“Aku Dah Letih Jadi Mak, Jadi Istri. Anak Pulak Macam2 Kerenah, Suami Tiap Hari Mintak Layanan” Kalaulah boleh diundur masa, aku mungkin tak nak kawin.

Foto sekadar hiasan

Penat Jadi Mak, Jadi Isteri.

Assalamualaikum n salam sejahtera.Confession ni ditulis sebab aku str3ss dengan diriku, yang trigger nya ada kejadian semalam, bilamana aku terflash back balik khidupanku, bennci. Confession sedikit panjang.

Penat jadi mak.

1. Anak sulung. 6 tahun. Isu dengan makanan. Selalu tak nak makan. Badan kecil dari usia. Padahal aku dan suami bukannya rendah. Aku 160cm, suami 170cm. Tapi anak bantut.

Dari kecil tak nak makan, kawan cakap masa tu, tak mengapa, dia masih menyusu. Nanti dah berhenti menyusu, banyak la makan nya, seperti anak dia. Tapi sekarang sampai besar tak nak makan. Suka makan benda merepek seperti jajan dan gula gula. Aku dan suami tak ajar makan macam tu.

Tapi bila pergi rumah nenek, nenek bagi jajan. Ikut nenek pergi kedai, nenek beIikan jajan banyak banyak. Oh ye, rumah nenek dekat. Suka la dia. Dah rasa jajan sedap, mana dia nak makan nasi. Pergi kenduri dapat jajan, suka. Jamuan sekolah, bawa balik satu plastik besar jajan, tu aje la yang dimakan.

Balik rumah tak nak makan nasi. Kelmarin aku masak, dari pagi sampai petang tak nak makan. Kata nak puasa (Bila bulan puasa tak nak pulak dia puasa). Aku paksa makan jugak pukul 4. Lepas tu muntah. Yela, perut dah masuk angin. Pastu malam suruh paksa makan lagi, isi perut sebab petang dah munntah. Munntah lagi.

Sakit hati aku tengok. Dah la suka membazir makanan (bukan kelmarin saja), pastu dimunntahkan lagi. Semalam aku bawa pergi kedai, suruh dia pilih makanan apa dia nak. Dia pilih pastu makan sikit sikit, sampai malam berapa sudu saja makan. Lepas tu buang. Aku mengamok.

Dah la yang dia pilih tu mahal. Duit bukan senang nak dapat. Kalau masak beIi lauk pun dah mahal, ni apatah lagi yang dibeIi. Aku tenggking anak aku dengan suara tertinggi. Kalau aku marah, aku selalu tenggking sebab aku penat. Aku bennci tengok semua ni.

Dulu masa aku kecil, keluarga aku tak pernah membazir makanan, sebab tahu susahnya nak dapat duit beli makanan dulu. Keluarga suami lain. Tak habis makanan tak mengapa. Diberi pada ternakan. Masalah sekarang rumahku rumah taman, bukan ada ternakan untuk dibazirkan makanan.

Aku stress nak tenggking tenggking anak, tapi dia tidak mahu mendengar kata. Dulu aku cuba praktik kan cara barat, cakap baik baik dengan anak. Bila cakap baik baik, langsung tak nak dengar cakap aku. Makin menjadi jadi perangai. Jadi, nak tak nak aku kena naik suara pada anak aku.

Aku sedih bila marah dia, aku mnangis selalu lepas tenggking dia. Tapi dia seperti tak faham faham apa yang aku cakap. Tiap tiap hari ye anak sulung ku dimarah kerana hal makan. Bukan aku masak pelik pelik, masak ayam goreng, kurma, semua yang dia cakap suka.

Bila dah masak, cakap tak nak ayam la, tak nak ikan la, tak nak telur la. Suami dah belikan muItivitamin pun selera dia macam tu jugak. Bagi ub4t cacing macam tu jugak. Dah la suka makan benda manis, nanti kecil kecil dah dapat pnyakit.

Mainan pun tak pandai nak kemas walaupun berbuih mulut tiap tiap hari suruh kemas. Lepas mandi tuala campak campak saja. Yela, mak kau ni memang kuIi.

2. Anak kedua. Anak istimewa. Tak payah nak cerita banyak bila ada anak istimewa. Faham faham aje la. Org cakap sabar, sabar. Memang la sabar tapi kalau tiap tiap hari menghadap aku str3ss juga. Main n4jis, mengam0k. Tiap tiap hari mencuci. Nak kena pantau sentiasa.

Keperluan perlu dipenuhi tepat pada masanya. Lambat sikit mengamok. Bukan tak hantar terapi. Hantar. Tapi lambat sikit nak nampak perkembangannya. Nak berjalan jalan pun tak boleh sebab anak istimewa akan berkelakuan bukan bukan di khalayak ramai.

Pernah pergi hotel, receptionist suruh bawa anak keluar dari lobi. Bawa kenduri, orang pandang jelik. Akhirnya, aku juga la yang jaga dia di rumah. Suami saja yang pergi, dah dia yang dapat jemputan.

Oh ye, aku surirumah. Dah takde kawan, mana nak dapat jemputan kenduri ke apa dah. Dulu kerja, ada anak istimewa berhenti. Hidup terkurung dekat rumah saja. Yela, nk brjlan, pergi kenduri semua tak boleh sebab ada anak istimewa.

3. Anak ketiga, baru masuk setahun. Tapi high demand baby. Aku jauh sikit pun tak boleh. Tinggalkan dengan suami pun tak boleh. Nak aku jugak. Penat la. Nak masak pun nak kena dukung. Tambah lagi str3ss aku.

Penat jadi isteri.

Kalau dah nama suami, mesti la nak tuntut hak dia dari isteri. Aku penat la tiap tiap hari aku ajela yang bangun pagi sebelum subuh. Hari bekerja aku bangun awal pagi, buat sarapan, suami nak kerja, anak nak sekolah. Suami pun dalam seminggu hari biasa tu pun nak layanan.

Pastu pukul 7, bayi aku dah bangun. Bila tah nak rehat. Sambung buat kerja rumah, basuh kain, sidai kain, lipat kain, masak, anak nak balik sekolah. Petang masak lagi suami nak balik makan. Vacuum rumah, banyak habuk.

Tengah hari masak cincai saja pasal anak aku bukan suka makan sangat tapi masak la jugak. Nanti cakap aku ibu yang kejam pulak takde bagi anak makan. Hujung minggu pun sama la. Mana nak rehat. Kena juga bangun sebelum subuh. Suami nak hak dia lagi, sebab cuti katanya.

Dah aku bila dapat rehat? bila dpt menikmati tidur yang panjang? Dah la malam aku yang tidurkan bayi, sebab dia nak aku saja yang tidurkan dia. Pastu terbangun bangun malam. Pagi aku juga la yang bangun awal. Lepas tu anak bangun, aku jugak la yang jaga sebab anak tak nak dekat bapak dia.

Aku la yang masak sarapan, masak tengah hari, masak malam, cuci kain, sidai kain, beli barang basah, barang kering. Laki sedap la, tidur cukup, takde gangguan, lepas tu main telefon. Kadang kadang bantu vacuum dan mop tapi selalu sekerat jalan. Lepas vaccum, letak camtu saja. Lepas mop, biar saja air mop dekat situ.

Lepas tu anak main celup celup air mop yang kotor tu. Suami tak bising rumah bersepah, tapi aku yg sakit mata. Kalau anak munntah, munntah tak lap pun dia ok. Kain 5 bakul tak lipat, dia cakap gantung saja. Celah mana nak gantung?

Almari besar ke nak gantung semua. Nanti aku juga yang susah nak cari baju anak anak. Suami memang tak pandai buat kerja rumah sebab mentua tak ajar anak anak dia buat kerja rumah. Dulu aku tengok adik adik perempuan dia sebelum kahwin, baju pun mentua aku yang lipatkan. Padahal masing masing dah umur 20an.

Tolong la jangan suruh aku bersyukur ke apa. Memang bersyukur tapi aku penat. Jangan cakap siapa suruh kahwin. Aku mana tahu kehidupan berkahwin macam ni. Aku tak tahu masa depan. Kalau boleh diundur masa mungkin tak nak kahwin. Hidup aku untuk orang lain saja. Dah hilang dah jati diri aku.

Aku pun tak tahu yang Allah nak bagi aku anak istimewa. Terima kasih baca.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: IIUMC via news.allmhi