“Arwah Atok Tak Bagi Buka, Pesan Mak” Jumpa uncang misteri di rumah pusaka
Mak Pesan Jangan Buka Sebab Arwah Atok Tak Bagi” – Pemuda Jumpa Uncang Misteri Di Rumah Pusaka. Misteri, tidak dinafikan genre ini memang ramai penggemarnya. Cerita yang sentiasa mewujudkan tanda tanya hingga memacu adrenalin untuk seseorang mencari tahu kebenaran sesuatu perkara.
Mungkin benar, ada sesetangah orang yang terpilih untuk mengalami sendiri pengalaman terkait dengan mistik dan supernatural. Namun kita sebagai pembaca jangan terlalu obses, anggap sahaja bacaan ini hanya sekadar hiburan atau perkongsian.
Dua hari ini, tular di laman media sosial tentang satu ciapan ‘angker’ yang dimuatnaik oleh seorang pengguna twitter. Aiman telah berkongsi tentang pengalamannya terjumpa satu uncang ‘misteri’ ketika sedang mengemas rumah arwah datuknya.
“Benda ni jadi semalam waktu aku dengan adik beradik pergi ke rumah nenek aku sebab nak ambil barang. Rumah nenek aku ni dah lama ditinggalkan sebab dia duduk rumah pakcik makcik aku.”
Tambahan pulak, dia dah tua and tak ada siapa nak jaga kalau dia duduk rumah tu.
Rumah nenek aku ni baru je ada orang masuk sewa, nak dekat sebulan dah. Masa nenek aku keluar dari rumah dia tu, dia just bawak beberapa helai baju dengan benda benda yang penting je. Kiranya orang yang sewa tu memang dapat fully furnished punya rumah la.
Then semalam masa kami datang tu, kami kemas la baju dengan ada barang barang yang nenek aku suruh ambil. Kemudian, akak yang sewa rumah ni cakap yang dia ada terjumpa uncang tapi kami tak tanyalah di mana dia menjumpainya.
Okay dalam uncang tu ada satu lagi uncang dengan kain merah dan ada banyak gila syiling lama dari zaman mana mana tah.
“Kain merah tu kalau kau perasan ada macam tulisan, aku dah cuba baca tapi ada beberapa perkataan je yang aku boleh baca. Perkataan lain tu memang tak faham la, tapi serius, ayat tu bukan ayat Al-Quran.”
Benda ni arwah atok aku punya. Tapi dari apa yang makcik dan mak aku cerita, arwah atok aku ni memang banyak ilmu dia dan ayah aku pun sempat belajar beberapa benda dari arwah atok aku tu.
Lepas kami tunjuk kat ayah aku, ayah aku terus simpan benda tu dan aku pun tak tahu la apa jadi kat uncang tu. Tapi aku dengan abang aku rasa macam asal kami tak sempat belajar benda benda ni dari arwah atok aku dulu.
Okay berbalik semula kepada cerita aku dengan adik beradik pergi ambil barang kat rumah nenek aku ni. Masa kami pergi ke rumah nenek, mak aku ada pesan pasal satu beg ni tapi mak aku tak ada la terangkan macam mana rupa bentuk beg tu.
“Beg tu nenek aku pesan kat anak anak dia kalau jumpa jangan bukak langsung sebab atok aku cakap jangan bukak.”
Disebabkan isteri kena dengar cakap suami, dia pun tak la bukak and tak ambil tahu la pasal beg ni. Beg tu beg warna coklat . Style style beg tok kadi tu.
Masa aku dengan adik beradik kemas tu, tiba tiba kami ada jumpa beg tapi masa tu kami tak tahu lagi tu ke beg nya. Beg tu elok je dalam almari rumah kat bilik mak aku. Beg tu ada dalam almari kosong tau, tapi mula tu aku dengan abang aku ingatkan dah ada orang kemas la almari ni.
Abang aku ambil beg tu, baru je abang aku bukak beg tu bau dia wangi gila do serious . Dalam beg tu bau wangi. Terus abang aku pandang aku, aku pandang abang aku. Terus kitaorang rasa tak sedap hati masa tu.
Lepas kami terbukak beg tu, abang aku terus call mak aku and ceritakan pasal beg yang kami jumpa tu. Mak aku terus je cakap”ha tu la begnya”. Terus kami letak balik beg tu.
Serious cuak gila masa tu. Kami kemas balik semua, tutup almari tu balik terus kelaur dari rumah tu petang tu. Tapi apa yang aku dengan abang aku perasan dalam beg tu ada ada satu uncang kecik kena lilit dengan kain kuning dengan tulisan atas dia.
Tapi benda paling pelik, arwah atok aku ni meninggal masa aku 5 tahun dan sekarang dah nak dekat 15 tahun, beg tu memang tak ada siapa siapa usik sebab wangian dia tu kuat gila kot.
“Malam tu kami sampai rumah lepas makan, aku tidur sebilik dengan abang aku. Tiba tiba malam tu mak aku kejut kata abang aku ni mengigau lain macam.”
Esoknya mak aku tanya mimpi apa kat abang aku. Abang aku ni kata tak ada mimpi apa apa pun malam tadi.
Jadi, petang semalam parents aku ajak abang aku pergi berubat. Lepas balik tu abang aku cerita apa jadi kat dia masa berubat tu. pakcik tu kata ada benda nak dekat abang aku tapi belum lekat lagi. Nasib baik terus pergi berubat.
Waktu berubat tu pakcik tu picit antara ibu jari abang aku dengan jari sebelah tu. Sumpah abang aku cakap sakit gila. Lepas abang aku cerita tu baru kitaorang teringat uncang yang dalam beg coklat tu.
Dah Baca, Jangan Lupa komen Dan Sharev Ya. Terima Kasih
Sumber: Alexander Aiman, Siakapkeli via arenagempak