“Abang Heret Aku Dengan Rambut Ditarik, Depan Mak Dan Adik Beradik Abang Humban Aku Atas Sofa” Mak cepat2 lari masuk bilik

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku Laila. Berumur 38 tahun dan menetap di utara tanah air. Cerita aku agak panjang tapi ianya bukanlah rekaan.

Aku ingin meluahkan dendam aku yang aku kira masih membara di dalam diri ini. Cerita aku banyak bahagian dan melibatkan ramai orang.

Bismillah, aku mulakan.

Sejak aku kecil lagi, mak dan abah aku telah mengamalkan sikap pilih kasih. Paling ketara mestilah mak aku.

Dia punya taksub untuk menyanjung anak lelaki tu masya-Allah, memang pada dia, anak jantan adalah MALAIKAT. Buatlah apa pun, tetap abang aku di bela. Aku anak kedua.

Beza umur aku dengan abang aku cuma dua tahun. Nasib aku tak baik. Sebabnya, abang aku ni jenis kasar, kepala angin dan bdoh pun ya.

Jadi, kami memang tak rapat. Bergaduh tu sampai tahap membenci. Aku memang benci abang aku atas perbuatan dia.

Bayangkan la (bukan bayangkan tapi memang betul betul berlaku), dia rosakkan barang rumah, basikal, kereta, tapi dia tuduh aku yang buat.

Part rosakkan kereta tu, dia kantoi la, aku mana pandai bawa kereta. Masa ni umur aku baru 15 tahun dan abang aku 17 tahun. Sampai kemek kereta ayah aku dia kerjakan.

Tapi ada hati nak tuduh aku. Bdoh kan dia? Lepas tu, memang kena bantai la dengan ayah aku. Cuma, perkara jadi tak panjang sebab mak aku masuk campur. Of course lah dia membela anak lelaki dia.

Abah aku pulak, dia sayang adik aku yang bongsu tu. Aku ada enam adik beradik, semua lahir rapat rapat. Adik aku yang bongsu ni, nak apa semua dapat. Baru baru ni dapat motosikal.

Kami yang lain memang tengok saja la mampu. Bab makanan, memang dia lah pemenang sampai gedempol badan dia.

Mana taknya, cakap saja lapar dekat abah aku, pukul 12 malam pun sanggup drive pergi beli nasi kandar dekat adik aku.

Anda semua mungkin akan kata, eleh yang tu pun nak jealous ke? Sehari dua, mungkin lah aku boleh katakan yang aku ni cemburu. Kalau daripada kecil sampai umur aku 38 tahun ni?

Ni aku pendekkan saja cerita bab pilih kasih daripada mak dan abah. Sebab kalau aku cerita detail, aku rasa sebulan pun aku masih tak dapat siapkan confession aku.

Malangnya, jodoh abah dan mak aku tak panjang. Masa ni umur aku 18 tahun. Baru saja habis SPM. Ni lagi satu part yang aku nak cerita sebelum masuk ke cerita aku. Mak aku ni bukan menantu yang disukai la.

Nak kata mak aku tak cantik, lawa saja aku tengok waktu dia muda muda. Bukan menantu pilihan kut yang lebih sesuai. Nenek (mak kepada abah) buat macam macam untuk pisahkan mak dan abah aku.

Nenek aku ni pun mengamalkan sikap pilih kasih. Sayang sungguh kat pak cik aku (adik bongsu abah) macam mak aku sayang dekat abang aku. Sebijik! Lepas pakcik aku kawin, nenek aku dapat menantu baru.

Aku masa tu umur 10 tahun, mestilah aku memahami apa yang berlaku. Nenek aku buat mak aku macam tak wujud sebab dapat menantu lawa. Tapi pada aku tak lawa sangat pun, cuma putih saja.

Mak aku ni kulit macam Kajol. Tapi mentaliti orang kan kalau kulit putih saja mesti lawa.

Actually, sejak mak aku kahwin dengan abah aku pun, nenek aku tak pernah ambil tahu pun pasal keluarga abah hatta kami adik beradik.

Lepas dapat menantu lawa, terus terputus rasanya hubungan kami dengan nenek. Aku pun tak rasa nak melawat nenek sebab aku memang rasa benci sangat dekat dia.

Waktu mak dan abah aku berpisah, umur aku 18 kan? Now umur aku 38, sekali pun dia tak pernah jejak ke rumah kami untuk tanya khabar atau melawat cucu cucu dia sedangkan dia tahu mana kami tinggal dan rumah aku tak lari pun dari tanah asal.

Pencerraian mak dan abah pun sebab dia tak habis habis suruh abah aku kawin lain. Sekali abah aku pun kawin lain dan aku rasa dia puas hati. Cuma aku rasa dia lupa ALLAH tu wujud.

Anak jiran nenek aku yang kenal dan agak rapat dengan mak aku pernah cerita pada mak aku yang nenek sekarang hanya menungu maut.

Anak cucu menantu kesayangan buat dia seperti hamba (mengasuh cucu, masak, tukang basuh, semualah).

Sekarang terketar ketar badan dan tak boleh nak buat apa dah. Abah aku lah yang hari hari pergi hantar makanan dekat dia. Aku tak pasti pakcik aku jaga nenek aku ke tidak.

Yang paling lucu, asyik sebut nama mak aku sebab nenek aku rindukan mak aku. What The Fish kan? Mak aku memang tak la nak pergi menghadap. Aku kira mak aku punya luka tu, memang tak boleh sembuh sampai mati.

Ini aku cerita bahagian permukaan saja, dalaman terlalu panjang. Cukuplah muqadimah untuk anda semua menilai, salah akukah?

To make it short, bila aku dah habis belajar dan dah dua tahun bekerja, aku nyatakan hajat aku untuk berkahwin dekat mak aku.

Aku memang duduk dengan mak lepas mak dan abah aku berpisah. Masa tu umur aku 24 tahun. Bakal suami aku tu aku gelarkan N la ye. N ni anak yatim. Ayah dia meninggal sewaktu dia tadika.

Tapi dia pandai. Kami kenal masa aku melawat kawan baikku di sebuah IPTA di ibu negara. Dia jenis yang macam alim jugak la. Kami baru saja kenal tapi dia mintak nak halalkan hubungan terus.

Pada aku, aku sukakan sikap N ni sebab dia tak main main dan dia sangat bertanggungjawab. Kami berjumpa pun mesti di tempat awam, macam restoren, KLCC. Tak pernah berdua duaan di tempat sunyi sepi. Jadi, aku bersetuju untuk menjadi isteri N

Aku pun beritahu pada mak yang aku nak kawin. Aku bagi mak aku tengok gambar N. Aku cerita latar belakang N. Bersungguh sungguh aku yakinkan mak aku tentang N.

N juga akan bekerja sebagai seorang jurutera. Rezeki N dapat kerja selepas saja tamat belajar. Rezeki nak kawin kut? Tapi, ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nak tahu apa mak aku kata?

“Hang tak padan la dengan dia. Dia handsome, hang tak lawa. Hang nak ka jadi macam mak?”, mak aku terus keluarkan statement begini yang aku rasa aku amat berkecil hati.

Ya betul, N memang kacak, berkulit cerah, memang pakej lengkap. Aku pula, hitam manis. Aku ikut kulit mak aku. Tapi, bukan lah hitam yang legam.

Hitam manis macam Kajol dan Rani Mukherjee tu. Manis kan diorang? Macam aku cakap la, mentaliti orang tua, berkulit cerah itu cantik!

N tak pernah kisahkan warna kulit, malah dia sentiasa menyokong aku sejak daripada kami kenal. Aku tahu mak aku tak mahu aku terima nasib seperti dia yang dipulaukan mertua.

Lepas pada itu, aku terus down. Down yang teramat sebab aku ibaratkan melepaskan sebutir permata iaitu N ke dasar lautan. Kalau dah sampai dasar laut, macam mana nak cari semula?

Tak habis setakat itu, mak aku memperlekehkan aku, menghina aku dan buat aku seperti insan yang tiada perasaan.

Diejeknya aku tak sedar diri. Bila aku fikirkan semula, apa yang tak sedarkan dirinya? N ada degree, aku ada master. N tak ada apa pun harta sebab dia baru mula kerja, aku pula ada kereta dan rumah. Aku lebih sikit dari N. Yang membezakan hanya warna kulit.

Aku dah cakap, aku cuma gelap. Tapi aku cantik! (Aku tak perasan sendiri, tapi orang sekeliling yang kata).

Namun, N tak pernah give up dengan aku. Walaupun aku katakan putus, dia masih seperti biasa. Malah lebih caring dan memahami. Yang bagusnya, N tak pernah suruh aku membenci mak aku. Tapi aku yang makin benci dengan mak. MAK TAK ADIL!

Dengan kuasa Allah, suatu hari aku terdengar mak bercakap dengan adik dia (maksu aku) melalui telefon. Mak ingat aku ke tempat kerja sebab kereta aku tiada di parkir. Tapi adik aku guna pagi tu pergi beli sarapan.

Aku berada di dalam bilik. Hari tu public holiday di negeri aku bekerja. Mungkin mak tak perasan sebab rumah kami di negeri sebelah negeri aku bekerja (faham faham sendiri la ye).

“Kalau aku bagi dia kawin, satgi sapa nak bagi duit kat aku?” aku dengar suara mak.

“Biaqla dia takyah kawin, susah aku satgi. Hat lain bukan boleh tulong aku pon”, mak sambung.

Aku tak sedar bila air mata aku jatuh. Mak tak izinkan aku kawin sebab dia takut aku tak bagi duit bulanan pada dia. Aku memang bagi duit kat mak aku setiap bulan RM700 tanpa miss.

Gaji aku masa tu dekat RM4000 juga la sebab ikut tangga master. Abang aku dah kawin waktu ni, dia cuma potong bulanan RM150 dekat mak.

Adik adik aku? Kawin tapi tak kerja, yang kerja tapi tak menghulur pun pada mak aku. Jadi, mak aku memang mengharapkan aku 100% untuk duit bulanan dia.

Tak pernah pun terlintas dalam fikiran aku untuk stop bagi duit belanja pada mak aku. Malah aku sudahpun berbincang dengan N yang N akan biayai loan rumah RM650 sebulan.

Aku beli rumah semi-D waktu tu. Hutang aku cuma kereta, aku ada myVi yang aku perlu bayar RM500 sebulan. Jadi, RM4000 tolak RM500 (bayar kereta) = RM3500 baki untuk aku belanja. Kalau aku bagi pada mak RM700, aku masih ada RM2800. Sangat banyak lagi untuk aku.

Lepas mak selesai bercakap dengan maksu, aku keluar dari bilik. Aku menangis semahu mahunya. Aku tanya mak, kenapa buat aku macam ni? Mak memang speechless habis habisan.

Aku terangkan pada mak calculation aku yang kat atas ni. Aku pujuk dia bahawa aku masih punyai duit belanja bulanan yang banyak.

Aku memberi jaminan yang aku boleh bagi duit pada dia. Aku bekerja dalam sektor kerajaan, mesti lah aku tak takut berjanji. Insya-Allah selagi aku kerja, aku akan tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.

Tapi nak tahu respond mak aku? Dia tak bercakap dengan aku berbulan lamanya. Apa salah aku?

Tiba tiba abang aku balik suatu malam tapi agak lewat. Aku yang hampir tidur terkejut beruk bila dengar ketukan pintu yang umpama gegaran tsunami di Acheh.

Aku buka pintu dan dia tarik rambut aku menuju ke ruang tamu. Terkejut campur marah, aku menjerit. Dia humban badan aku atas sofa. Mak aku ada di situ. Adik adik yang tinggal dengan aku pun ada.

“Berani hang melawan mak noo! Hang ingat hang dah besaq aku tak boleh buat apa ka? Haramjadah!”

PANG! PANG!

Aku kena tampar dan aku ditumbuk bertubi tubi. Aku cuba melawan. Aku tanya abang aku apa yang aku dah buat. Abang aku kata, mak aku cerita pada dia bla bla bla bla sambil menangis. What??

Aku pandang mak. Mak buat buat menangis. Mak fitnah aku. Mak kata aku anak kurang ajar sebab melawan dan mengugut dia.

Aku tanya mak aku malam tu, bila aku buat semua tu? apa bukti mak? Mak aku krik.. krik dan terus masuk ke bilik dia.

Abang aku pula terus balik ke rumah dia. Adik adik aku memujuk aku. Tapi apa yang aku buat, aku terus kemas kain baju. Aku keluar rumah malam tu juga. Aku tidur dalam kereta.

Aku park kereta di Petronas. Aku call N. N datang teman aku. Actually N pelawa aku tidur di rumah maknya, tapi aku menolak. Aku malu. Demi Allah aku malu punyai keluarga begini.

Aku pesan pada adik adik aku untuk jaga diri. Kalau perlukan duit, jangan malu bagitahu aku. Aku tak kedekut dengan adik beradik aku. Aku bertekad untuk jauhkan diri aku. Kecewa aku pada waktu itu, Allah saja yang tahu.

Kawan baik aku (masih single) ajak aku duduk rumah dia. Aku memang tak duduk lagi di rumah aku sebab masih kosong. Besar pun besar. Takut eh nak duduk sorang sorang.

Sebulan kemudian, entah siapa yang rasuk aku. Aku ajak N kawin. Maka bermulalah persiapan aku untuk berkahwin.

Malangnya, bila aku pergi ke rumah abah untuk minta abah jadi wali, mak tiri aku kata abah takda. 100 kali pergi, masih abah tak ada.

Rasanya abah aku ni dah kena nasi kangkang. Sebabnya, dari umur aku 18 tahun sampi 24 tahun, aku tak pernah jumpa abah. Pergi rumah abah, abah tak ada.

Aku rasa hidup aku complicated sangat. Suatu hari, aku cadangkan pada N untuk nikah di Siam. Aku rasa N pun tengok aku macam tak terurus dah, N setuju.

Aku suruh N beritahu mak dia tapi N cakap tak apa, bila selesai semuanya, dia kan beritahu. Aku yang waktu tu terumbang ambing, setuju saja apa yang N katakan.

Jadi, bermula lah kami bersiap siap untuk ke Thailand. Aku yang susunkan semuanya (hari, tarikh) sebab N tak sempat. Tapi dia memang tolong apa yang patut dari segi persiapan duit, baju, cincin, gelang dan semuanya. Aku rasa amatlah bahagia dengan N.

Mak aku? Memang aku ignore habis habisan. Aku stop transfer duit, aku block number dia. Aku pun tak pernah tanya pasal mak dekat adik adik aku sejak dari malam itu. Adik adik pun tak pernah beritahu aku pasal mak. Mungkin mereka mahu menjaga hati aku juga.

Alamak, panjng betul aku karang. Hurm, aku rasa aku stop dulu cerita aku kat sini. Kalau anda semua mahukan sambungan, like banyak banyak, nanti aku keluarkan cerita aku yang seterusnya. Kalau tak dapat sambutan, aku tak teruskan lah.

See ya! Laila

Bersambung PART 2

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Laila Atheerah (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia