“Aku Tergamam Lalu Badan Mengigil, Isteri Ada Disebelah Sempat2 Suami Buat Onar” Malam itu juga suami melutut dikaki aku
Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Thank you admin sebab post story aku.
By the way nama aku Z, 20-an, bekerja di sektor swasta. Telah berkahwin 3 tahun, isteri kepada F dan kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Sebelum tu aku nak meminta maaf sebab confession ni agak panjang.
Bukan niat untuk mengaibkan suami sendiri, hanya hendak meluahkan rasa terkilan yang bersarang di hati dan sebagai peringatan untuk wanita lain agar hati hati memilih suami. Dan cerita aku bermula begini….
Seperti yang aku ceritakan di perenggan atas, aku telah menjadi isteri F selama 3 tahun, sebelum itu kami bercinta 3 tahun. Kami berkenalan di U dan dia senior aku. Oh dan dia 4 tahun lebih tua daripada aku.
Sepanjang PKP ni, kami berdua dikehendaki WFH seperti yang lain. Mesti pembaca tertanya tanya, apa yang hendak aku ceritakan? Kalau dah berjumpa setiap masa mestilah lagi rapat kan? Di mana salahnya? Ok aku teruskan.
Tahun lepas, pada suatu malam aku terasa nak ke tandas. Waktu aku balik semula ke katil, aku ternampak handphone F di sebelah bantal dia. F jenis yang akan pegang phone 24 jam ye, walaupun nak pergi ambil air dekat dapur atau mandi sekalipun.
Nak dijadikan cerita aku pun unlock la phone dia. Oh ya, kami berdua tahu password handphone dan laptop masing masing. Tapi kalau dah phone tu dipegang 24 jam, bila masa aku boleh check kan.
So bila aku buka, mula mula nothing suspicious. Ok… aku scroll ws bahagian bawah sikit… dan aku terjumpa ws menggatal dia dengan beberapa orang perempuan.
Aku tergamam… badan aku mula menggigil. Aku check tarikh… yang paling latest adalah semalam. Aku berkira kira…. waktu itu kami sedang bersantai di sofa lepas dinner sambil tengok netflix.
Tergamaknya dia sempat ws perempuan tu…. memanggil dia dengan gelaran “sayang” sedangkan isterinya di depan mata… Malam itu aku menangis angkara suamiku buat pertama kalinya.
Dia terbangun, bertanya kenapa. Aku tunjuk screen phone dia, terkebil kebil dia cuba untuk tengok apa yang aku tunjukkan.
Aku katakan padanya, “sampai hati you buat i macam ni, apa salah i, i tak cantik ke dimata you? Apa kurangnya i?”. Dan segala persoalan yang aku rasa nak tanya,aku luahkan waktu itu juga.
Pada waktu tu dia cuma diam, dan minta maaf. Malam itu aku tidur di bilik tetamu, tidak pedulikan dia yang cuba untuk meminta maaf denganku. Malam itu aku tidur dalam keadaan kecewa, tak sangka F akan melakukan hal keji macamtu sekali.
Keesokan paginya, aku tak ada pilihan kecuali terpaksa mengadap muka dia.
Hati aku tentulah masih sakit, dan aku katakan padanya yang aku perlu bekerja dan aku ada zoom meeting lagi 15 minit. Aku minta dia untuk tidak bercakap langsung dengan aku selagi waktu kerja belum tamat.
Aku terpaksa tipu boss dengan mengatakan aku tidur lewat sebab itu mata aku sembab, haha. Dan malam itu, dia meminta maaf sambil melutut di kaki aku. Dan segala tricks meminta maaf dia keluarkan, dan ya… aku termakan pujuk rayu dia dan memaafkan dia.
Sesungguhnya aku silap kerana betullah kata orang, sekali curang berkali kali dia akan mengulanginya….
Beberapa bulan selepas tu, biasanya F akan logout ws web di laptop setiap kali sebelum shut down laptop. Tapi kali ni mungkin Tuhan nak tunjuk lagi sekali,
Aku terbaca conversation dia dengan seorang perempuan yang dia dah archieved, dan tarikh perbualan mereka adalah beberapa bulan sebelum kami bernikah, sewaktu dia masih menjadi tunang aku.
Ya… dia baru sahaja kenal perempuan tu beberapa hari dan perempuan itu sudahpun menghantar gambar dan video sulitnya selepas F meminta padanya.
Aku terdiam dan badan aku menggigil, lebih teruk dari kejadian pertama. Perbualan mereka sangat memualkan, dan aku tak tahu jika mereka pernah berjumpa sebelum kami bernikah..
Dan hakikat yang aku hanya dapat tahu tentang mereka setelah aku menjadi isterinya… hanya Allah yang tahu perasaan aku waktu ini. Jika aku tahu lebih awal, sudah tentulah aku tak akan meneruskan perkahwinan ini.
Aku tak tahu macam mana aku tak jumpa langsung perbualan dia dengan perempuan tu sebelum ni, tapi kuasa Allah kan?
Doa seorang isteri tu makbul. Perkara ni membuatkan aku rasa tertekan, dan rasa tidak berguna sebagai isteri. Aku isterinya yang sah tetapi dia masih memilih untuk mencari perempuan lain yang tidak halal baginya.
Dan ya, aku memilih untuk berdiam diri kerana aku tahu tidak ada gunanya aku bersuara. Pasti dia akan katakan dia sudah berubah sedangkan hati aku? Seperti dipijak pijak rasanya.
Bercerita tentang hal di tempat tidur, maafkan aku jika perkara ini agak xx, tetapi boleh dikatakan hampir setiap kali aku yang perlu meminta kepadanya.
Dan setiap kali itulah dia akan menolak dengan alasan “I penat, nanti cari waktu lain”. Sudahnya, aku yang memendam rasa sendiri.
Jangankan baju s3ksi dan pakai wangi wangi, semua tips telah aku cuba tapi hasilnya tetap sama. Nak kata F bengkok, aku kenal cycle nya macam mana dan aku yakin nfsu F hanya pada wanita tulen.
Aku bukannya tak lawa, jujur aku akui sejak sekolah sampailah dah jadi isteri orang, ada sahaja lelaki yang cuba nak masuk line.
Aku masih tahu dosa pahala, aku tak pernah terniat langsung untuk berlaku curang pada F. Kami bernah berjumpa Dr pakar untuk periksa jika ada masalah, tetapi Dr menyatakan kami berdua tiada masalah.
Dan setiap kali aku bertanya pada F dengan niat untuk menyelesaikan perkara ni, dia pasti akan melenting. Katanya cukup lah sebulan 2-3 kali nafkah batin yang dia berikan padaku.
Aku juga akui dia agak kedekut untuk hulurkan duit belanja kepada aku sebagai isterinya, kerana katanya aku ada duit sendiri dan dia sudah belanja barang dapur dan makanan setiap hari,
(Ya, dia bukan sejenis yang memilih makanan tapi aku tak tahu mengapa dia selalu complain pasal makanan yang aku masak, membuatkan aku tawar hati untuk memasak) dan dia setuju untuk kami beli lauk dari kedai sahaja setiap hari.
Walhal sebelum berkahwin aku sering juga memasak untuk keluargaku dan masakan aku dipuji oleh mereka, termasuk tetamu yang pernah datang ke rumah keluargaku. Entahlah.
Tipulah jika hanya keburukan sahaja yang ada padanya, jika tidak masakan aku memilih dia untuk menjadi suamiku, bukan?
Ada banyak memori indah kami lalui sepanjang kami menjadi suami isteri yang aku tak dapat nyatakan satu persatu, tetapi sekarang aku mula rasakan yang kami lebih baik sebagai kawan, dan tidak lebih….
Aku akui aku ada lalai bab menunaikan solat, tapi sejak dua menjak ni Alhamdulillah aku sudah berusaha untuk menjaga solat lima waktu dan amalan yang lain, doakan aku terus istiqamah.
Semenjak dari awal kahwin boleh dikira berapa kali sahaja kami solat berjemaah, aku banyak kali berkecil hati dengannya kerana dia sering solat sendiri.
Jika aku ajak dia berjemaah, ada sahaja alasan yang diberikan. Aku cemburu bila kawan kawan lain post mereka sering berjemaah dengan suami masing masing.
Aku juga ada terfikir, mungkin juga ini hikmahnya kami belum dikurniakan anak. Aku sayang dia, tetapi cukupkah rasa sayang sahaja untuk mempertahankan rumahtangga kami?
Dan semenjak dua menjak ni dia seperti sudah bosan dengan aku. Handphone asyik melekat di tangan, tiap kali aku bertanya jika dia ada masalah, dia akan menjawab tiada apa, aku sahaja yang overthinking.
Jika aku mengajak dia untuk berbual, perbualan tu dah tak jadi serancak dulu dan itupun semasa dia tengah main game di handphone.
Tujuan aku post di sini sebab aku dah penat, dan nauzubillah aku mengaku aku mula tawar hati… Dan aku juga sudah tahu jawapan yang kebanyakan pembaca akan berikan.
Tetapi keluargaku jauh, jika berlaku apa apa siapa yang boleh membantu aku. Aku tak mahu menyusahkan mereka, apalagi meluahkan apa yang anak mereka sedang hadapi..
Tak dapat bayangkan muka kecewa ayah aku kalau dapat tahu anaknya dilayan seperti ini. Banyak kali juga aku berasa lebih baik aku mti, tapi aku masih ada agama, dan itu membuatkan aku berhenti mencederakan diri sendiri.
Aku buntu, aku tak tahu apa langkah yang perlu aku buat seterusnya.
Pernah aku menyuarakan hasrat untuk berpisah berkali kali, tetapi tiap kali dia akan menolak kerana dia sayang aku, katanya. Aku juga tak mahu bercerita tentang aib kami suami isteri pada kawan kawan.
Aku buntu… Z
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Z (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia