“Aku Terlelap Lepas Sarapan Tapi Terasa Diperhatikan, Pak Mentua Tengah Tengok Dari Pintu” Aku risau sebab faham-faham tengah tido takut terselak

Foto sekadar hiasan.

Salam admin. Mohon siarkan. Aku sebenarnya serba salah nak meluah. Fil aku bukanlah seorang yang waras.

Dia dah jadi dari beberapa tahun yang lepas. First time aku jumpa dengan fil. Lepas pada perkahwinan. Dan aku memang sedia maklum tentang keadaan fil.

Fil aku ada sebut, eh macam kenal la. Teman berasmara i sebelum ni kan? Tersentak aku. Aku dah start feel awkward masa tu. Yelah kenal tak. Tetiba cakap macam tu. Tapi aku abaikan jelah. Sebab dia kan kurang waras. Tanggapan aku la.

Sebelum ni kami memang duduk sendiri. Tetapi baru baru ni, boleh dikatakan kami ada masalah kewangan dan terpaksa menumpang rumah mil buat sementara waktu. Aku tgh mengandung. Dah sarat. 2Kali.

Aku tengah baring dalam bilik, tetiba fil aku datang terjah Terkejut aku dan Dia tanya aku soalan yang adik dah balik ke belum, aku jawablah tak tahu. Padahal orang lain ade je dekat ruang tamu.. Kenapa tak tanya orang lain? Ye aku tahu la aku menumpang but ni kan privacy aku.

Keesokannya, aku tertidur selepas brekfast. Aku masuk bilik. Aku baring last2 tertidur. Maybe penat sangat . Aku rasa diri aku diperhatikan, aku buka mata.

Aku nampak fil depan pintu bilik, dia pegang pintu bilik. Dia nampak aku buka mata, dia cepat cepat tutup pintu dan pergi lain. Masa tu semua orang dekat dapur. Terus hilang penat aku, aku bangun. Aku ws suami aku, aku cakap ,kalau nak keluar tu susah ke kejutkan dulu.

Baju tidur malam malam tahu la kan, takde la seksa sampai terbayang. Labuh memang la labuh. Kang terselak ke apa ke.

Takkan nak tunggu something jadi baru nak alert. Baru nak jaga. Lagipun dalam rumah ni ramai. Adik2 ipar. Biras. Kak ipar. Abang ipar. Semua ada. Dah lah sorang2 kalau lalu,duk main ketuk ketuk pintu. Mmg terbukak la namanya. Nak tido malam pun, sampai rasa fobia.

Selagi dia tak balik selagi tu la aku tak tido. Nak2 pernah keluar cerita yang fil aku tu pernah nak buat something yang tak baik dekat anak perempuan. Sampaikan aku cakap dekat husband, if terjadi sekali lagi.

Saya tak akan teragak nak balik rumah mak saya dan tak akan datang dah selagi awak tak sediakan rumah untuk kita. Buat masa ni, aku tak ada hebohkan dekat sape sape. Aku nak bgtahu husband pun serba salah. Yelah ayah dia kan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:  krt via hits.allhmt.com