“Aku Maki Dia Puas2, Dasar Mak Mertua Mulut Iblis” Mertua terkebil2 tengok aku naik hantu

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum, Cukup aku kenalkan nama aku Leona. Aku sudah berkahwin hampir 8 tahun dan ada dua orang anak.

Selama hampir 8 tahun juga sehingga ke hari ini aku mengalami d3pression gara gara sikap mak mertua yang suka membandingkan keluarga aku dengan anak anak dia yang lain.

Suami aku anak no. 2 dari tiga beradik. Ya, aku akui suami aku paling susah antara adik beradik dia yang lain.

Bila sudah berkahwin dengan suami dengan aku sekali terbabit sakit mental gara gara mulut mak mertua aku.

Mungkin ada yang kata, Mak mertua tu macam mak sendiri kena terima buruk baik dia. Allahu, disebabkan aku telan segala buruk dia aku jadi nak giila.

Tahun 1 hingga ke tahun ke 7 perkahwinan, Mak akan merungut dan selalu berkata :

“Pakai lah beras basmathi. Mak dengan along, adik semua guna beras basmathi”.

”Janganlah pakai langsir murah macam ni. Pakailah langir mahal mahal macam dekat rumah mak tu. Adik dengan abang kau pakai langsir mahal tau”.

”Belilah baju raya. Kau tengok macam mak dengan adik dan abang kau tu, setiap kali raya je beli baju raya tau”.

” Kau pakai pampers murah untuk anak anak kau? Belilah pampers mahal macam adik dengan abang kau tu”.

”Kau tak nak tukar kereta ke? Kau tengok kereta adik dengan abang kau, Pakai kereta besar besar”.

”Kau bagi anak kau susu formula apa ni ? susu murah ?. Pakai lah susu yang mahal mahal macam S26 macam adik dengan abang kau tu”.

”Eeee asal lah anak kau ni lambat sangat bercakap. Anak adik dengan along umur dua tahun dah boleh bercakap”.

”Eeee asal lah, kau beli rantai kecik kecik macam ni untuk anak kau. Adik kau belikan emas anak dia semua lebih 10gm tau”.

”Eee asal lah anak kau bentuk kepala dia tak cantik. Bentuk kepala cucu cucu mak yang lain semua cantik”.

”Eee asal la anak anak kau ni kulit semua gelap gelap. Cucu mak yang lain semua putih putih”.

”Kau ni pemalas lah. Masak lah lauk macam macam jenis lauk. Mak ni kalau masak macam macam lauk ada”.

”Mak tak nak lah tudung yang kau beli dekat pasar malam ni. Adik dengan along belikan mak tudung dekat butik”.

”Kau pakai beg duit jenama apa tu?. Adik dengan Along kau pakai jenama mahal mahal tau”.

”Ler, kau belikan hadiah anak anak adik dengan along ini aje? Belilah hadiah yang mahal mahal. Adik dengan along kalau belikan anak korang hadiah mesti yang best best”.

Korang baca korang stress tak ? Ini baru sikit aku tulis.. Yaa, tiada kata kata yang baik setiap kali kami berjumpa dengan mak.

Suami? Dia suruh aku bersabar dan terus bersabar seperti mana dia bersabar dengan mak dia dari kecil hinggalah sekarang.

Tahun ke 7 kami berkahwin, Aku mula hilang sabar sebab dia cakap anak aku tak normal dan macam budak terencat.

Di situ jugak aku maki puas puas pada mak mertua aku buat kali pertama dan terakhir aku hamun dia. Aku kata, ”Dasar mak mulut iblis… Bertaubatlah mak”.

Begitulah aku tengking dia. Terkebil kebil dia tengok aku naik hantu. Suami tak berpihak pada sesiapa Suami tak juga marah aku sebab maki mak dia dan tak juga marah mak dia sebab buat aku sakit mental.

Tiga bulan aku tak datang, tak jenguk mak mertua.

Mak? sikit pun dia tak kisah aku marah, sikit pun tak rasa serba salah.

Tiga bulan tu juga berat aku turun dari 60kg ke 40kg. Aku lebih suka berkurung dalam bilik. Aku tiada mood nak buat aktiviti harian dengan baik. Aku rasa PENAT.

Setiap kali aku basuh pinggan, basuh beras, aku dengar suara mak aku dekat telinga aku ni. Aku dengar suara dia yang suka membandingkan keluarga aku dengan orang lain.

Setiap kali mandi, aku dengar suara mak buruk burukkan aku dekat adik beradik dia di kampung. Aku tengah drive, aku dengar suara mak aku mengata ngata aku.

Kadangkala, aku baling semua barang sebab nak hilangkan suara suara tu dekat telinga aku.

Kadangkala aku menjerit sorang sorang tapi suara tu tak hilang. Aku cuba muhasabah diri aku kenapa aku jadi macam ni.

Yaa, sebab ada dendam dekat hati aku. Aku tak dapat maafkan mak mertua. Lebih rasa tertekan, mak seperti tiada belas kasihan dan serba salah langsung.

Malah aku yang dikatakan menantu kurang ajar sebab cakap mak mertua mulut iblis. Adik beradik belah suami semua pulaukan aku dan semua update status kat media social cakap aku kurang ajar, tak cium bau syurga. Allahuakbar…

Raya 2021 tahun ini aku mohon maaf dekat mak mertua, aku mengalah tapi aku belum memaafkan. Cukup sekadar nak jaga silaturahim, Allah… semuanya demi suami aku.

Aku kesian kadang serba salah dia nak jumpa mak dia disebabkan aku.

Aku kata pada suami, ”Jangan risau, aku tak paksa kau pilih aku. Syurga kau dekat mak kau tapi tolong jangan kata syurga aku pun pada mak kau”.

Suara suara itu masih belum hilang sehingga ke hari ini. Hari demi hari sabar dan sifat aku yang masih belum memaafkan telah menjadi dendam.

Dendam buat hati aku menjadi kotor. Macam mana tak dendam dah 8 tahun mak mertua masih belum berubah. Aku baik macam mana sekali pun tetap tak ada kata kata yang tak baik untuk keluarga kami. Ada sahaja yang tak kena.

Kenapa aku kata hati aku telah jadi kotor, sebab sekarang bila tidur aku ‘terpisah’ dengan dunia realiti. Aku akan ‘berangan’ aku bnuh mak mertua aku. Aku akan berangan aku jadi kaya supaya mak tak hina kami lagi.

Aku berangan yang mak mertua mti nanti hidup aku jadi aman dan damai. Yaa kadangkala aku tak cukup tidur sebab aku nak fantasi aku jadi realiti. Aku akan rasa marah bila aku bangun dah pagi sebab aku tak boleh nak ‘berkhayal’ lagi.

Jangan kata aku tak berdoa, puas sudah. Jangan kata suami tak mainkan peranan nasihatkan mak dia. Apa harus aku buat agar mak mertua berubah? Atau aku yang kena berubah terima sahaja buruk mak?

Tapi yang sakitnya aku. Tengoklah aku sekarang demi nak jaga silaturahim suami dan mak dia, aku rasa aku SAKIT.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Leona (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia