“Aku Dulu Berhati Tisu, Mudah Putus Asa, Mudah Mengalah Dan Berpatah Hati” Aku jadikan ujian tersebut sebagai CABARAN
Assalamualaikum Admin , sila approve kisah saya ya , ada sedikit coretan nasihat untuk para pembaca krt.Terima kasih admin.
Pada awal niat aku nak menulis kisah ibuku, namun setelah ayat dikarang panjang berjela , terus aku tekan delete , habis terpadam semua kisah yang dtulis tadi.Rasa nak menangis , rasa insaf sejenak bila sedang menulis.Waktu menulis , Hati aku tertanya-tanya , betulkah apa yang aku tulis , perlukan disiarkan untuk ditatap umum atau sekadar mencari dosa kering celaan masyarakat facebook?
Ada satu suara yang membisik jauh ke dasar hati aku , memujuk supaya aku meredhai dan memaafkan kesilapan lampau yang “orang lain” telah lakukan terhadapku.DIbibir aku mengucapkan “astagfirullah” aku hampir terjerumus.Aku merasakan , ada betulnya aku memadam coretan itu kerana itulah yang sebaiknya.Mungkin Allah telah menetapkan yang terbaik , selepas tuhan mengajarku erti putus asa , kesedihan dan kekecewaan.Usah lagi dikenang.
Aku diuji dengan kemiskinan , kejatuhan dan kehinaan.Diperlakukan seperti tidak punya harga diri , namun itu semua kisah lama.Kerana aku telah mengambil keputusan untuk mengubah jalan cerita hidupku.Hidup kita punya PILIHAN.YA , pilihan untuk mencorak masa depan kita.
Berhenti mengeluh wahai manusia yang disakiti , kita punya akal , punya kekuatan minda yang lebih dari segalanya.Jadikan cabaran , kepayahan sebagai motivasi untuk menaikkan taraf kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Manusia boleh terus menabur keburukan , kehinaan pada kita.Namun kita sendiri , harus mempunyai harga diri.Mencari jalan supaya kita keluar dari kepompong yang sama.
Semua orang diuji dengan kepayahan yang berbeza , ada yang diuji dengann kesenangan. Tapi tidak satupun antara kita yang dapat punyai SEGALANYA dalam dunia ini.
INGAT , berhenti mengeluh , maafkan semua yang telah menyakiti kita.CARI JALAN keluar dari kehidupan kita sekarang ke arah lebih baik.KITA punya kekuatan! Anak-anak , suami , ibu bapa yang mengasihi.Jangan hanya kerana nila setitik habis sebelanga dituangnya.JANGAN memilih untuk merosakkan masa depan kita demi mengiyakan apa yang orang kata.
Allah tak pernah menetapkan umatnya hidup dalam kecelakaan , kemiskinan.QADA dan QADAR Allah boleh diubah dengan DOA dan USAHA.
BUAT MASA SEKARANG , ubat hati yang lara , cari jalan keluar , terus fokus menuju arah yang dicari.Kita pasti temui KEJAYAAN.
Aku dahulu seorang yang berhati tisu , mudah mengalah dan berpatah hati. Setelah aku temui kebahagiaan dalam kesempitan.Aku jadikan ujian tersebut sebagai CABARAN aku untuk hidup yang lebih baik.
HATI MUNGKIN MENANGIS , tapi untuk patah hati kembali ke tampuk sama mungkin tidak pernah sekali-kali.Sekali sudah melonjak , sukar untuk aku berhenti.
AKU MAAF DAN REDHAKAN , tapi biarlah apa yang tersurat dan tersirat dibuku ke dasar hati agar dapat mengajarku erti kehidupan.
TERIMA KASIH kerana berjaya membaca coretan hati aku.Saya doakan semua yang mempunyai masalah dan kesulitan dapat temui kebahagiaan. 🙂
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber– kisahrumahtangga