“Aku Pernah Mendabik Dada, Yang Kononnya Keluarga Aku Yang Paling Sempurna Dan Bahagia” Tapi disebaliknya

Foto sekadar hiasan

Assalam admin, mcm biasa, minta tolong hide. Aku ni kalau kelapangan, kerap gak komen kt KRT ni. Mcm biasa, pasti ada netizen yg sokong, ada yg bantah. Sebagai lelaki, apatah lagi status duda, aku ni bukanlah menanggok di air yg keroh, memberikan komen2 suci murni seolah2 akulah yg paling romantika diamor di mukabumi ni,,dgn tujuan utk mendapat sanjungan & puji2an dari kaum wanita. 

Aku cuba berikan komen2 yg realistic berdasarkan pengalaman sebenar aku dlm kehidupan, dan kini menghampiri gerbang separuh abad. Skrng, aku pula nak pengikut2 KRT ni dpt berikan apa saja komen2 utk kes aku. Aku hargai semuanya samada nak kecam, puji dsb. Dulu, aku pernah mendabik dada, merasakan umahtangga akulah yg paling bahagia. Konon2 umahtangga contoh gitu. Setiap tahun, aku x pernah lupakan utk celebrate hari2 anniversary, harijadi bini & anak2. 

Pasti ada kad2 yg diberikan dgn coretan ayat2 romantik. Bukan itu saja, disebabkan mertua aku dari keluarga miskin & adik beradik sebelah bini aku juga masih sekolah / ekonomi tak stabil, aku memanggil kedua mertua aku tinggal bersama, dan juga adik ipar, anak kakak ipar tinggal skali dgn aku, bersekolah di sini. Aku tak pernah ungkit soal belanja harian, kerana anggap mereka juga sebahagian keluarga aku. 

Jika nak coretkan segala2nya, terlalu banyak, nanti orang terus tak nak baca langsong. Biasalah Melayu..hihi. Selama 15 tahun perkahwinan, bini aku amat jarang memasak, rasanya x sampai 5 kali pon. Aku tak kesah, tapi x pernah citer kt orang lain. Ye lah,,citer pon umpama buka pekung di dada sendiri, buka aib orang, mana boleh. Nak citer yg baik2 saja mengenai aku juga tak adil. Jujur aku cakap, kami laki bini walaupon tahu sembahyang dan mengaji Al Quran, tapi kami sembahyang kekadang jaga kekadang tak. Sukar buat 5 waktu sehari. Terok kan..

Aku terlalu memanjakan bini aku. Dari anak2 lahir lagi, bini aku geli utk basoh berak/muntah anak2. Semuanya aku uruskan tanpa soal. Cuci /ampai / lipat pakaian, iron baju2 sekolah anak2,,semuanya aku buat. Keter aku kasi kat bini, dia balik kerja, aku cek paras minyak. Kalau kurang, aku keluar isi penoh2. Aku tak pernah menolak menghadiri jika ada apa2 jemputan kahwin/tuning dan sebagainya sebelah family/kampng kedua mertua aku di Negeri Sembilan / Johor. 

Lagipon, disebabkan aku ni yatim piatu, aku anggap mertua & family sebelah mertua aku mcm family aku sendiri. Dari mula perkahwinan dlm keadaan ekonomi yg terumbang ambing, sehinggalah ekonomi yg mantap, dlm keadaan aku sehat wal afiat tanpa apa2 penyakit,,tetiba pada awal 2012, gerhana melanda umahtangga aku. Awal 2012, aku telah membenarkan bini aku bercuti ke Seoul Korea, kerananya dia teringin ke sana. Katanya bersama rakan2 sekolah lama. Dia minat citer2 Korea, keindahan pulau2 di sana, so aku izinkan. 

Aku yg hantar ke KLIA,,dan selang dua minggu kemudian aku teruja menunggu di KLIA, 2 jam awal sebelum jadual ketibaan penerbangan dia. Rindula katakan. Beberapa minggu selepas tu, Allah tunjukkan segala2nya. Orang yg paling aku sayangi, yg aku selalu cakap akan jaga kencing berak dia waktu dia tua nanti,,yg aku akan melancong berbulan madu sama2 waktu tua nanti,,rupanya dah setahun skandal dgn laki orang lain. Dia ke Korea kerana BF dia (laki orang) bertugas di sana. 

Pelbagai bukti2 lain bahawa selama ini mereka bukan setakat bercinta, malah hidup spt laki bini. Ini saja yg aku nak kongsi dgn netizen. Berpada2lah memanjakan bini, sebab pompuan ni dia akan rosak jika kita memanja secaar membabibuta, tanpa dikawal. Menuruti segala kehendak dia utk buktikan kasih sayang. Kejadian ini membuatkan aku begitu serik, dan tak akan berkahwin lagi. Aku hanya focus agar anak2 aku dpt berdikari dlm kehidupan. 

Alhamdulillah yg sulong dah masuk university, yg bongsu sedang ambil SPM. Dlm meniti hari2 yg kian sunyi ini,,aku terasa lebih dekat dgn Allah,mulai menjadikan rutin harian mengaji Al Quran & menjaga solat 5 waktu. Perempuan oh perempuam,,,,aku sungguh tak faham dan tak tahu cara utk mendidik spesis bernama perempuan…Lelaki2 di luar sana, jgn terlalu berbangga menceritakan kebahagian rumahtangga sendiri, takut nanti menjadi riak. Ujian boleh menimpa sesiapa saja… Wallahuaklam.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: OriginalKrtf via KRT