“Aku Benarkan Suami Kahwin 2, Tak Sangka Ada Plot Twist Hujung” Sampai suami jadi murung sebulan

Foto sekadar hiasan 

Assalamualaikum. Memandangkan isu Abang T*sla tengah hangat, saya teringat kisah saya 11 tahun lepas. Cerita kahwin 2, tapi ada plot twist di akhir cerita.

Intro, saya seorang isteri yang bekerja dari sebelum kahwin lagi. Saya memang kerja kuat. Buat OT banyak-banyak.

Bila dah bertunang, lagi kerja kuat. Nak kumpul duit lebih untuk beli barang rumah.

“Aku benarkan suami kahwin 2, tak sangka ada plot twist hujung-hujung sampai suami jadi murung sebulan”

Senang bila dah kahwin, selesa sikit barang dah cukup.

Rupanya sementara saya bekerja siang malam tu, suami (boyfriend lagi masa tu), bercinta dengan budak ofis dia. Alasan dia ada girlfriend lain ada 2 sebab.

Satu sebab saya sibuk bekerja, malam-malam tak de nak call lama-lama, sekadar tanya khabar je. Alasan ke 2 dia bosan dengan saya sebab saya budak nerd. Tak reti nak sembang pasal business ni.Untuk pengetahuan semua, saya tahu pasal dia ada gf lain masa 3 hari nak nikah.Tetiba dia kata tak nak balik kampung. Dia stress. Then, barulah dia cerita yang dia ada gf lain.

Saya tak fikir panjang. Saya pujuk dia kata nanti saya bagi kahwin lagi 1, barulah dia nak balik kampung.Sehari sebelum akad nikah, baru saya terfikir apa yang saya cakap tu.Saya minta cancel nikah, tapi dia bawak 1 family pujuk saya untuk teruskan nikah.Memandangkan saya kesian kedua dua family, saya setuju untuk teruskan.

Saya tak nak kedua dua family malu dengan orang sekeliling bila cancel kahwin sebelum majlis.Gf dia pun masa tu undur diri selepas kami berkahwin.2 tahun berlalu selepas berkahwin, saya pun mengandung anak pertama.Tiba-tiba, gf dia datang cari dia balik. Rindu la, tak boleh lupa la.

Suami pun apa lagi mulalah angau balik. Tak lalu makan, tak lena tido.1 hari dia kata dia nak kahwin 1 lagi dengan gf dia. Dia rasa bersalah buat gf dia macam tu.Perasan masa tu, sedih, rasa nak gila semua adalah.Lepas doa, buat solat istikharah, barulah saya tenang.

Saya beritahu yang saya benarkan. Tapi dengan syarat. Kahwin betul-betul. Saya sendiri akan masuk meminang.Apa lagi senyum sengih suami bila dapat tahu. Hari-hari tersenyum bila baca massage.

Kemuncak cerita ni…

Saya pun direct dm message dekat fb gf dia ni. Dia block. Saya pelik.Kata nak kahwin. Kenapa block saya. Saya fikir mungkin dia benci saya.Tak apalah, saya dm family dia plak. Sekali saya kena marah kata saya gila. Tak kan adik dia nak kahwin dengan laki orang.Saya kata betul. Suami saya memang tengah rancang nak kahwin.

Saya cakap la kalau adik awak tak nak kahwin kenapa masih contact suami saya.Kalau takde hubungan, putuskan. Saya hanya restu untuk perkahwinan sahaja. Takde gf bf dalam ni.Lepas tu saya pun ceritalah dekat suami yang saya kena marah dengan family. Saya cakap elok-elok. Saya nak masuk meminang macam mana ni.

Suami bila dapat tahu. Dia dah resah gelisah.6 bulan suami dengan gf bersemut manis bagai, rupanya gf dia tengah rancang kahwin dengan orang lain.Hari dia nikah tu, dia hantar gambar kahwin dengan orang lain dekat suami. Lepas tu dia block dekat fb, whatsapp semua.

Sebelum dia block. Dia beritahu, sakit hati kan bila kena tipu hidup-hidup.Gf tu buat sebijik macam suami saya buat dekat dia masa dia nikah dengan saya.Terduduk terdiam suami saya bila baca semua tu. Murung sebulan.

Saya hanya mampu tergelak dalam hati. Padan muka suami. Hahaha. Setepek Allah bagi balik.Sekarang gf dia bahagia dengan suami dia.Saya bersyukur kerana dia bahagia selepas suami saya kecewakan dia.Saya tak berdendam dengan dia, dia pun tak tahu kewujudan saya.Sekarang bila bab nak kahwin 2 ni. Dia diam je.

Bab Abang T*sla ni, dia cuma cakap, itu hidup dia.. biarla kat dia.

Pesanan untuk semua bila ada masalah jangan lupa doa dekat Allah. Asbab doa ibu mengandung. Allah bagi saya ketenangan dan kesabaran yang sangat tinggi selepas tu.

Apa pun masalah pun saya tenang je.

Itu sahaja coretan saya… Semoga bermanfaat untuk isteri-isteri yang ada masalah sekarang.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Bunga Kertas (Bukan nama sebenar) via gemilangdaily