“Aku Tak Akan Balik Kampung Jika Ibu Tak Izinkan Aku Kahwin” Sekarang aku menyesal dgn apa yg aku buat

Ibu bapa aku tak setuju dengan pilihan aku sebab suami somb0ng tapi aku ugvt tak nak balik kampung barulah diorang setuju. Ibu awal – awal lagi dah bagi amaran, kalau jadi apa – apa jangan merungut sebab itu pilihan aku sendiri. Satu hari aku kemaIangan dan kereta r0sak teruk, aku beli kereta lain dan masa sampai rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Liz. Syukur Alhamdulillah aku dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel. Namun bukan itu cerita aku. Kisah ini bermula tahun 2006, ketika aku berkenalan dengan suamiku sekarang. Perwatakannya menarik tetapi nampak somb0ng. Kami hanya kawan. 2007 kami putvs hubvngan. Aku menukar nombor telefonku. Lantas dia tidak dapat menghubungi aku.

2009, aku berjinak – jinak dengan FB. Di situlah aku mula menghubungi dia semula. Kami berhubung secara atas talian sahaja kerana jarak yang jauh memisahkan kami. Dia melamarku. Aku memaklumkan kepada keluarga di kampung. Ibu dan ayah tidak merestui hubungan kami kerana lelaki itu somb0ng. Kami masih berhubung. 2010 aku memberi kata dua kepada ibu. Jika dia tidak setuju, aku tidak mahu pulang ke kampung sampai bila – bila. Begitulah nekadku.

Akhirnya, ibu bapaku mengaIah. Mereka bersetuju dengan lelaki pilihanku. Awal – awal lagi ibuku memberi amaran jika berlaku apa – apa, jangan merungut kerana aku yang memilih jalan ini. Kami pun berkahwin. Awal perkahwinan sahaja bahagia. Masuk tahun kedua kami selalu berg4duh. Kadang – kadang sampai kain baju aku dibuang keluar rumah. Aku pun membawa diri ke hotel murah beberapa hari. Bila dia rasa terc4bar semasa bertik4m lidah, dia mula naik tangan.

Ada masa aku ditumbvk, dit4mpar atau ditend4ng di tempat yang tersorok. Perut, kaki, bahu, kepala. Sedih tu aku rawat sendiri. Aku tak pernah mengadu kepada sesiapa. Aku jadi pendiam. Aku jadi penakut. Bila di tempat kerja, aku jadi ceria. Bila balik, aku sedih. Balik kampung pun setahun 2 kali sahaja. Raya Aidilfitri dan bulan 12. Itupun hanya seminggu sahaja. Bila berg4duh, kami tak bercakap lama. Dari hari ke minggu ke bulan. Selalunya diaIah yang memulakan pertengk4ran. Ada sahaja yang tak kena. Tak pernah dia cuba mengambil hati aku.

Bila dah terIampau lama menyendiri, aku yang beraIah. Memujuk dia semula. Begitulah rutin hidup. G4duh, senyap, baik (tapi hubungan m4kin renggang). Kalau suami minta untuk mengadakan s3ks, baru aku memberi. Selama 5 tahun perkahwinan, tiada zuriat. Kemudian, kami berpindah ke Sabah. Cab4rannya lagi besar di sini. Aku bangun seawal 4 pagi menyediakan sarapan pagi dan tengah hari. Kemudian baru aku pergi kerja yang jaraknya lebih 90km dan pastinya bukan jalan raya yang baik ya.

Penatnya tak terkira. Rumah sewa yang berdekatan tempat kerja tiada. Kalau ada pun harga Y4hudi. Bayangkan sewa 1 bilik harga rm700. Setelah 2 bulan, aku kemaIangan. Itulah sahaja kereta yang kami ada. Kereta r0sak teruk. Aku hanya ced3ra ringan. Kerana tak sanggup hidup susah, menumpang orang, mengikut ragam orang, aku membeli kereta. Ya, kereta baru terus. Pastinya kereta mahal. Aku membawa kereta pulang ke kuarters kami. Oh ya, selepas kemaIangan, aku dapat rumah sewa berdekatan tempat kerja.

Aku membeli makanan kegemarannya. Sampai sahaja aku di parking rumah, aku disoal siasat tentang kereta. Aku berterus terang. Niatku satu, untuk memudahkan ulang alik balik jumpa suami, beli barang dapur dan keperluan. Boleh pula dia hemp4s makanan tu, habis terbur4i dari plastik. Aku? Aku ditolak ke lantai, pintu rumah dikunci dari dalam. Akibatnya, aku pulang ke rumah sewa. Raya haji, bersendirian di rumah sewa. Sedih sangat. Setelah 3 bulan, dia datang mencari aku. Kami pun berbaik, buang yang keruh, katanya.

2017, aku ditukarkan ke tempat yang dekat sikit dari kuarters suami dalam 25 km jalan travel. Aku ditakdirkan mengandung. Semasa mengandung pun masih lagi dia panas baran. Kalau ada masaIah di tempat kerja, aku pun turut jadi m4ngsa marahnya. Bila ada anak, aku ingat ok dah. Rupanya, per4ngai tak berubah. Suka marah – marah. Anak merengek demam, tak nak tidur malam, semua aku yang jaga. Sampai aku dihalau keluar bilik sebab anak bising. Kacau tidurnya.

Bila anak tidur elok, dicivm, dik3jut bangun. Bila bangun, mainnya 5-10 minit sahaja. Aku memasak sambil berdukung anak. Aku bawa stroIIer ke dapur. Letak baby dalam stroIIer. Bila nangis, dukung lagi. Ada bapanya ke tiada ke sama sahaja. Rumahtangga yang tak pernah bahagia. Tak lama lepas tu aku mengandung lagi. Padahal anakku baru setahun. Masa ni lagi berat dugaannya. Aku disep4k ter4jang. Kadang sampai aku terfikir, h1na sangat aku ni. Dengan aku tiada senyum, tiada gurau. Dengan kawan, sembang 2 – 3 jam.

Gelak besar, makan besar. Aku selalu berdoa agar Allah lembutkan harinya. Buang panas barannya. Mudahkan urusanku. Sebelum lahir anak kedua, aku dapat bertukar ke kampung. Aku yang minta tukar. Sekali minta sahaja, terus dapat. Ramai orang hairan. Suami tinggallah di Sabah. Aku pun meninggaIkan bumi B0rneo balik kampung. Tinggal dengan ibu bapaku. Di sini aku lebih bahagia. Ada orang tolong tengokkan anak – anak. Main, gurau dan sayang anak – anak selain aku.

Kami belum bercerai. Bila g4duh tu, 6 bulan sepi tiada khabar. Telefon ke whatsapp ke semua tiada. Kadang – kadang tu aku rasa tenang. Tapi anak sulung aku ni menjadi seorang yang penyedih. Dia selalu menangis atau termenung. Ada juga aku call tapi dia tak angkat. Mesej baca tapi sekadar blue tick sahaja. Semalam aku terfikir, semua ni jadi sebab aku kahwin tanpa redha ibu bapa. Tapi aku bahagia begini, tanpa suami. Hanya dengan anak – anak dan ibu bapa. Sampai sayangku dah tiada buat suami.

Anak kedua dah setahun setengah, sulung tu dah 3 tahun 2 bulan. Tolonglah saya. Apa yang patut saya buat. Kuatkah saya men3mpuh hidup ni? Sekian, – Liz (Bukan nama sebenar)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: IIUMC via e-kesah