“Aku Seorang Isteri, Kerja Jurutera Bergaji Besar. Tapi Suami Layan Tak Ubah Mcm Bibik” Kejut 2-3 pagi sbb nk bersama. Letih aku tak hilang lagi
Foto sekadar hiasan
Kisah ini saya nukilkan hanya untuk meluahkan apa yang saya rasa sejak bergelar isteri. Saya berumur 29 tahun, sudah berkahwin 3 tahun dan dikurniakan seorang anak. Sejak berkahwin saya duduk di rumah suami (rumah sendiri) yang dekat dengan rumah mak mertua di bandar.
Rumah kami tidaklah mewah sekadar rumah apartment tapi cukup segala serba serbi. Suami saya bukanlah orang yang jhat, cuma saya mendapati ada perangainya yang menjadi barah dalam rumah tangga saya. Suami saya bekerja sebagai jurutera dan saya bekerja sebagai admin/procurement.
Kedua-dua kami alhamdulilah berada dalam golongan M40 pertengahan. Kami mempunyai kereta. motorsikal dan rumah sendiri. Jika dilihat dari luar, kami keluarga yang sempurna. Alhamdulillah. Cuma ada satu perkara je yang saya tidak berkenan dengan suami saya, iaitu, dia rasa dirinya berhak melayan saya seperti bibik rumah tangga.
Asasnya, saya cukup penat terbeban sebagai isteri yang bekerja dan ibu. Saya dapati hampir kesemua kerja rumah dan penjagaan anak sya buat sendiri. Hal rumah, pembayaran bil, hal ehwal rumah, taska ank, prkembangan anak, makan minum, hal barang dapur, hal majlis family, semua diletakkan di bawah tanggungjawab saya.
Seakan suami saya tiada fungsi dalam rumah tangga. Saya bagi contoh untuk mudah difahami. Sy bangun seawal 6 pgi. Mempersiap sarapan, mempersiap anak – packing barang taska, bari anak makan, mandikan anak, layan suami breakfast, basuh pinggan, buang sampah, persiapan diri sendiri ke tempat kerja.
Saya kerja office hour masuk 9 pagi keluar 6 petang. Pukul 7.40 pagi saya sudah keluar ke tempat kerja, hantar anak ke taska , baru sampai office. Hampir setiap hari leawt kerana trafik yg sentiasa brubah (kmalangan, trafik light rosak, sekatan jalan raya, masalah to, etc).
Balik pula, saya keluar office seawal 6.15pm, ambil anak, dan hanya sampai ke rumah pukul 7.45pm. Sesampainya di rumah, saya perlu persiapkan diri sendiri, anak, solat, masak, dan bagi anak makan yang dibawa sampai ke pukul 9.30 malam.
Sesudah itu, saya masih perlu menghabiskan masa untuk ajar anak hal2 agama, spend time dengan anak untuk beberapa aktiviti bagi mengisi ketiadaan saya semasa anak di taska (bonding). Sesudah itu, saya juga yang perlu kemas dapur, basuh pinggan, buang sampah, basuh baju, lipat baju, dan tidurkan anak.
Sesudah tidurkan anak, saya masih perlu iron baju suami, layan suami nak makan itu ini, buatkan kopi dalam keadaan yang sangat letih. Kadang-kadang, saya perlu kemas peti ais malam-malam kerana suami tak suka peti ais banyak barang. Semua aktiviti ini ambil masa sampai pukul 11 malam (kadang2 lebih).
Bila sudah tidur, suami pula kejut saya pukul 2-3 pagi utk bersama. Belum campur anak bangun malam untuk minta susu. Dan rutin ini berulang setiap hari. Padahal saya ini juga membayar perbelanjaan keluarga dengan jumlah yang sama. Kereta rosak, saya kena setelkan kerana alasan suami sibuk bekerja.
Paip rumah bocor, saya juga yang kena setelkan kerana alasan sama. Lampu rosak, saya juga yang perlu betulkan kerana suami lambat bertindak walaupun sudah banyak kali diingatkan. Hal2 bil, kenaikan maintenance fee, dan lain2 acara kemasyarakatan, semua saya yang perlu handle.
Keadaan ini menyababkan saya jadi ibu yang cepat marah, dan tiada lagi senyuman kepada suami. Bila saya sampaikan kepada suami, dia merajuk dan kata “Ye la.. Saya je la yang salah”. Respon yang kebudakan ini sangat menyakitkan hati saya. Sekarang saya fikir lebih baik saya berlepas diri dr perkahwinan yang tiada fungsi ini. Sebelum saya sakit mental dan fizikal.
Padahal saya juga graduan engineering, yang perlu berkorban kerja yang tidak perlu ke mana2 site dan tidak perlu kerja weekend hanya untuk pastikan kebajikan anak dan suami terjaga. (sebab saya sedar, PJJ bukan pilihan yang baik untuk kami). Saya harap saya dapat membuat keputusan yang baik dan tepat.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Alia (Bukan nama sebenar). via IIUM via news.allmhi