doa mereka tiada hijab”
Saya mendengar penuh khusyuk. Saya minta dia menyambung lagi..
“Tapi.. jangan sesekali menguji Allah.. jika masih belum dikurniakan rezeki.. jangan sesekali berkata ‘aku dah buat semua.. takdepun Allah bagi apa apa’.. itu tanda kita tidak ikhlas”
“Jangan fikirkan sangat tentang anak. Tapi doa jangan putus.. Minta.. Harap.. tapi serah pada Allah. Kena selalu bersangka baik”
Ya Allah.. seperti tamparan hebat bila Kak Maya berkata tentang sangka baik. Saya yang overthinker ni, selalu saja negatif. Allahu..
“Dan satu lagi.. jaga badan. Badan ni amanah Allah. Gemuk tidak dosa, cuma jika ianya membuatkan kita jadi malas beribadah.. kan rugi?”
Huhuhu.. kali ini bukan tamparan yang kak Maya bagi. Tapi tendangan tanpa bayang. Haha..
Berat saya memang dah berkilo kilo naik selepas kahwin. Selera makan pun makin menjadi jadi..
Dipendekkan cerita.. baru saya tahu kenapa suami mengajak saya berkunjung ke situ. Untuk memulihkan semangat saya yang hampir lumpuh.
Alhamdulillah.. saya cuba menjadi orang yang baru. Tentang anak, saya cuba lupakan. Tapi tetap dengan doa. Saya dan suami lebih banyak memberi. Pantang lihat anak anak kecil, pasti akan saya beri sesuatu. Hati rasa tenang bila lihat anak anak kecil gembira.
“Doakan acik dapat anak comel macam awak ye..” itulah yang selalu saya katakan pada mereka. Walaupun ada juga yang kata “doa tu apa?” Hahaha.. terhibur saya..
Saya mula sayangkan badan saya. Saya minum 3 liter sehari. Saya makan ikut keperluan. Lebihkan sayur sayuran dan buah buahan. Saya kurangkan makanan proses dan jajan. Saya terasa sangat sangat sihat. Rasa ringan
Sehinggakan suami saya menegur saya nampak berseri seri.
Bulan ke 7, saya peri0d! Ini peri0d pertama saya selepas saya berkahwin. Haha.. asbab jaga kesihatan agaknya.
Peri0d saya berketul ketul banyak. Saya perasan, peri0d pain saya berkurang. Kawan saya kata sebab dah kahwin. Dulu jalan sempit.. sekarang jalan dah luas.. JKR dah buat kerja. Hahahah kurang asam betul!
Bulan ke 8, peri0d saya stop lagi. Saya dah dapat agak la.. dah tentu la pattern peri0d saya macam tu. Pasrah.
Dalam kepasrahan, saya diuji dengan penyakit kencing.
Bayangkan, perasaan kuat untuk kencing, tapi bila cangkung, beberapa titik saja yang keluar. Saya jadi takut.
Saya hubungi suami saya, dia pun balik tergesa gesa. Masa tu saya menangis takut. Kami terus bergegas menuju klinik
“Dah le tu. Kejap lagi kita tau la.. Tak payah takut sangat”. suami memujuk..
“Saya dah nak mti ke?”
Suami saya gelak. “Dah mula la tu!”
“Saya mti nanti abang kahwin lain tak?”
Suami saya gelak lagi kuat.
“Kalau saya mti, abang kahwin lain.. Saya jadi hantu, cekik bini baru abang!”
Kali ni gelaknya non stop. Bila dia lihat saya dengan wajah serius, dia terus senyap..
“Yelah.. abang tak cari lain. Kalau awk jadi hantu, awak tetap jadi bini abang.. macam Nang Nak tu!”
Saya tersenyum. Disitu saya lega. Walaupun mustahil, tapi itu sudah cukup membuat hati saya berbunga bunga. Hilang kejap masalah saya. Haha
Sesampainya di klinik, suami saya duduk diruang menunggu sementara saya masuk berjumpa doktor. Alhamdulillah.. doktor perempuan.
Saya ceritakan masalah saya pada doktor. Dengan tenang doktor berkata,
“Tu memang petanda ada jangkitan kuman pada salur kencing. Takpe.. kite cek ye..”
“Puan tadah kencing masukkan dalam bekas ni ye?”
Eh? Rindunya kat bekas tu. Teringat kenangan semasa di tingkatan 2.. haha.
Selesai semua. Saya serahkan bekas kecil itu kepada doktor. Saya tak nampak apa ujikaji yang doktor lakukan. Setelah beberapa minit, doktor keluar.
“Memang ada jangkitan pada salur kencing. Dan kencing sedikit berbau. Ada sedikit drah jugak”
“Bahaya ke doktor?”
“Tak bahaya.. cuma kalau tak dirawat bahaya kepada ibu mengandung”
Saya mendengar dengan sayu.
“Mujur saya tak mengandung doktor.. ”
“Masalahnya sekarang.. awak dah mengandung!” Doktor menunjukkan double line pada tester sambil tersenyum.
‘Apa?? Mengandung?? Mengandung anak ke? Ke mengandung lemak? hati saya mula meracau tak tentu..
“Betul ke doktor?” Suara saya sudah hilang rentak. Mata saya berkaca. Saya cuba kawal diri..
Disitu saya mencari cari kamera tersembunyi. Takut la kalau semua ni sebenarnya prank. Haha
“Kadang kadang, kencing kotor juga menjadi simptom mengandung. So, tahniah pada awak ye..bla bla bla bla..”
Saya sudah diawang awangan.. Syukurnya ya Allah. Terjawab doa saya. Saya janji menjaga amanah ini baik baik. Saya pandang perut saya.. Indahnya.. ada nyawa si kecil di dalam rahim ini..
“Tapi, saya bagi awak ubat insert ye. Untuk bnuh kuman. Masukkan ikut bawah.. Banyakkan juga minum air kosong. InsyaAllah nanti semua ok”
Saya angguk. Saya happy. Rasa nak peluk doktor.. tapi nanti dia kata saya overacting. Haha
Saya keluar dari bilik doktor. Saya lihat suami saya, dalam hati saya terjerit jerit ‘abangggg!!! Saya mengandung!!’ Tapi bibir saya cuma tersenyum.
Selepas bayaran klinik dan pengambilan ubat. Suami saya dengan tenang memimpin saya ke kereta.
“Ok saja kan? Tak jadi Nang Nak kan?”
Kali ni saya pulak tergelak. Dalam hati saya ‘Ye bang.. tak jadi Nangnak.. tapi jadi anak.. hehe’
“So? Apa doktor cakap?”
“Jangkitan kuman. Sikit je..”
Allah saja tahu betapa hati saya terlalu ingin meluahkan berita gembira itu. Tapi, sebenarnya saya inginkan sesuatu yang lebih dramatik.. haha
“Abang, singgah farmasi jap.. nak beli panadol”
Tanpa banyak bertanya, suami saya cuma mengikut.
Di farmasi saya beli pregnancy tester yang paling mahal. Saya difahamkan tester tersebut boleh meramal usia kandungan
Setelah membayar, kakak kaunter memberi wang baki dan kata “Tahniah..” saya terkejut.
Agaknya dia lihat saya tersenyum sorang sorang semasa memilih tester tadi. Haha
Sesampainya dirumah. Saya katakan saya ingin berehat. Saya terus masuk ke bilik air. Saya tadah kencing. Titik pada tester. Terserlahlah..
Pregnant. 2-3 weeks.
Ya Allah indahnya.. lama saya tenung tester tu. Macam jatuh cinta pulak. Haha
Tanpa membuang masa, saya keluar. Saya lihat suami saya sedang menonton tv.
TV saya matikan. Dia terkejut. Saya kumpul tenaga.. Saya kawal empangan di mata saya yang hampir nak pecah.
Saya serahkan pregnancy test padanya..
Dia yang pada mulanya tenang, akhirnya bangun dan terus memeluk saya.
Kami menangis!
Beberapa minit juga la. Habis baju saya lencun. Baju dia pun sama. Tapi saya rasa peratus kelencunan baju saya lagi banyak. Ini pertama kali saya lihat dia menangis dengan bersungguh.. Haha
Saya cuba menyelami perasaan dia sebagai suami. Saya tahu kelelakian dia tercabar apabila belum berjaya membuat saya mengandung sebelum ini. Disebabkan dia seorang lelaki, dia hanya mampu pendam dan berdoa.
Dia lihat perut saya, dia usap. Dia pandang saya, “terima kasih ye..” dan kami berpelukan lagi. Tak ubah macam scene drama waktu maghrib. Haha
Sebenarnya sekarang ini, bila saya ingatkan tentang peristiwa peluk peluk ni, dia kata dia tak ingat langsung! Malu le tu.. Hahah
Ye.. begitulah kisahnya..
Doa, doa, doa, dan doa..
Allah suka bila kita meminta. Merayu. Merintih..
Tapi kita kena usaha kan?
Ye.. betul. Kita usaha kerana Allah suka orang yang berusaha. Bukan kerana usaha penentu kejayaan. Usaha hanya asbab!
Ketahuilah.. segala galanya.. saya ulangi, SEGALA GALANYA.. hatta ingin mengangkat jari pun, adalah dengan izin Allah!
Kepada yang TTC (Trying To Conceive), saya doakan semua bertemu si comel nanti. Jangan pernah letih berdoa. Jika tidak direzekikan, pasti Allah merencana sesuatu yang lebih indah.
Sebelum ni, saya memang bertekad, jika tidak mampu memiliki anak sendiri, harap ada rezeki untuk mengambil anak angkat. Kerana saya perlukan doa dari anak anak jika saya telah tiada nanti..
Oklah ye.. Askar askar saya dah mintak makan pulak.. Saya undur diri dulu ye.. ada masa saya membebel lagi. Haha..
Terima kasih semua.. Terima kasih Allah..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber : Julia (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia