“Anang Sulung Selalu Tunggu Dan Tanya Pasal Dia Sampai Aku Pun Nangis” Suami pula ingat aku halau dia
Foto Sekadar Hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku menulis kerana aku sendiri sudah tidak tahu apa nak jadi dengan kehidupan aku. Jam dah menunjukkan pukul 4 pagi tapi satu malam ni aku tak dapat tidur.
Aku seorang ibu tunggal dengan dua anak. Dan malam tadi aku baru saja pkul anak sulung aku. Aku rasa loser sangat, loser sangat sangat.
Dah lama aku bercerrai, lebih kurang 10 tahun yang lalu. Kadang kadang aku rasa itulah titik hitam yang mencorakkan hidup aku hari ini. Yang membuatkan aku rasa hidup aku terumbang ambing dan sekarang aku rasa semakin lemas.
Anak aku sekarang yang sulung berumur 12 tahun, yang bongsu berumur 9 tahun.
Walaupun perkara tu dah lama berlalu tapi sampai sekarang aku sentiasa tertanya tanya kenapa hal begini terjadi dalam kehidupan aku. Aku rasa hidup aku cacat sangat.
Pencerraianraian itu, sampai sekarang aku sendiri tak faham kenapa terjadi. Sebab tu sampai sekarang aku macam susah nak terima.
Tidak lama sebelum bercerrai aku baru lepas melahirkan anak yang kedua. Mood bahagia. Ditambah baru berpindah ke rumah baru, sama sama share bayar duit muka dan renovate rumah.
Memang aku perasan sikap suami aku waktu tu agak berbeza, tapi aku abaikan sahaja. Sebab waktu tu sibuk pindah rumah baru. Sibuk dapat anak baru jadi aku rasa mungkin dia penat dan aku pun penat.
Bila diingatkan memang aku ada buat silap. Bila aku banyak terbaca kisah mertua yang kurang pembersih, sebenarnya itu lah juga yang terjadi dalam perkahwinan aku.
Mertua aku bukan la pengotor sangat, tapi adalah sebahagian perkara yang aku rasa tak berapa bersih.
Itu pun sepanjang 6 tahun perkahwinan, aku tak pernah sebut atau komplen. Aku simpan sendiri saja.
Sebab secara jujurnya aku sayang mertua aku. Walaupun aku kadang kadang tak faham sangat loghat negeri diorang, tapi aku memang ikhlas sayangkan dia orang.
Mertua aku pun baik pada aku sebagai menantu. Tapi hal ini suami aku tak pernah percaya aku dan faham.
Sampailah suatu hari, suami aku terpaksa pergi outstation kebetulan di negeri kelahiran dia. Aku pulak tak dapat ikut sebab baru start kerja selepas cuti berpantang.
Bila aku suarakan yang aku tak dapat handle dua anak kecik seorang diri, suami aku putuskan untuk bawa anak aku yang sulung balik ke rumah mertua aku supaya mereka dapat menjaga sementara dia menyudahkan kerja dia.
Waktu tu aku membantah, maka aku terlepas cakap yang menunjukkan aku tak percaya mertua aku jaga anak aku sebab masalah kebersihan itu.
Waktu tu lah suami aku sangat marah dan terus nak cerraikan aku. Aku minta ampun macam mana pun dia tetap nak cerraikan aku. Dia kata aku hina ibu dia.
Entah lah … mungkin aku yang blurr ke. Waktu tu aku takda niat nak hina, cuma aku risau anak aku.
Dipendekkan cerita, memang itu lah yang suami aku dulu jadikan sebab untuk cerraikan aku. Sejak peristiwa tu, dia keluar dari rumah tinggalkan aku dan anak anak.
Puas aku minta ampun pada dia. Seluruh keluarga dia dan keluarga aku pujuk dia untuk tidak teruskan niat dia, tapi dia bertekad untuk bercerrai juga.
Lebih kurang sebulan dia tinggalkan aku, aku pulak yang jadi marah. Aku suruh dia ambil barang barang dia dan keluar terus. Aku rasa tersiksa menunggu dia balik.
Anak aku yang sulung pun asyik tunggu dia dan tanya pasal dia. Sampai akhirnya anak aku meraung, aku pun menangis. Suami aku rasa aku halau dia. Lagi lah bertambah sebab untuk dia cerraikan aku.
Sewaktu menunggu proses mahkamah, aku cuba pujuk dia lagi dan lagi. Banyak kali. Minta ampun. Banyak kali. Melutut aku minta ampun pada dia.
Dalam tempoh itu juga dia kata dia ada perempuan lain, isteri yang dia kahwini sekarang ini. Dalam tempoh itu juga dia makin jauh.
Anak anak masuk hospital, melawat acuh tak acuh. Aku bagi lampu hijau untuk bermadu. Tapi dia tetap nak cerraikan aku.
Dia kata dia nak bercerrai sebab aku nak sambung belajar ke luar negara. Aku setuju batalkan niat dan tolak tawaran, tapi dia masih nak cerraikan aku.
Katanya dia tak pernah sayangkan aku sejak dulu. Maka, bercerrai lah. Dia berikan sepenuhnya hak penjagaan anak anak pada aku.
Walaupun seluruh keluarga dia dan aku menghalang, walaupun hakim mahkamah pun cuba bantu, tapi dia tetap cerraikan aku. Itu lah titik hitam yang menghantui hidup aku sampai sekarang.
Selepas bercerrai, lama aku cuba untuk bangkit semula. Susu untuk anak aku kering kerana aku murung. Aku pernah warded sebab lupa nak makan dan minum.
Pernah juga bos aku refer aku ke psikatri sebab aku lepaskan tekanan dekat tempat kerja.
Tapi sesi di jabatan psikatri tu membuatkan aku rasa lagi tah apa apa, maka aku berhenti. Anak anak aku banyak menumpang kasih mak ayah aku waktu hidup aku tak keruan waktu tu.
Sampai lah satu ketika aku rasa dah tak boleh hidup dekat negara ni lagi. Segala tempat yang aku pergi, even balik ke kampung sendiri pun aku macam ternampak nampak bekas suami aku waktu kami bahagia dulu.
Aku honestly tak boleh terima bila dia kata dia tak pernah sayang dekat aku. Aku rasa diri aku macam sampah.
Apa nilai 6 tahun ini? Apa nilai dua orang anak aku ni? Dah la duit hantaran pun aku bantu dia untuk lunaskan.
Lagi lah aku rasa diri aku macam sampah. Anak aku yang sulung paling kesian waktu tu. Umur baru 3 tahun tapi dia selalu tertanya tanya mana ayah dia.
Demi untuk kesihatan mental aku dan anak anak maka aku putuskan untuk sambung belajar keluar negara. Maka bermusafir lah aku tiga beranak.
Dipendekkan cerita di negara orang aku struggle uruskan anak anak, uruskan hidup, uruskan pelajaran aku, dan yang paling struggle ialah melawan diri aku sendiri, kesedihan aku, kelukaan hati aku.
Aku tahu aku d3press. Lepas hantar anak anak ke sekolah dan pengasuh, aku balik rumah dan menangis. Kekuatan aku waktu tu ialah anak anak.
Mereka lah yang menggerakkan aku untuk bangun, siapkan mereka ke sekolah, memasak, siapkan baju semata mata kerana itu tanggungjawab aku.
Selebihnya bila aku sorang sorang, aku tak buat apa. Menangis dan menangis. Takda siapa tahu sebab di luar aku nampak macam biasa.
Tapi akhirnya atas support keluarga dan kawan kawan, aku berjaya juga graduate selepas 4 tahun di negara orang.
Walaupun mungkin tidak secemerlang mana, tapi berjaya juga aku habiskan. Dan aku pun agak hampir pulih melawan kemurungan aku sendirian.
Anak anak aku pun membesar dengan gembira. Memang suasana dan persekitaran di luar negara itu banyak menjadi penawar untuk kami anak beranak.
Balik Malaysia, aku dapat kerja yang stabil dan gaji yang agak lumayan. Memang mampu untuk berdikari sendiri. Tapi pulang ke Malaysia, anak anak aku dah fasa nak membesar.
Daripada hasil siasatan aku, aku dapat mengesan anak anak aku memang terkesan hidup tanpa a father figure.
Walaupun ada sesekali bekas suami aku datang berjumpa dan telefon, tapi aku rasa tak sama. Masih ada satu ruang dalam hidup anak anak aku yang tak mungkin dapat aku isi. Aku rasa bersalah.
Aku pulak struggle untuk uruskan kehidupan kami. Aku, the only adult in the house. Maka segalanya aku uruskan.
Kerja aku pulak memang agak demanding. Kadang kadang aku rasa tak terkejar dengan segala demand yang orang harapkan daripada aku. Aku penat, penat sangat yang menyebabkan aku rasa nak menangis.
Hidup di luar negara dulu pun tidak sepenat sekarang. Maka bila aku penat, anak anak aku pulak buat hal, aku jadi marah marah.
Kadang kadang pkul dan rotan anak anak aku. Walaupun takda kesan di badan tapi mungkin ada kesan di hati mereka.
Semakin anak anak aku membesar aku rasa semakin tak tahu nak jadi ibu yang baik bagaimana. Dia orang dah pandai nak menipu aku yang membuatkan aku risau. Licik sangat.
Bila kantoi, mula mula aku nasihat. Kantoi lagi aku marah. Kantoi lagi aku macam tak tahu nak buat apa lagi maka aku terpaksa pkul atau rotan.
Kadang kadang aku rasa dia orang jadi macam ni sebab takda ayah. Suara aku ni sebagai mak dah takda value.
Sebab dia orang tahu semarah marah aku, aku jugak lah yang akan pujuk dan peluk dia orang.
Sebab walaupun aku marah, tapi aku kesian dia orang takda ayah, kurang kasih sayang, aku pulak rotan anak aku. Last last aku yang menangis dan minta maaf dekat anak anak aku. Aku rasa loser sangat.
Aku loser as a wife. And now aku loser as a mother. Ini lah sebabnya aku menulis di sini. Apa sebenarnya nak jadi dengan hidup aku dan anak anak aku?
Aku rasa aku dan anak anak aku malang sebab aku salah pilih suami dulu. Takda orang yang bersama sama dengan aku untuk handle semua ni.
Aku tahu aku kena kuat… tapi aku tak tahu kuat macam mana. Aku ni perempuan yang letih. Kadang kadang aku rasa tak berdaya sangat. Aku doa, aku solat… mana silapnya?
Maka kerana itu aku selalu tertanya tanya kenapa hidup aku macam ni. Dulu waktu nak kawin, aku pilih suami aku sebab dia ada background agama yang aku harapkan untuk bersama sama pimpin aku dan anak anak aku ke syurga.
Aku dah usaha dapatkan jodoh ikut apa agama cakap, tapi kenapa tak jadi macam apa yang aku harapkan?
Ye, aku ada buat silap dalam perkahwinan aku, tapi kenapa suami aku tak boleh nak ampunkan aku dan terus bersama aku? Kenapa tak didik aku dan anak anak aku? Bukan ke aku dah sungguh2l sungguh minta ampun?
Hidup anak anak aku cacat tanpa ayah, semuanya salah aku. Aku yang salah pilihkan ayah untuk dia orang.
Aku yang tak buat yang terbaik as a wife supaya ayah dia orang tak tinggalkan dia orang. Aku yang salah.
Tapi aku rasa aku tak diberikan peluang pun untuk baiki kesalahan aku. Walaupun aku dah minta maaf, tapi aku tak dapat peluang pun untuk baiki keadaan.
Akhirnya aku kena hadap semua ni sendirian. Aku rasa aku lemah sangat nak hadap semua ni sendiri. Tapi aku perlu teruskan juga. Dalam keadaan terumbang ambing ni kemana kapal ini perlu aku halakan?
Aku risau masa depan bukan setakat atas dunia ni sahaja, tapi di akhirat nanti jua. Kadang kadang aku terfikir, apakah aku ini ahli syurga atau neraka.
Aku selalu berkata pada Allah, aku dah usaha untuk corak masa depan aku macam apa yang Islam suruh. Aku dah cuba tapi kenapa hidup aku terumbang ambing jugak?
Orang lain bergaduh lagi teruk daripada aku, tapi takda bercerrai berai. Tapi kenapa aku yang kawin dengan ustaz ni sampai bercerrai?
Aku kawin dengan ustaz sebagai usaha untuk ke syurga. Tapi sekarang ada lagi ke harapan untuk aku masuk syurga?
Kesian anak anak aku dapat ibu macam aku. Aku sayang anak anak aku. Aku rasa berdosa pkul anak anak aku. Bertambah sebab untuk aku masuk neraka.
Tapi kalau anak anak aku dah tak dengar cakap aku apa lagi aku boleh buat? Anak anak aku menipu, pau duit kawan, ponteng kelas PDPR. Aku rasa dia orang perlukan a father figure yang digeruni untuk control dia orang.
Anak anak aku dah terlalu rapat dengan aku, nasihat dan marah marah mulut dah tak jadi apa. Aku terpaksa rotan, terpaksa.
Kenapa hidup aku susah sangat. Kenapa suami aku dulu lari dari tanggungjawab untuk didik aku dan anak anak? Macam mana aku nak teruskan hayat ini?
Aku berdoa supaya Allah ambil nyawa aku cepat sekiranya lebih banyak dosa yang aku akan buat.
Sebab aku rasa setiap kesilapan atau dosa aku macam susah nak dapat keampunan, tapi aku hanya manusia.
Manusia tak boleh lari dari buat silap. Tapi aku macam tak boleh buat silap langsung, tiada keampunan untuk aku. Aku kena jadi maksum. Tapi aku tak mampu. Paham tak?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: ekisah.com