“Anak Belajar Di Poli Tiba2 Balik Mengejut” Rupanya dah dah ada isi

Foto sekadar hiasan. Gejala sosial yang semakin hari semakin banyak kita dengar berlaku di kalangan anak anak muda.

Di manakah silapnya hinggakan di awal usia remaja segelintir mereka telah terjebak dengan masalah sosial yang kian parah.

Tular harini di laman KRT, luahan seorang ibu yang terkilan, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh telah hamil diluar nikah.

Terkejut dengan berita kehamilan anaknya yang masih muda, si ibu buntu. Apakah tindakan seterusnya yang harus di ambil.

Ikuti perkongsiannya di bawah.

Salam admin. Saya sekarang tengah buntu sangat apabila anak perempuan sulung yang saya tatang bagai minyak yang penuh Hamil luar nikah ..

Ya allah dugaan apa la yang saya sedang hadapi ni. Tak tahu di mana silap saya dan suami selama mendidik dia..

Saya suri rumah suami kerja bawak lori trailer jarang2 ada kat rumah. Ada 3 org anak Yang pertama umur 18 Tahun , kedua 14 tahun , Ketiga 12Tahun.

Anak perempuan saya belajar di politeknik balik rumah secara tiba2 rupanya dah bawak perut mengandung 4 bulan. Dunia saya bagai gelap sekjp.

Suami pulak tak habis2 salahkan saya gagal mendidik anak, Saya tak tahu di mana silap saya , Saya ajar anak solat 5 waktu , Ajar menutup aurat. Tak tahu di mana silapnya saya sebagai ibu.

Lelaki yang bertanggung jawab dekat anak saya tu ada datang dengan kakaknya. Dia nak kawin dengan anak saya.

Tapi suami tak setuju suami nk hantar anak duduk di rumah permulihan akhlak sampai selamat bersalin.

Tapi hati saya macam berbelah bahagi ikutkan saya nk kawenkan anak saya sebb saya rasa anak saya dah takde masa depan lebih dia kawen belajar pun entah kemana lebih baik kawen.

Saya tak tahu sebenarnya apa yang perlu saya buat saya rasa saya dah tak berguna hidup lagi. Saya ibu yang gagal.

Apa yang perlu saya buat? sebagai ibu saya cuma nk yang terbaik untuk anak saya.

Luahan ibu ini mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Apa kita akan lakukan jika berada di tempat ibu ni. Lihat apa cadangan pembaca.

Sha Nad –Nikahkan puan dengan segera. Pas bersalin bole sambung belajar. Jangan judge anak tu. Kadang2 Allah nak uji sblm mereka mjadi insan yang lebih baik dan beetakwa. Puan tak salah apa3.

Zaman sekarang banyak godaan. Laki tu dah baik sggup datang rumah wlaupn dia tau apa akibat dia. Baiklah nikahkan. Jangan risau. Allah sdg mguji puan dan suami.

Azzinsor Niffira –Kak, pihak lelaki datang nak bertanggungjawab terima la. Jangan smpai anak akak nanti tak terima anak bila saat dilahirkn nanti.

Ada suami walaupun perut dah 4 bulan. Tetap anak tu tak sah taraf. Orang yang alami je tahu macam mane.

Zainab Sidek –Setiap dugaan pasti ada jalan penyelesaian nya. Akak setuju anak tu dihantar kerumah pemulihan tu biar disana nanti dia belajar hidup betapa susah nya melahirkan anak dan membesar anak.

Disana nanti ada guru dan ustazah memdidik dia kembali kepangkal jalan. Lepas dia keluar pasti dia berubah.

Takut nanti pekara tak disenangi berlaku sekarang ni kes buang bayi kan banyak berlaku. Jangan kawin kan tak akan menjamin masa depan anak awak masing2 maseh muda kerja tetap pun tak ada.

Mawar Blue –Puan.. Jangan hukum anak dengan perkahwinan terus puan.. Kena kenal dulu budak lelaki tu macamana.. Betul tindakan suami puan hantar dia ke pusat pemulihan akhlak biar dia dalami ilmu agama.

Boleh berfikir dengan matang dan waras.. Supaya dia boleh tentukan sambung belajar atau kawin dengan lelaki tu.

Bertanggungjawab untuk kahwin belum tentu bertanggungjawab jadi suami puan.

Banyak kes saya jumpa asal lelaki tu nak bertanggungjawab ja mak ayah nak kawinkan tanpa selidik latar belakang dan perangai lelaki tu. Last2 anak perempuan tu jadi punching bag. Digntung tak bertali.

Nak cerrai bukan senang. Suami puan tu ayah yang bertanggungjawab dan sayangkan anak.

Dia takkan semudah tu lepaskan anak pada ntah siapa-siapa dengan mudah walaupun anak tu dah buat salah..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: KRT via rentasasia