“Aku Kata Nak Ambil Maid, Sebab Yuran Taska Dah Cecah Sampai RM1.5k Sebulan” Suami balas baik ambil madu

Foto Sekadar Hiasan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya perkenalkan diri sebagai Kim, bukan nama sebenar.

Sejak akhir akhir ni banyak cerita tentang hubungan dengan suami orang dan ada juga komen komen yang bangga bergelar menjadi mistress.

So saya nak share kisah saya yang juga merupakan seorang isteri yang melalui pengalaman pahit ini.

Suami saya merupakan gamer tegar (sebelum kahwin bukan gamer). Kami dah bernikah hampir 10 tahun. Suami mula bermain game sejak kelahiran anak pertama.

Semasa mengandung anak ketiga suami berjanji akan jual set pc gaming harga ribuan ringgit. Setelah melahirkan anak ketiga suami tunaikan janji dan jual game set dia. Hidup kami aman seketika.

Tiba tiba PKP bermula, suami telah dibuang kerja. Suami merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta dan saya pula merupakan seorang pegawai kanan kerajaan.

Saya simpati dengan suami dan membelikan sebuah motosikal dan membayar modal untuk membuat servis penghantaran makanan.

Tapi semua bertahan sekejap saja. Beliau mula merungut tiada order masuk dan sebagainya.

Saya mencadangkan suami menjadi streamer game dan membantu beliau membeli set pc gaming baru. Saya mengharapkan pulangan atas pelaburan saya ini.

Sementara itu komitmen bulanan semua memang saya yang bayar.

Saya juga membuat pinjaman peribadi untuk suami kerana kasihan disebabkan interest rate bank tinggi bagi pekerja swasta berbanding penjawat awam. Jadi semua komitmen di atas nama saya.

Awal tahun ini saya ada mencarikan pekerjaan untuk suami dan alhamdulillah dapat. Semuanya kelihatan normal dan baik. Saya kemudian disahkan hamil, alhamdulillah rezeki lagi Allah nak bagi.

Walaupon dalam kepala otak berfikir macam mana saya nak cari duit lebih sebab komitmen bakal bertambah. Gaji suami sekarang seribu lebih.

Saya berbincang dengan suami untuk ambil maid disebabkan yuran taska saja hampir mencecah RM1500 sebulan.

Suami dalam nada bergurau dia cakap baik cari madu boleh jaga anak, kemas rumah. Saya gelak saja tanpa saya sangka beliau dah ada perancangan ke arah itu.

Satu pagi saya buka handphone beliau sebab nak order barang dan saya terjumpa whatsapp beliau dan kekasih beliau. Perempuan tu bernama Bunga (bukan nama sebenar).

Mereka berkenalan melalui online gaming Lifeafter. Suami ajak Bunga berkahwin. Suami dalam diam merancang untuk bertemu dengan Bunga lepas PKP habis.

Layanan suami saya pada Bunga memang berbeza dengan saya. Dengan saya asyik marah, bengis tapi dengan Bunga bukan main sweet.

Saya confront dengan suami. Dia kata ya dia nak kahwin lagi. Saya bagitau pada ipar duai saya supaya nasihatkan suami. Tapi sedihnya tiada siapa yang berani menegur.

Saya cuba selamatkan perkahwinan ini. Saya cuba jadi lebih cantik, s3ksi dan menawan di mata suami. Tapi suami dah tak nampak saya.

Saya whatsapp Bunga dan dia minta maaf dan mohon undur diri. Suami pon kononnya menyesal akan perbuatannnya. Saya b0doh percayakan kedua dua beruk ni.

Rupa rupanya mereka masih lagi berhubungan. Chat lcah2. Saya akhirnya mengalah. Daripada biarkan suami dan bunga terus bergelumang dosa saya izinkan suami berkahwin lain.

Suami menceritakan pada saya Bunga merupakan perempuan yang telah terlanjur dan ditinggalkan bekas kekasih. Saya bersimpati dengan Bunga.

Saya membaca banyak artikel yang baik baik saja tentang poligami. Tapi Bunga tak nak bermadu dengan saya dan suami berjanji menamatkan hubungan dengan Bunga.

As usual mereka masih flirting dan Bunga makin berani hantar gambar tak sepatutnya pada suami saya. Suami juga beritahu saya beliau sedih Bunga tak nak berkahwin dengan beliau.

Akhirnya saya sedar diri. Sebenarnya saya lah orang ketiga dalam hubungan mereka.

Suami tak akan melupakan Bunga sebab Bunga soulmate dia, sehati sejiwa paham jiwa gamer dia tapi saya asyik bising sebab suami jarang bantu membuat kerja rumah.

Saya rasa perkahwinan kami penuh dengan t0ksik. Saya ambil keputusan untuk bercerrai. Biarlah mereka bercengkerama. Saya dah malas nak ambil tahu.

Doakan urusan percerraian kami dipermudahkan. Doakan saya sihat dan kuat untuk jaga anak-anak dan bayi yang bakal lahir nanti.

Kepada Bunga tahniah sebabkan meruntuhkan masjid kami. Moga Allah memberi balasan yang seadil adilnya kepada kalian berdua.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: ekisah.com