“Aku Seorang Cikgu, Isteri Aku Pula Model Dan Lawyer” Tak sangka aku nampak benda jijik dalam HP isteri aku

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum admin. Saya nak luah sikit perasaan yang saya tanggung selama ni. Saya anak sulung dari 5 beradik 3 tahun lepas mak ayah saya jodohkan dengan anak kawannya. Seorang lawyer Dan model muslimah. saya mula mula nak tolak Sebb saya tahu saya tak sepadan dengan dia.

Tapi saya tak nak kecewakan mak ayah saya. Jadi nak dipendekkan cerita kami pon berkahwin. Tapi selama 3 tahun dia tak pernah anggap saya sebagai suaminya. dia selalu cari point untuk kami berpisah.

Saya kerja sebagai cikgu di sekolah menengah. Saya sedaya upaya cuba tak bergaul dengan guru2 perempuan yang lain Sebab nak jaga hati dia. Saya hanya bercakap atas Sebb kerja atau dlm mesyuarat je.

Tapi isteri saya tuduh saya macam macam kata saya pergi sekolah menggedik je kerjanya dan selalu maki hamun saya. tapi untuk menjaga hubungan saya slow talk explain perkara sebenar tapi dia cakap tu cuma alasan saya je.

3 tahun jujur min saya cakap sikit pon saya tak pernah tinggi suara apatah lagi naik tangan. Ada satu hari tu isteri saya tertinggal phone atas katil bila saya bukak hancur hati saya tengok gambar dia dengan sorang kawan lelaki isteri saya banyak sangat dalam galeri pergi tempat makan mewah mewah pegang tangan lagii. Saya cuba tanya dia tapi dia cakap awak sapa nak kawal hidup saya. Jadi saya diamkan jelah walaupun hati saya sakit sngat.

Gaji saya hanya 4 ribu lebih je min. tiap2 bulan saya bagi dia 2 ribu untuk barang keperluan rumah dan barang peribadi dia dan anak saya sorang. bakinya 2 ribu lebih lagi tu saya nak kena bayar rumah kete dan bagi kat mak ayah saya.

Tapi dia tetap cakap yang saya tak bagi nafkah mencukupi ke dia. kadang2 lebihan pada bayar semua benda hanya tinggal 500 je dalam poket untuk keperluan peribadi saya. kadang kadang saya bawak bekal je pergi sekolah Sebab nak berjimat.

Setiap bulan sya bagi dia hadiah semata mata nak lembutkan hati dia supaya terima saya. tapi perangai tetap berubah. nak tanya pendapat apa yang perlu saya buat untuk betullkan hubungan kami. saya tiap tiap hari tak putus doa supaya dia terbuka hati untuk saya..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:  krt via hits.allhmt.com