“Anak Umur 9 Tahun Maut” Selepas menyelamatkan ibunya dari dirogol
Budak Darjah 3 Meninggal Dunia Selepas Menyelamatkan Ibunya Daripada Dir0g0l
Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilapor maut dipercayai ditetak ketika cuba mempertahankan ibunya daripada menjadi mangsa rogol.
Menurut laporan Tribun Batam, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Acheh Timur pada Sabtu lepas.
Ketika kejadian, ibu mangsa sempat menyuruh mangsa melarikan diri namun mangsa enggan sebaliknya berusaha untuk menyelamatkan ibunya.
Bukan setakat menetak mangsa, bahkan si perogol turut bertindak kejam dengan membuang jasad kanak-kanak berkenaan ke sungai berdekatan dengan lokasi kejadian.
Jasad wira kecil berkenaan bagaimanapun berjaya ditemui keesokan harinya.
Ayah mangsa ternyata tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan menyifatkan arwah anaknya sebagai anak yang baik dan taat kepada ibu bapa.
”Allah SWT lebih menyayanginya, sehingga dia dijemput pergi terlebih dahulu. Selamat jalan nak, kami akan merindui mu,” kata ayahnya.
Suspek sudahpun berjaya diberkas dan kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: Tribun Batam via kisahjalanan