“Aku Wasap Skandal Suami Senyap2, Perbualan Kami Aku Hantar Pada Suami” Terkedu suami dgn apa yang aku pinta

PART 2

Foto sekadar hiasan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Aku Redheart. Pernah menulis disini dulu dulu.

Terima kasih pada yang banyak bagi semangat lepas baca confession aku. Tak kurang jugak yang mengeji. Terima kasih semuanya..

Sebetulnya 2 bulan selepas aku buat confession haritu, aku lebih tenang sekarang. Aku menulis kali ni nak ceritakan apa yang aku buat sebagai isteri bila dapat tahu suami berlaku curang (walau baru bunga bunga mukadimah nak curang).

1) Aku akui sebagai perempuan aku terbawa bawa emosi juga. Tipulah kalau aku cakap aku tak emosi. Kalau tak, tak adalah lelaki aku kena tumbuk.. kan? Aku amik masa beberapa minggu jugak untuk cool down dan rangka tidakan selanjutnya.

2) Aku whatsapp M dan hantar screenshot conversation dia dan suami. Tapi aku tak s3rang dia. Kenapa?

Sebab pada aku dia tak 100% salah. Yang gatal telur tu lelaki aku. Jadi aku cuma say Hi pada M, kenalkan diri dan berbasa basi. Walau aku hantar screenshot pada M, dia insist mereka cuma “berkawan baik”.

Baik… aku terima explanation dia. Mungkin cara dia berkawan tak sama dengan cara aku berkawan. Aku sejenis berkawan dengan lain jantina tak ada sayang sayang, rindu rindu, virtual hug bagai.

Berkawan dengan lain jantina aku cuma whatsapp benda perlu. Bergurau pun aku jaga batas. Asal terlebih mesra aku terus cantas sebab aku nak jaga maruah aku as perempuan dan isteri orang.

Walau dulu aku pun ramai bestfriend lain jantina, boleh bertepuk tampar, heart to heart conversation, rapat giila giila. Tapi semua tu aku tinggalkan lepas bergelar isteri. Mungkin cara berkawan kami tak sama…

3) Oleh sebab M insist mereka cuma best friend, aku cakap aku pun boleh jadi bestfriend dia…

Dan sebagai BFF kepada lelaki aku, aku mintak dia nasihatkan lelaki aku supaya benarkan aku berkawan dengan BFF lain jantina juga. Sebab aku jauhkan diri dari semua BFF lain jantina aku selepas kawin sebab suami tak suka.

BFF aku sekarang semuanya perempuan sahaja. Aku pun rindukan BFF lelaki aku dulu.. Jawapan M, of course! Dia gembira nak nasihatkan suami aku untuk benarkan aku berkawan dengan BFF lelaki pula.

4) Aku screensh0t conversation aku dan M kemudian aku hantar pada suami pula.

Aku kata pada suami aku boleh terima BFF dia asalkan aku pun dibenarkan ada BFF lelaki juga dan suami tak boleh masuk campur macam mana pun aku nak berkawan dengan BFF lelaki aku.

Korang rasa suami aku nak bagi?? Mestilah TAK. Dia buat boleh, aku buat tak boleh.. Heh!

5) Aku print borang permohonan cerrai (fasakh) dan aku isi semua butiran berkaitan. Aku katakan aku cuma beri peluang sekali saja lagi. Kalau aku dapat tahu dia buat perangai lagi, borang tu takkan segan silu sampai ke mahkamah syariah.

Aku minta salinan slip gaji suami untuk memudahkan kira kira nafkah anak anak. Tapi dah setengah tahun aku minta sampai sekarang tak ada lelaki nak bagi pun. Takut lah tu! Haha

6) Selagi tak bercerrai, aku mintak satu kad kredit dia. Segala belanja rumah, aku akan guna kad dia. Dan aku memang takkan masak kalau aku tak nak masak. Makan luar, dia wajib bayar.

Belanja anak anak, dia bayar. Dah cukup lah aku bantu selama ni. Dia terlupa agaknya yang dia bukan mampu beristeri dua. Jadi mari aku ingatkan tahap kemampuan dia sampai mana. Duit gaji aku? Aku mostly guna untuk diri sendiri.

7) Sebelum ni aku pergi gym, salon dan beli skincare juga… (siapa yang komen haritu mungkin tak jaga diri lepas kahwin sampai suami bosan?).

Aku masih jaga diri cuma mungkin aku dah tak secantik di usia 20an dulu. M mungkin lebih cantik. Almaklum, janda anak seorang. Dia banyak masa nak kelebet diri sendiri barangkali. Aku?

Walau berbelanja untuk diri sendiri, aku masih cuba amalkan berjimat cermat. Skincare beli level drvgstore sahaja, Salon mungkin setahun sekali sekadar trim rambut sahaja.

Tapi lepas kejadian tersebut, aku lepaskan most belanja pada suami. Duit aku? Aku habiskan beberapa ribu pergi buat rawatan laser untuk kulit.

Aku beli skincare yang harga beratus ratus satu, satu set dah beberapa ribu. Aku habiskan beberapa ratus setiap kali pergi salon. Aku dye rambut, buat treatment sebulan sekali. Aku beli baju baju yang lebih elok.

Sebelum ni habiskan RM30 untuk sehelai baju pun aku dah rasa mahal. Tapi now who cares? Untuk apa aku berkorban jimat cermat kalau tak dihargai laki?? Aku bukan tak mampu.

8) Aku ajak suami slow talk. Mula mula tak slow talk jugaklah. Sebab amukan aku kan. Tapi aku paksa suami sebutkan satu, satu apa yang dia tak puas hati dekat aku. Apa yang dia tak suka aku buat.

Dan aku sendiri sebutkan satu, satu benda yang buat aku marah, geram, tawar hati pada dia (selain kes curang ni yang dah tentu tentulah tak ada siapa boleh terima).

Aku rasa ini salah satu langkah yang bagus. Amalkan open communication. Tak ada tapisan lagi. Tak ada berkias kias lagi.

Antara benda yang aku bagitau aku menyampah adalah tabiat dia yang keluar setiap malam untuk melepak dengan member. Setiap malam. Tanpa miss. Tinggalkan anak bini kat rumah, balik pukul 2-3 pagi.

Lepas tu sendiri rasa lonely, sendiri pergi gatal telur Whatsapp BFF. Yang bini duk tercongok kat rumah takkan hari hari nak tunggu lelaki balik baru nak berborak.

Habis tu aku takyah bangun pagi pagi siapkan bekal anak pergi sekolah, bersiap nak pergi kerja? Yang lelaki pula balik kerja, tidur dulu sebab pukul 8-9 malam jap lagi nak kuar lepak lagi.

Dah tu bila masanya nak communicate lelaki bini? Dan kemudian dia pula berani kata lonely? Abis aku dekat rumah ni hari hari enjoy bersuka ria ke camne? Eh. Emo balik pula rasanya. Haha.

9) Suami kata dia kadang kadang rasa tercabar ego sebab gaji aku lebih tinggi. Tinggi bukan banyak sangat pun. Dalam 2xxx saja lebihnya.

Dan sepanjang kahwin aku memang sikit pun tak pernah ungkit hal gaji. Dan aku sendiri tak pernah rasa diri lebih pun. Belanja rumah semua kami kongsi bayar sama sama. Tapi suami yang diam diam terasa sendiri dan tercalar ego sendiri.

Lepas tu cuba try test market sebab nak buktikan dia masih lagi laku. Hello… apa dia ingat aku ni tak laku ke? Sebenarnya ada saja lelaki lelaki lain DM aku. Aku block semua.

Ada saja kawan kepada kawan yang bertanya adakah aku dah jadi janda (sebab tak ada up gambar kat socmed dengan suami). Kalau betul dah janda dia nak masuk jarum.

Ada saja lelaki lelaki yang berhajat nak jadikan aku isteri kedua (sebab ingat aku janda). Aku cantas semua sebab aku masih sedar diri aku siapa. Cuma aku tak cerita semua ni pada suami (kau giila nak cerita?? Kang tak memasal aku yang kena marah balik).

10) Aku cakap pada suami aku akan layan dia macammana dia layan aku. Suami aku ada perangai kadang kadang dia akan membentak marah marah. Tinggikan suara depan anak anak bila tak puas hati. Buat muka depan orang tak kira kawan kawan or family.

Aku yang dulu akan diam dan turutkan kata kata suami. Tapi bukan aku yang sekarang.

Pernah sekali suami membentak marah marah pasal plastik sampah. Aku yang dulu akan diam dan iyekan. Tapi aku yang sekarang, aku sound saja suami balik.

Lagi satu kejadian dia hempas bakul baju. Aku yang dulu akan diam. Tapi aku yang sekarang hempas balik bakul baju tu depan dia. Dia tengking aku, aku tengking dia balik.

Dia buat perangai depan family aku, aku buat perangai depan family dia. Dia pernah buat muka depan kawan kawan aku, aku buat muka depan kawan kawan dia… fair kan?? Adakah dia saja reti jaga airmuka? Aku tak reti?

11) Aku bagitahu jujur pada suami aku memang dah tawar hati. Tapi aku bagi sekali lagi peluang pada dia bukan sebab cinta ke apa.

Pertama memang sebab anakanak. Sebab suami aku adalah ayah yang bertanggungjawab, itu aku tak nafikan. Dia adalah ayah yang lebih baik dari ayah aku sendiri. Dan aku taknak anak anak hilang itu.

Yang kedua, aku memang dah tawar hati dengan lelaki. Kalau cerrai pun belum tentu aku terbuka hati pada lelaki lain. Masa depan tu aku tak tahu lah kan.

Cuma aku dah tak ada hati nak fikir pasal lelaki pun. Jadi teruskan saja lah jodoh ni selagi ada. Kalau dah tak ada jodoh nanti, kita fikir lain lah pula..

12) Aku muhabsabah diri. Mungkin aku banyak alpa, lupa, jauh dengan Allah. Aku cuba kembali pada Dia. Lupakan suami. Aku cuma perlu ingat Allah ada dengan aku. Doa banyak banyak dikuatkan hati dan dipermudahkan jalan.

Apa pun keputusan dan however the situation played out, aku doa supaya Allah jadikan yang terbaik untuk kami dan anak anak.

Sekiranya jodoh ni yang terbaik untuk kami dan anak anak, aku mohon Allah mudahkan jalan kami.

Sekiranya jodoh ni lebih banyak keburukan dari kebaikan, aku mohon Allah mudahkan juga percerraian kami. Sampai hari ni, aku masih terus berdoa setiap hari.

Untuk makluman aku dah bersedia saja kalau bergelar janda. Tak ada beza sangat pun untuk aku. Aku mampu sara diri sendiri pun sebenarnya.

Sekarang aku sedang mengandung beberapa minggu. Jangan salah faham. Aku bukan pregnant sebab nak selamatkan rumahtangga ke apa. Aku pregnant sebab aku sendiri yang teringin anak ketiga.

Aku buat lawak pada suami kalaulah kami dah tak ada jodoh lepas ni, anggap saja lah dia penderma benih untuk anak ketiga ni. Sebab aku memang nak 3 orang anak dan usia aku pun dah tak muda lagi. Kalau bercerrai pun belum tentu aku kahwin lain.

Dan berdasarkan gaji aku, aku sebenarnya mampu saja sara 3 orang anak sendiri.

Jadi better aku capai impian 3 anak aku dulu sementara ada lelaki lagi ni. Aku tak tahulah suami kecik hati ke tak bila aku cakap mamcam tu. Tapi nasib kau lah kan? Hahaha..

Suami berubah ke tak?

Alhamdulillah suami ada perubahan. Ada juga dia sikit sikit nak balik perangai lama melepak setiap malam tu. Tapi macam aku kata lah… aku sekarang amalkan open communication.

Jadi aku sound saja dia. Kalau dulu mungkin aku berkias kias or beralas juga.

Tapi sekarang tidak lagi. Apa saja aku tak puas hati, aku terus luahkan tak ada selindung lagi. Hidup kami Alhamdulillah boleh kata 80-90% kembali normal. Suami pun nampaknya lebih concern hal aku dan anak anak sekarang.

Suami aku sebenarnya bertanggungjawab orangnya. Dan aku sendiri pun bukanlah perfect. Ada saja kurang kat sana sini.

Aku rasa aku dan suami sebenarnya saling melengkapi. Suami aku pun tahu tu. Cuma mungkin suami tersalah langkah. Dia mungkin rasa dia takkan kantoi tapi Allah tu lagi berkuasa.

Aku dah cakap pada suami.. aku bukan seorang perempuan lemah yang takut bergelar janda. Sebab aku mampu sara diri sendiri.

Tapi aku memang takkan sekali kali terima p0ligami sebab aku membesar dalam keluarga p0ligami (berkali kali) dan aku tahu aku takkan mampu jadi isteri yang dapat keredhaan suami dalam hidup berp0ligami.

Jadi aku takkan biarkan diri aku hidup dalam dosa derhaka pada suami. Sebagai lelaki dia ada hak untuk berp0ligami. Tapi sebagai perempuan aku ada hak untuk hidup tenang dan bebas dari berdosa setiap hari.

Jadi kalau dia decide untuk berp0ligami, dia kena tahu aku jugak akan decide untuk blah dari hidup dia. Tak ada istilah kasih sayang, fikirkan anak anak dan sebagainya.

Sebab aku dah hidup dalam keluarga berp0ligami dan kadang kala percerraian tu adalah ikhsan terbesar untuk seorang anak dari ibubapa yang tak bahagia.

Nasihat aku untuk adik adik, isteri isteri di luar sana… jadilah wanita yang kuat. Jadi wanita yang mampu hidup sendiri.

Jadi wanita yang cekal hatinya. Sampai suami sendiri rasa anda tak ada masalah kalau hidup tanpa dia. Mungkin dengan cara tu suami akan lebih hargai kalau kita pilih untuk hidup dengan dia.

Mungkin bila kita terlalu bergantung dan berpaut pada suami, dia lupa hargai kita. Dia rasa kita takkan tinggalkan dia sampai bila bila. Dia rasa dia paling berkuasa dan boleh buat sewenang wenangnya.

Dan juga pada isteri isteri diluar sana… biar dan susahkan suami dengan tanggungjawab dia. Ye.. kita isteri ni kadang kadang lembut hati nak sangat bantu ringankan beban suami. Sampai kita sanggup buat apa saja untuk senangkan suami.

Dan suami bila dah senang, lapang.. dia lupa anak bini. Dia rasa dia free. Dia rasa dia mampu. Dan dia boleh rasa lonely. Yang isteri susah payah kurangkan beban suami, si suami pergi cari beban baru. Jangan.

Biarkan suami jadi suami. Biar kita dilayan macam permaisuri. Pedulikan orang nak kata kita Queen Control ke apa. Sebab kalau kita tak control, suami yang akan lost control.

Cukup cukuplah jadi isteri “dambaan suami”. Kita cuma perlu jadi isteri yang diredhai Allah. Urusan hati kita serah pada Dia.

Aku doakan isteri isteri yang ditimpa nasib hampir sama dengan aku semoga dipermudahkan Allah segala urusan kita dan semoga kita semua diberi kekuatan untuk memilih jalan hidup yang terbaik untuk diri kita dan anak anak kita.

Korang pun tolong doakan semoga Allah permudahkan urusan aku dan kuatkan aku ye…

Oh ye. Dan tolong doakan aku dipermudahkan urusan, diberi kesihatan yang baik sepanjang mengandung dan melahirkan anak nanti. Semoga semuanya selamat…

Aku teringin juga nak anak perempuan sebab dua dua sebelum ni lelaki. Tapi kalau ditakdirkan no 3 pun lelaki juga aku redha saja lah….

Doakan aku ye…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Fiksyen Shasha via edisimedia