“Anak Perempuan Dah Berumur 7 Tahun, Dia Tak Tahu Yang Dia Anak Tak Sah Taraf” Aku bagi tahu bidan, dia terdiam

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama kali saya ingin luah di sini. Saya kenalkan serba serbi tentang diri saya. Saya seorang isteri bersama sepasang cahaya mata.

Yang saya ingin ceritakan tentang anak sulung saya yang teristimewa buat saya. Sejujurnya, saya gelar begitu kerana dia adalah seorang anak tak sah taraf. Memang dosa saya bersama suami.

Saya taip ni dah hampir jam 1 pagi. Terasa sedih yang tak digambarkan bila lihat muka anak teristimewa saya. Apa yang akan dia lalui dan hadapi.

Umur dia sekarang baru 7 tahun dan dia seorang perempuan. Dia masih tidak tahu tentang status dirinya.

Kisah dia begini, semalam saya isi borang sekolah anak teristimewa saya, borang untuk bantuan persekolahan. Dan bersama borang tersebut, perlu disertakan kad pengenalan ibu bapa dan sijil lahir. Dokumen tersebut perlu pengesahan dari ketua kampung.

Ada bidan datang rumah untuk mengurut kakak ipar saya. Dan bila dah habis mengurut, kakak ipar minta tolong saya hantar pulang bidan tu. Saya tidak tahu rumah ketua kampung, jadinya saya minta bidan tersebut untuk bawa saya.

Bila sampai rumah ketua kampung, ketua kampung tu tak ada di rumah dan bidan tu bagitahu saya nanti dia akan ambilkan dan bawa bila datang mengurut kakak ipar (mengurut 3 hari turut turut).

Saya ok la memandangkan rumah ketua kampung dan bidang berdekatan. Lupa nak bagitau. Bidan tu dah lama kenal saya dan keluarga mertua. Masa saya lahirkan anak teristimewa saya, dia juga yang uruskan saya.

Harini, bidan tu datang. Terus dia tanya kenapa nama anak binti lain tak sama dengan nama ayah. Saya tak malu saya tahu saya yang salah dan saya yang dosa bukan anak saya.

Saya rasa sebak. Saya bagitahu itu kisah silam saya. Bidan tu diam dan terus urut kak ipar. Sampai sekarang saya masih ingat. Bidan tu oke je cuma saya sedih bila mengenangkan hari hari ke depan yang akan dia lalui.

Apapun saya beryukur kerana keluarga belah saya dan keluarga belah suami semuanya sayang anak teristimewa ini sama seperti yang lain. Tak ada seorang pun yang hina atau keji.

Sepanjang dia sekolah sejak dia umur 4 tahun, tak pernah juga orang pandang sinis pada dia. Malah orang sayang dia. Mungkin kerana keletah dia yang pandai bercakap.

Saya selalu berdoa agar Allah temukan dia dengan orang orang yang penyayang dan tak memilih kasih. Saya tahu dosa saya dan suami. Silap besar ni juga akan sentiasa menghantui saya hingga hujung nyawa.

Saya tidak kisah jika orang nak pandang hina saya tapi jangan pada anak teristimewa saya. Dia langsung tak bersalah.

Kerana dia juga saya berubah. Kerana dia saya menjadi seorang ibu. Kerana dia saya kenal mana permata dan mana kaca.

Terima kasih sayang hadir dalam hidup ibu dan ayah. Ibu ayah sayang kamu. Tak ada beza kasih sayang kamu dengan adik kamu. Kamu tetap anak ibu ayah hingga ke syurga.️

Ibu yang pendosa.

Reaksi Warganet

Faeiz Nor –

Kesian anak luar nikah ni.

1. Anak luar nikah tak boleh di bin/bintikan kepada Ayah sendiri walau pun dia memang anak dari sudut bi0logy tapi tidak menjadi anak menurut syar’e.

2. Ayah bi0logy tidak boleh menjadi wali semasa akad nikah kerana tidak sah. Sekiranya si Ayah bi0logy tetap berkeras untuk menjadi wali maka pernikahan si anak luar nikah itu menjadi tidak sah dan akan lahirnya keturunan ziina.

3. Anak luar nikah juga tidak layak untuk menerima harta pusaka dan dia langsung tidak termasuk dalam kategori Waris Fara’id.

Cara untuk memberikan harta kepada anak tak sah taraf ini adalah dengan cara memberikan dalam bentuk Hibah sebelum bapa bi0logy itu meninggal atau wasiat daripada harta selepas daripada kematian Ayah bi0logy.

4. Sekiranya anak tak saf itu lelaki, apabila dia telah dewasa tidak boleh menjadi imam kepada orang awam kerana hukumnya makruh. Dia hanya boleh menjadi imam kepada ini isteri dan anak anak sahaja.

Ringkasnya jangan lah kita semua mendekati ziina. Semoga Allah s.w.t menjauhkan kita semua berserta anak keturunan kita daripada zina. Semoga Allah s.w.t mengampuni dosa compression dan dosa dosa kita semua. Sesungguhnya sebaik baik pendosa itu adalah pendosa yang selalu bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Seorang pendosa (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia