“Aku Ibu Tunggal Anak Satu, Rupa Tu Ada Juga, Aku Ada ‘Feeling’ Dekat Ex Kawan Sekolah” Tapi aku takut

 

Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum pembaca IIUM sekali an. First thing first, sorry kalau confession aku ini terlampau panjang. Aku adalah seorang wanita. Masih muda tapi tak ada la muda sangat boleh la dikategorikan sebagai muda(perasan muda). K. Tapi yang menjadi kekurangan aku, aku adalah ibu tunggal anak satu. Aku tak tahu kenapa sejak aku jadi ibu tunggal aku ada self esteem yang sangat low.

Aku rasa macam “Ada ke orang nak kat aku ibu tunggal anak 1 ni.” Nak kata ada rupa, masih ada cuma bila ada status tu buat aku rasa rendah diri sangat. Bukan lah aku sedih dengan penceraian aku walhal akulah wanita paling bahagia sekali selepas bercerai. Kami bercerai pun secara baik. Aku anggap penceraian aku adalah yang terbaik untuk aku dan anak memandangkan aku pernah di torture fizikal dan mental sepanjang perkahwinan.

Yang paling bahagia buat aku selepas bercerai adalah aku makin dekat dengan Allah. Bukan lah semasa perkahwinan itu aku jauh dariNya cuma dengan ujian ini aku rasa lebih manis dan indah dan ianya memberi aku 1001 hikmah di sebaliknya. Antaranya aku lebih bergantung kepada Allah. Setiap kali aku sedih, aku selalu fikir yang segala di muka bumi ini hanyalah pinjaman semata. Suami, anak, harta semua itu ada expired date bila-bila masa boleh ditarik balik.

Tapi dalam masa aku bahagia selepas bercerai, aku rasa status aku macam kekurangan untuk aku. Aku tak faham kenapa. Hahaha. Aku rasa macam ada ke ibu-ibu yang sudi jadikan ibu tunggal tu menantu padahal aku bahagia je dengan penceraian tersebut.

Dan ada ka lagi lelaki bujang nak kat ibu tunggal? Yela ada orang mesti akan pandang serong pada status J/ibu tunggal. So part status tu aku jadi rendah diri sangat lagi-lagi bila aku memang ada feeling pada lelaki bujang AKA ex sekolah aku, AKA kawan baik aku. Ngeee.

Baiklah! Aku taknak melalut ke tempat lain, fokus cerita aku ini adalah aku ibu tunggal dan aku ada suka seorang kawan baik lelaki, masih bujang tapi aku tak pasti dia dah berpunya or belum. Macam mana kami boleh jadi kawan baik adalah sebenarnya dia ex aku zaman sekolah.

Dia memang famous amous kat sekolah dulu almaklumlah, budak baik, pandai, handsome, pemalu, bohonglah orang tak minat dan aku lah wanita yang berjaya menambat hati dia masa itu tapi sayang, aku yang sia-siakan peluang itu. Hahaha. Jadi kami bercinta tak lama pun then kami declare sebagai kawan baik. Lepas habis sekolah, kami masing-masing sambung belajar tapi di berlainan universities.

Yang sweetnya dia ini, dia tak pernah lupa birthday aku. Setiap kali birthday aku, dia akan wish sama ada call atau mesej (zaman universiti). Tapi kami tak ada pun mesej/WhatsApp dengan kerap sekadar contact untuk tanya Khabar sahaja.

OK tahun berganti tahun, aku pernah tanya dia bila dia nak berumah tangga. Dia cakap dlm umur 20++ something. Masa itu aku macam da tak sabar nak kahwin so aku rasa umur tu macam terlalu lambat bagi aku plus dia pun masih belajar dan belum bekerja. Hahaha.

Jadi aku tak adalah berharap kat dia sangat. Then aku pun bertemu jodoh dengan ex suami aku. Kami pun berkahwin dan ada anak seorang. Guess what, aku tak jemput pun kawan baik aku sebab aku macam tak nak kecewakan dia kot padahal aku pun tak tahu apa perasaan dia kalau tahu. Ahahahah.

Korang bayangkan, aku da nikah ni. Then bulan April birthday aku, kawan baik aku ni still wish di WhatsApp. Ya dia wish birthday aku selepas aku nikah bukan salah dia sebab memang dia tak tahu aku dah kahwin. Huhuhu. Tapi aku takda contact dengan dia sepanjang aku berkahwin yela berdosa weh layan laki lain. So dalam beberapa minggu selepas itu aku tukar no telefon.

Jap, aku nak tanya korang apa maksud lelaki still wish birthday seseorang walaupun da takada apa-apa hubungan sepecial? Pada aku dia macam sweet tapi aku tak pasti perasaan dia tu memang suka aku ke apa sebab lepas je kami declare jadi kawan baik after break up, dia tak pernah dah confess perasaan dia pada aku, just wish birthday je pun. Kikikiki.

OK sambung, jadi aku pun tukar no telefon. Aku mengharungi segala pahit manis winter sonata, badai ribut petir tsunami rumahtangga aku bersama ex suami aku macam biasa. Lepas itu ditakdirkan kami tiada jodoh, kami pun berpisah secara baik. Dalam tempoh iddah ex suami ada ajak rujuk semula tapi berbekalkan segala petunjuk & perbincangan, aku decided tak nak rujuk semula. So aku melalui ujian itu dengan tenang dan sangat-sangat REDHA.

Entah macam mana, bila da berpisah aku teringat balik kat kawan baik aku ni AKA ex zaman sekolah. Aku pun cubalah contact dia semula guna no baru aku. Aku ada no telefon dia lagi sebab ada tulis pada buku catatan aku. Dan bingo! Dia still guna nombor sama nombor zaman sekolah dia lagi. Aku contact macam biasa dan dia pelik dengan aku sudah lama aku menghilangkan diri tiba-tiba muncul kembali. Ewahhh.

Tiba-tiba boleh pulak dia kata aku patut bangga dia masih ingat birthday aku walaupun kita orang dah lama tak contact. Bila aku suruh dia sebut birthday aku, yes! dia teka dengan betul. Memang dia masih ingat. Wow! Suspicious jarang jumpa lelaki begini.Ex suami aku pun kadang-kadang lupa birthday aku. Ahahah. Aku masa ni macam pelik kenapa dia cakap camtu? Dia still ada perasaan pada aku ke?

Aku masa itu tak sure nak bercerita or not pasal hal aku dah kahwin and bercerai sebab masa itu aku rasa macam bukan waktu sesuai untuk aku beritahu. Boleh pulak dia tanya aku bila nak kahwin? Hahahahah. Borak dan borak aku still tak ada kekuatan untuk beritahu hal sebenar. Hurm. Maybe sebab aku rasa malu dengan status aku walaupun aku happy je.

Dan YA, aku nak sangat tahu perasaan dia pada aku tapi aku malu-malu nak tanya. Acanerrr ni tolong lah aku. Hahaha. Dia pernah cakap pada aku yang tahun ini dia nak cari calon isteri tapi aku macam biasalah tak ada nak confess pun just aku banyak berkias plus aku pun tak pasti sama ada dia masih single or da berpunya yg penting dia memang belum kahwin lagi jadi aku tak berharap lebih dan aku malu nak beritahu perasaan sebenar aku pada dia.

Aku just go with the flow. Yela aku ni dah jadi ibu tunggal dia pulak masih bujang. Mak dia nak ke ibu tunggal. Lol. Macam tak matching je. Lalalala. Disebabkan itu, aku memang tak berharap sangat. Just aku doa macam biasa minta Allah beri yang terbaik, beriman dan sebagainya. Aku just fikir kalau betul dia terbaik untuk aku, mesti Allah satukan.

Kalau takda jodoh, itu lah yang terbaik di sisi Allah. Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui. So for now, aku memang ada perasaan pada dia tapi aku serahkan segalanya kepada Allah. Kalau dia ada jodoh lain pun aku tak kecewa sebab harapan aku pada Allah. Apa yang terbaik semuanya dari Allah.

Mybe aku akan berithu dia hal sebenar aku, setelah aku tahu perasaan dia pada aku. Tapi itulah macam mana aku nak tahu perasaan dia? Aku nak tanya dia pun malu. Yela walaupun kita orang pernah jd gf/bf itu bukan ticket untuk aku buang sifat malu tu.

Lagipun dari zaman kami bercinta and sampai lah berkawan baik kami tak pernah touch each other, TAK PERNAH buat benda bukan-bukan sebab kami ni macam ada satu perasaan malu-malu kucing, hormat each other walaupun kami sebaya. Hehe. Dan sebab itu bagi aku dia lelaki yang aku rasa baik.

Actually aku tak ada pun desperated sangat nak kahwin lagi, trauma masih ada tapi aku rasa mana-mana yang single mesti akan rasa nak cari peganti ibarat nak pelangi selepas hujan la gitew. Kihkib. Tapi macam aku, aku just suka je pada dia sebab ada ciri-ciri yang aku nak lagi pun kami da kenal almost 12tahun lebih tapi kalau tak ada jodoh pun it’s okey nak buat macam mana kan.

Oh ya tentang ex suami aku pulak, kami kenal tak lama terus dia ajak tunang, then terus nikah. Jadi lebih kepada fasa berkenalan tu lepas kahwin. Bila aku ingat balik, aku rasa aku memang lebih serasi dengan kawan baik aku ni AKA ex zaman sekolah.

Kadang-kadang aku rasa macam satu sumpahan untuk aku pulak. Hahaha yela dulu aku memang tk berharap langsung untuk kahwin dengan dia sebab fikir dia masih belajar, belum start kerja, nak kahwin pun lambat lagi. Last-last aku cari dia balik wei. So sadisss. Tapi sekarang dia da bekerja and of course la dia nak kahwin tapi itula aku tak pasti dia da berpunya ke belum.

Jadi korang jangan ingat ending cerita aku ni adalah happy ending. Kahkah. Kisah ini masih tergantung tak tahu sama ada dia jodoh aku atau tidak. Nak minta tolong korang bagi pendapat dan bantu aku. Aku rasa dari cerita aku ini korang fahamkan pendapat apa yang aku nak?

Hahah tak kisah la apa-apa pendapat cuma jangan kecam sis je okey. Aku tak tahu nak bercerita pada siapa, so kat sini jela aku bercerita. Terima kasih bebanyak baca kisah aku yang tak ada kesudahan ni. Haha (Tepuk dahi).

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:  Monalisa (Bukan nama sebenar) via hits.allhmt.com