“Aku Dah Nampak Tak Boleh Teruskan” Tapi tak tahu lah nape aku masih teruskan tunang sampai kahwin
Foto Sekadar Hiasan
Terima kasih admin jika approve luahan hati ini. Aku luahkan dekat sini sebab aku hendak minta pandangan kot ada dikalangan followers page ni yang arif tentang masalah yang aku hadapi ini.
Tolong cadangkan dekat aku apa aku perlu buat. Sama ada pergi kaunseling rumah tangga atau minta fasakh.
Aku dah berkahwin selama 2 tahun dan masih belum ada rezeki anak. Masih baru. Ya aku tahu.
Masih dalam fasa mengenal hati budi dan tingkah laku orang orang tua kata. Tapi aku dalam dilema sangat sangat.
Kenapalah ya Allah. Engkau jodohkan aku dengan suamiku yang sekarang ni. Kami berkahwin atas dasar cinta setelah setahun lebih perkenalan.
Masalah sebenarnya dah timbul masa kami dalam fasa bertunang lagi. Kami sering bergaduh.
Ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja isu yang nak digaduhkan. Kami gaduh ke tahap fizikal pun ada. Tapi tidaklah teruk mana.
Ada pernah satu kejadian di mana kami tengah makan di satu kedai. Selepas itu ada salah faham. Dia melenting marah. Tinggi suara. Aku merajuk hati.
Time dia tengah bayar aku keluar dulu dari kedai itu dan terus berjalan kaki ke Petronas yang terletak tak jauh dari kedai itu.
Kemudian dia langsung tidak ada rasa bersalah terus tinggalkan aku sendirian dekat situ.
Dia ada telefon aku dan aku cakap aku nak balik jalan kaki ke rumah sewa aku. Dia tak ada rasa hendak pujuk. Terus balik.
Tapi aku ugut kalau dia balik aku nak batalkan pertunangan. Kemudian baru dia datang pickup aku. Tu pun aku kena jalan seberang jalan ke kereta.
Aku tahu dekat situ dah nampak red flag. Tapi entahla kenapa aku masih teruskan pertunangan sampailah ke kahwin.
Dalam fasa tunang banyak kali sangat bergaduhnya. Tinggi suara. Caci maki. Itu benda biasa bagi aku.
Aku akan maafkan dia selepas dia pujuk aku. Mudahnya aku memaafkan. Lembutnya hati aku. Aku menyesal sebab tidak bertegas dengan dia masa itu. Aku macam bagi muka dekat dia untuk terus layan aku macam tu.
Short storynya kitaorang dah kahwin. Dan masalah yang sama masih berulang. Bila gaduh dia akan marah marah aku. Maki makii aku. Lepastu mintak maaf dan kami akan ok.
Tapi aku tertanya tanya sampai bila keadaan ini akan jadi. Suami aku jenis yang keras hati sangat.
Aku pernah ugut nak cerrai. Sikit pun dia tidak peduli. Jenis yang panas baran. Apa sahaja yang tidak kena dengan cara dia. Memang akan jadi pergaduhan la.
Aku tak minta banyak pun. Cukupla layan aku selayaknya isteri dilayan. Aku usaha sabar jugak.. Tapi aku ada limit aku jugak. Sampai bila aku nak kena tindas ja.
Sebab aku bukan jenis yang suka orang bagi arahan dekat aku. Kalau cakap nada yang elok. Bahasa yang elok. Aku ok ja walaupun apa yang dia suruh tu aku tak rela..
Demi Allah, aku rasa macam dah tawar hati. Ada banyak kali jugak terjadi pergaduhan sampai ke tarik rambut aku dan banyak lagi.
Sedangkan punca pergaduhan itu kecil sahaja. Hanya sebab aku menjawab bila dia marah. Aku jenis yang kalau nak marah atas benda tak relevan memang aku menjawab jugak.
Sedangkan dia sendiri pun pernah buat kesalahan yang sama. Tapi bila aku buat. Aku dimarahi.
Ibu dan ayah aku pun dah tahu perangai suami aku. Sebab bila gaduh yang teruk aku akan kol ibu aku untuk cerita. Sebab aku tak mampu tahan sorang…
Bila dia marah dia suka nak cakap yang bukan bukan. Dia cakap aku isteri derhakala. Isteri b4bi la.
Memang nerakala tempat aku. Kenapalah wahai suami kau sanggup cakap benda benda macam tu. Boleh bayang tak betapa kecewanya hati aku sebagai isteri.
Bila gaduh aku hendak keluar tenangkan hati. Dia tak izinkan. Tapi aku paksa jugak cakap aku nak keluar redakan kemarahan.
Dia cakap kalau aku keluar dia doa aku accident. Kalau accident cacat pun dia tak mau jaga. Biar m4ti terus lagi senang dia kata. Ya Allah. Hancur lebur hati aku dengar. Mana ehsan mu suamiku..
Aku rasa cukupla kot setakat itu sahaja luahan hati aku. Aku sedih bila tengok kawan aku yang kawin kemudian selepas aku dah ada anak.
Tapi aku masih lagi struggle nak suaikan diri dengan sikap suami… Sepatutnya kami dalam fasa toleransi. Fasa bersabar.
Sabarkanlah hati ini ya Allah. Suami aku ada sisi baik dia. Tapi perangai baran dan caci maki itu mengaburi kebaikan kebaikan yang dia pernah buat.
Tolong bagi pendapat apa aku perlu buat. Aku masih sayangkan suami aku. Tapi aku tak sanggup nak hadap caci maki dia lagi.
Maaf kalau cerita aku berterabur..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: ekisah.com