“Aku Anak Yatim, Habis Jer PMR Aku Terus Cari Kerja” Aku dapat tawaran masuk asrama penuh, nak minta mak duit aku tak sampai hati

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Aku Lily (bukan nama sebenar). Aku sebenarnya triggered lepas baca confession yang dia kata keluarga dia t0xic sebab tak bagi dia duit. Lagi satu yang merungut asyik dapat barang seconhand dari adik beradik dia.

Adoi dik. Umur 20an dah kot, dah besar panjang. Kenapa harap duit mak bapak lagi? Bayangkan kalau mak bapak awak dah tiada, awak nak minta dekat siapa pulak?

Kalau ikut logik kepala aku, lepas habis SPM saja patut dah pandai pandai dah cari kerja part time, cari duit sendiri nak berfoya foya bersuka ria. Korang ni patut bersyukur tau ada mak bapak lagi, makan cukup, tidur lena tak berlapar.

Ni cerita aku. Aku ni anak yatim, ayah tiada, mak kerja B40, adik beradik 7 orang. Banyak mulut nak kena suap. Adik beradik atas aku ada 2 orang tapi jenis buat hal sendiri.

Biasa lah adik beradik ramai, perangai pun macam macam peel. So aku la jadi macam anak sulung sebab aku fikir kalau bukan aku yang ambil kisah fasal adik adik, siapa lagi?

Habis PMR aku terus cari kerja part time. Waktu tu PMR dah habis tapi sekolah jalan macam biasa sebab tak cuti sekolah lagi. So aku masuk kerja pukul 3 sampai malam, weekend baru masuk pagi full time.

Bila dah cuti sekolah, aku masuk pagi sampai malam. Sebenarnya salah kalau ambil pekerja bawah umur, susah tau aku nak dapat kerja tapi nasib baik ada tokey cina ni kesian dekat aku. Aku kerja dekat kedai borong. Sebulan dapat la dalam RM450 macam tu.

Aku ingat lagi perasaan dapat gaji pertama tu. Rasa banyak sangat dah RM450 tu. Aku beli baju sekolah adik adik, beli botol air ada tali yang adik aku nak sangat tu,

Lepas tu aku kumpul sikit dapat la beli phone secondhand. Sebab bila cuti sekolah kan aku kerja full, so dapat la gaji dalam RM600 macam tu.

Perjalanan hidup aku ni orang kata mudah la jugak. Tokey cina tempat aku kerja ni pun baik. Anak dia sebaya aku.

Bila dapat result PMR aku dapat straight A, anak dia dapat result biasa biasa saja tapi dia tak marah pun anak dia. Sebab anak dia rajin tolong dekat kedai kot. Orang cina ni dia suka tau kalau budak pandai.

Tokey aku ni dia canang, usung sederet rumah kedai tu result PMR aku. Bila kawan kawan dia datang kedai pun dia cingcong cingcong cakap fasal result aku pastu tahu tahu saja dorang hulur angpau dekat aku.

Banyak juga aku dapat. Aku kumpul sebab aku nak masuk asrama penuh, mak aku dah pesan banyak nak pakai duit nanti.

Bila dah dapat tawaran asrama penuh tu jauh juga dari negeri aku duduk, duit banyak nak kena guna untuk persiapan semua.

Aku nak minta duit dekat mak aku memang tak sampai hati. So aku pergi pejabat zakat sorang sorang, aku pakai kemas kemas, cantik cantik dan tanya orang zakat dekat situ macam mana nak dapat duit sebab aku anak yatim, aku nak masuk asrama penuh.

Aku tahu ramai kata pejabat zakat ni kadang kadang tak boleh percaya, susah nak tolong la apa la. Tapi aku dari zaman sekolah, masuk matrikulasi, buat degree, pejabat zakat la banyak tolong aku.

Aku dapat duit belanja, ada dapat surat yang zakat bayarkan yuran, dan orang orang zakat tu pun hulur duit dekat aku.

Cara aku, aku confident, tak malu nak mengaku aku orang susah. Aku bawak slip gaji mak aku, surat beranak adik beradik aku, result aku, sijil sijil aku.

“Saya anak yatim, adik beradik ramai, tapi saya pandai belajar. Saya rajin belajar sebab saya taknak jadi orang susah dah. Saya taknak susahkan mak saya, adik adik saya ramai lagi nak sekolah”.

Terus orang dekat zakat tu semangat nak tolong haha. Yelah, budak lagi kan, orang cepat kesian.

Lepas SPM pun aku buat part time. Kerja kedai makan, pam minyak. Cuti matrikulasi n cuti degree pulak aku jadi cikgu ganti.

Cikgu cikgu lama aku tolong. Bila dorang tahu aku cuti saja dan ada cikgu lain yang nak bersalin dorang dah booking dah aku. Kalau time sekolah lama aku tak available, aku apply dekat sekolah lain.

Selalunya senang lah aku dapat kerja cikgu ganti ni sebab result aku tiptop. Untung tau jadi budak pandai walaupun tak kaya, orang sekeliling sayang saja.

Sedara mara aku saja yang tak suka family kitorang, faham faham saja la kenapa haha. Sedara mara tak suka family susah, anak ramai ni. Aku tak ambil hati pun. Hidup ni jangan cepat ambil hati, move on saja, hati kena kental.

Bila dekat matrikulasi, dapat elaun. Masuk universiti pun dapat biasiswa. Dan sebab bila cuti saja aku buat kerja part time, makanya dari aku lepas PMR tu memang mak aku tak bagi duit dah dekat aku, aku yang bagi dekat mak aku.

Ni belum lagi aku cerita mak aku tak pernah datang tengok aku dekat asrama sebab jauh. Dekat matrikulasi dan U pun sama. Sebab jauh kan. Ada masa aku sedih juga. Tapi tu lain topik la, haha.

So adik adik, jangan la harap duit parents. Kalau boleh kerja cari duit sendiri, cari la. Best tau berdikari ni, pegang duit sendiri. Aku pun dah berangan nanti anak aku, aku nak suruh dia kerja part time dengan aku lepas balik sekolah.

Nak jadi macam tokey aku buat. Biar berdikari dari kecik, tiada la nanti anak aku buat confession macam yang atas tu. Sorry tau kalau confession aku macam tiada isi. Aku type sambil harung jam balik kerja, haha.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber :  Fatiha (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia