“Aku Baru Saja Keguguran, Suami Dah Paksa Aku Cari Kerja” Aku dipukul dan rambutku ditari, hinanya aku dimata suami
Foto sekadar hiasan.
Assalamualaikum. Sebelum tu aku kenalkan nama aku Rina. Aku berusia 31 tahun. Cerita yang aku nak cerita ni adalah sekadar luahan hati aku. Agak panjang dan maaf jika membosankan.
Aku bukanlah perempuan yang baik. Ketika dialam Universiti aku sudah terlanjur dengan kekasihku dan dia tidak mahu bertanggungjawab.
Tamat saja belajar, aku membawa hati dan dekatkan diri pada Allah. Aku tidak berkawan dengan sesiapa selama hampir 6 tahun. Ada yang cuba mendekati. Tetapi aku tidak yakin.
Sehingga aku bertemu seorang lelaki duda anak 2 berusia 42 tahun dan juga sedang patah hati.
Sebelum lebih melangkah jauh, aku jujur padanya bahawa aku tidak suci lagi. Dan dia dapat menerima aku seikhlasnya. Dia dibuang kerja dan hanya menolong rakannya berniaga nasi lemak selama hampir setahun.
Kemudian isterinya meminta cerrai. Aku nampak keikhlasan dirinya. Kami berkawan hampir 8 bulan dan mengikat tali pertunangan.
6 bulan sebelum majlis aku terpaksa berhenti kerja kerana syarikat tidak mampu membayar gaji.
Dalam aku cuba mencari perkejaan, aku membantu tunang aku jugak mencari perkejaan yang lebih stabil. Rezki nak kahwin barangkali, dia diterima berkerja dan gajinya sangat tinggi. Manakala aku masih terus mencari.
Aku perasan sikapnya berubah dari hari kehari. Sehingga dia mahu memutuskan pertunangan kami kerana katanya aku bukan isterinya lagi dan dia tidak mahu bantu membayar kereta aku.
Walhal, kereta itu digunakan untuk mengambil dan menghantar anaknya kesekolah ketika dia hanya ada sebiji motor.
Bulan berlalu, dia ingin membuka bisnes dan memujuk aku meminjam bank. Katanya pinjaman itu boleh digunakan untuk tujuan majlis kahwin dan bisnesnya. Aku sekerasnya menolak.
3 bulan hampir berkahwin, aku diterima kerja. Dan dimasih memaksa aku membuat pinjaman dan berjanji membayarnya. Jika tidak, dia mahu memutuskan pertunangan atas alasan aku sudah tidak dara. Aku bersetuju kerana tidak mahu malu. Aku tak sangka niat jujur ku akhir nya dibalas sebagai ugutan.
Kami berkahwin, dan selepas berkahwin aku alahan teruk sehingga terpaksa berhenti kerja. Aku cuba untuk bertahan, namun aku gagal. Usia bayi 4 bulan, aku keguguran.
Dan suami mula mendesak aku mencari kerja dgn cepat. Dia sering menghina aku pemalas kerana tidak mahu berkerja. Sudah puas aku mencari kerja, namun rezkiku masih tiada. Manakala suami sudah naik pangkat dan bisnesnya juga baik.
Rutin ku menjaga anak anak tiriku dan menguruskan perihal rumah. Suatu hari dia berkata bahawa dia tidak mahu lagi membayar kereta ku kerana namanya sudah bersih dari blacklist dan mampu membeli kereta sendiri.
Dia juga tidak mahu membayar pinjaman perkahwinan kami kerana katanya majlis itu adalah untuk keluargaku. Dia memberi pilihan untuk mencari kerja atau bercerrai. Kerana dia malu kepada kawan kawannya. Isteri mereka berkerjaya dan cantik bergaya.
Saat ini aku sangat sangat kecewa dan sedih. Segala pengorbananku tidak dipandang. Aku menebalkan muka meminta adik membayarkan hutang kereta ku sementara aku terus usaha mencari perkejaan.
Kata hinaan dan makian tak lepas dari mulutnya. Dia mengungkit bahawa hanya dia yang berkerja. Dan terpaksa menanngung aku. Aku katakan padanya bahawa aku adalah tanggungjawab mu sebagai suami. Dia menampar pipiku. Hari berlalu aku masih berusaha dan berdoa agar aku diterima kerja.
Sehinggalah aku diterima berkerja. Suami memarahi ku kerana office ku jauh dari rumah. Siapa yang akan mengambil dan menghantar anaknya serta memasak dan uruskan rumah.
Dia memberi syarat bahawa sekalipun aku berkerja, tanggungjawab itu harus aku laksanakan. Seawal jam 5 aku sudah bangun memasak dan urus anak. Menghantar ke sekolah dan mengambil. Jam 11 malam urusan rumah selesai dan baru aku dapat melelapkan mata.
Suami tidak pernah balik awal. Tiada masa untuk aku dan anak anak. Aku tidak tahu kerja apa dia lakukan kerana dia tidak memberiku duit. Nafkah zahir Dan batinku terabai.
Satu malam dia berbincang denganku. Katanya dia sudah tidak ada hati padaku. Dia sudah tidur bersama wanita lain dan wanita itu kekasihnya. Dia meminta aku bersetuju bercerrai secara baik.
Aku marah dan menangis. Kemudian dia menarik rambutku dan memijak perutku. Katanya aku hanyalah seorang perempuan bdoh murahan dan tidak berduit seperti kekasihnya. Kekasihnya berduit, bijak dan sangat matang serta tidak menyusahkan dia.
Setiap malam dia akan pulang lewat dan mengabaikan aku dan anak anaknya. Aku berkata padanya,
“Aku adalah isteri yang kau nikahi setahun yang lalu. Aku menerima kau dan anak anak dengan seluruh hatiku. Kesenanganmu bermula apabila kita berkahwin. Harini kau mahu membuang aku selepas segalanya kau dapat”.
Dia menampar aku dan berkata kesenangan dia pada harini adalah usaha dia sendiri. Aku tidak ada kegunaan dan pengorbanan. Sebaliknya aku hanya menyusahkan. Aku menjawap,
“aku memaafkan kau kerana kau suamiku. Tapi ingat balasan Allah. Jika kau curang lagi hanya Allah akan membalasnya”
Pagi itu sebelum kekerja, Dia memberi surat hadir kemahkamah untuk mencerraikan aku. Aku hanya diam. Pada petangnya aku dapat panggilan telefon suamiku kemalangan. Kakinya patah, Muka nya juga luka teruk.
Aku diuji sangat kuat. Menguruskan anak anak dan menjaga dia dia hospital. Aku tidak cukup tidur. Dan berat badanku susut. Ketika menjaga dia dirumah. Aku dihina dan dimaki.
Katanya aku punca dia kemalangan kerana tidak bersetuju mahu bercerrai. Dia jijik padaku serta berkata dia tidak akan izinkan aku mengandungkan zuriatnya. Ketika dia menyebut bahawa aku anak haram dan ibu bapaku tidak pandai mendidikku.
Aku pandang wajahnya dan berkata,
“aku menerima kau ketika bekas isterimu membuangmu. Aku terima kau disaat kau susah. Aku jaga dan didik anak anak kau tanpa balasan. Apa saja hinaan biarlah hanya padaku. Bukan orang tuaku. Kerana dia juga menerima kau saat kau mahukan aku. Jika cerrai adalah apa yang kau mahukan. Baik, aku bersetuju”.
Malam itu aku mengemas semua kain bajuku. Menyiapkan baju dan bekal anak anak. Aku mencium anak anak yang sedang tidur. Dia sedang berdiri dipintu dan menghalang laluanku. Dia berkata, “jika kamu keluar, jatuh talak 1”.
Aku keluar mengetahui bahawa talak akan jatuh. Dia terjatuh bersama tongkatnya dihadapan pintu. Aku menoleh padanya dan berlalu pergi. Aku tidak tahu dari mana kekuatan itu aku dapat. Tapi aku hanya membiarkannya.
Malam itu aku bermalam dihotel murah. Selama seminggu aku pergi, aku hanya memikirkan anak anak tiriku. Dia menelefon dan menghantar gambar anak. Aku tahu dia tak mampu buat banyak kerana kakinya masih sakit.
Emaknya menelefonku mengatakan aku isteri kurang ajar. Aku hanya diam. Dia meminta aku balik semula. Aku pulang semula dan berkata dalam hati. Aku hanya akan menjaga anak anak selama dalam eddah ini saja.
Setiap hari dia memujukku dan cuba memelukku. Namun hatiku sudah tertutup. Aku hanya menjaga anak dan makan pakai sahaja didalam rumah ini.
Aku masih menjaga dia dan menguruskan dia juga. Bukan kerana cinta, tapi ihsan ku sebagai manusia. Hampir 3 bulan berlalu. Aku berkata padanya. Aku akan pergi dan tidak mahu rujuk semula. Aku juga mendoakan dia bahagia. Aku memesan untuk dia menjaga anak anaknya kerana itu adalah harta berharga.
Dan jika dia berkahwin, carilah isteri yang mampu menjaga dan sayang anak anak seperti anak sendiri. Aku mengumpul segala kekuatan minta dihalalkan makan minum dan maafkan aku jika gagal menjadi isteri yang baik.
Kini aku sendiri menjalani hidupku. Dan peristiwa itu akan menjadi kenangan pahit dalam hidupku.
Dia merayu aku kembali, walaupun masih ada sayang. Tapi aku butakan hati. Aku menukar nombor telefon, dan menukar kerja serta pindah rumah sewa lain.
Setahun sudah berlalu. Aku dapat tahu, dia tidak dibenarkan melawat anak anak kerana isterinya mengambil semula atas alasan dia gagal menjaga anak. Kawan berkata, dia juga sering sakit dan selalu termenung.
Kini, setahun sudah berlalu, aku sudah ada jalan hidupku, semoga dia juga begitu. Aku tidak membenci, cuma terkilan. Impianku untuk menjadi seorang isteri dan ibu tidak kesampaian. Aku kecewa kerana kasih sayangku tidak dihargai. Dan hanya usia perkahwinan baru beberapa bulan dia sudah ada wanita lain dan mahu menceraikan aku.
Doakan aku terus kuat dan bahagia. Semoga aku terus kuat berada dijalan Tuhan.
Lihat apa kata warganet selepas membaca perkongsian Rina.
Hayati Sun Mi –Amin. Umur dah 42 masih perangai macam tu, tak menghormati wanita. Pilihan yang bijak, jangan menoleh lagi.
Nor Aishah –Keputusan yang sangat tepat. Jangan jadikan kaum hawa ni sebagai kaum yang mudah untuk ditindas dan mudah untuk dibdoh bdohkan. Kerana kekuatan seorang lelaki adalah seorang perempuan dibelakangnya. Kalau tak ada tiang dibelakang lelaki tu, maka akan robohlah rumah itu.
Amalina Mohamad –Semoga confessor kuat dan tabah. Buat kaum wanita yang lain, amikkan sebagai pengajaran. Kisah silam dan aib tu tak perlu dibuka andai memang kita dah betul betul taubat, pasti Allah menutup aib kita tersebut.
Lelaki begitu yang hanya pandai ambil kesempatan, tidak layak menjadi seorang suami. Duk dalam hutan sorang sorang je orang macam ni.
Mujur anak anak je bekas isteri dah ambil balik. Dia pun tak layak jadi bapa yang tak tahu tanggungjawab sendiri.
Atikah Kamaruddin –Sis dah buat keputusan yang tepat untuk setuju bercerrai. Lelaki macam tu hanya gunakan sis untuk kepentingan dirinya. Habis madu sepah dibuang. Tak ikhlas menerima kekurangan pasangan. Ikhlas di mulut, tapi bukan di hati.
Maknya pun sama. Seolah olah sis jadi isteri ni sekadar hamba abdi untuk menguruskan anak anak nya dan makan minum anaknya. Keluarlah daripada keluarga t0xic itu. Carilah bahagiamu. Kumpul kekuatan baru dan tambah ilmu agama, berkawan dengan kawan kawan yang baik. InsyaAllah, satu hari nanti akan datang j0doh yang paling tepat untuk sis.
Dah Baca, Jangan Lupa komen Dan Sharev Ya. Terima Kasih
Sumber – Rina (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia