“Awak ni Malas Kenapa Tak Boleh Jadi Mcm Mama” Isteri stress di bandingkan dengan mertua

Foto Hanya Sekadar Hiasan Artikel Sahaja Tiada Kena Mengena Antara Yg Hidup atau Yang Ma.ti

Assalamualaikum, namaku Fasha. Umur 33 Tahun, Sudah Berkahwin bulan 3 sebelum PKP dan masih belum di kurniakan cahaya mata. Saya kenal dengan suami ketika buat ijazah sama2 di universiti. Bahagia bersama bersama suami tercinta

Cuma pada bulan puasa last year aku ga.duh besar dengan suami sbb dia sudah mula membandingkan saya dengan maknya.Sikit- sikit semuanya mak. Mula-mula saya rasa ok saja dibandingkan sebab pemikiran saya anggap ini adalah pembakar semangat untuk jadi lebih baik macam mak dia.

Lama kelamaan saya pula merasa self low confidence mudah terasa hati dan merajuk. Akan tetapi suami minta maaf dan janji tidak ulangi perbuatan beliau. Akan tetapi benda yang sama juga berulang selepas itu, terkadang salah timing call pun boleh kena maki, layanan terhadap aku begitu berbeza mengikut moodnya.

Bila mak ke ayah atau adik dia yang call tiba2 dia boleh berubah watak menjadi sangat baik, ini lah salah satu sebab saya sangat terasa hati bila terjadi ber kali2. Seperti yg dijangka last week saya sangat letih sebab bekerja lalu ajak suami makan dekat luar tahu apa yang sapa dapat “awak ni malas”. “Kenapa tak boleh jadi macam mama?” “mama masak sedap, mama rajin masak tanpa mengeluh”.

Lepas tu saya pun menangis dan suami hanya berkata dia tidak bersalah cuma dia bagitahu perkara yang betul, ya kami baru sahaja mendirikan rumah tangga selama setahun tak adil bandingkan dia dah hidup dengan mak dia selama 35 tahun kan. Untuk maklumana saya akan masak 4 kali seminggu, ahanya hari ahad saja saya tidak masak.

Saya pula jenis tak pernah suruh suami buat kerja rumah langsung, rumah kami sentiasa kemas sahaja sebab kami hanya tinggal berdua. Biasanya tiap2 bulan kami akan balik ke rumah mak dia seremban, kampung saya pula di selatan tanah air, maka jaranglah balik ke kampung saya.

Sedih kerana jauh dari keluarga dan suamiku sering membanding-bandingkan cara kerja saya, cara mengemas dan cara masakan. Tidak pernah dipuji.

Saya okay sahaja. Saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sehabis mampu aku.

Jarang sekali mengajakku pulang ke kampung saya. Ye lah, PKP. Tapi ke Seremban boleh pula. Saya turutkan sahaja kerana beliau Suami.

Akhir kata, doakan saya boleh menjadi sebaik emaknya. Doakan saya bahagia dan saya percaya ini sebahagian dari pahit manis kehidupan berumah tangga.

Sekian…

Reaksi Netizen

Madamme Que

Cakap kat suami… gi la tido celah ketiak mak kalau dah semuanya mak awak yang bagus ?

Biadap sungguh suami gini. Sis, u ngadu la ngan MIL. Mana tau MIL boleh nasihatkan.

Edit: takyahla ngadu, kang jadi cerita lain pulak ? ok sis confessor u follow cara2 reverse psikologi seperti yang dicadangan oleh readers lain ye. Ada yang menarik tu. Pastu u tulis balik confession.. Nak tau jugak perkembangannya ?

Sahedatul Mohddesa

Yang ni salah, ajak suami buat kerja sama2 takut2 nanti dah ada anak pun isteri sorg kena buat kerja rumah.

Biar bergaduh dulu 1st 2nd year, bincang, ajak buat kerja sama2, kalau tak nanti takut2 isteri jadi maid.. dah lama kahwin lagi susah nak bentuk suami.. suami pun dah terbiasa tak buat kerja rumah.

Munirah Nur Shadad

Mana lah sama isteri yg baru setahun jagung kawin dengan mak yg dah berpuluh tahun kawin. Mmglah mak akan lebih pro dlm urusan rumah tanggga bab memasak semua tu. Lgipun mak dia bekerja jugak ke? Kenapa perlu dibanding bandingkan. Cuba bandingkan pulak suami tu dengan ayah sis pulak tengok reaksi dia camna. Kena tegur dri awal ajak dia sama2 buat kerja rumah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Fasha (Bukan nama sebenar) via news.allmhi