“Ayah Selalu Wasap Minta Duit. Bila Dah Diberi Duit, Saya Hanya Dapat Blue Tick” Mak pula minta makanan yang mahal2

Assalamualaikum semua. Saya silent follower di sini. Sekali-sekali memberi komen dan berkongsi cerita. Banyak cerita saya baca berkenaan parents yang berat sebelah, pilih kasih dan sebagainya. Cerita saya mungkin tak terlalu kritikal. Tapi cukup membuatkan saya jauh hati.

Ayah sentiasa whatsapp minta duit. Bila Dah diberi duit, saya hanya dapat blue tick. Mak pula minta makanan yg mewah mewah.

Saya Huda, berumur hampir 40 tahun. Golongan profesional. Baru 3 tahun berkahwin berkahwin. Saya nak bercerita dengan layanan mak ayah saya yang tidak sama dengan semua anak-anak. Dan ia sangat memberi kesan.. Saya anak kedua daripada 7 org adik beradik.

Daripada tingkatan 1 saya dah dihantar bersekolah asrama di negeri berlainan, bersambung ke matrikulasi yang sgt jauh daripada rumah terus ke universiti berhampiran matrikulasi tersebut hingga melanjutkan pelajaran ke luar negara selama hampir beberapa tahun.

Oleh kerana saya dah terbiasa berdikari sejak tingkatan 1, urusan kehidupan saya, saya jarang libatkan atau susahkan keluarga. Pandai-pandailah nak hidup wherever life took me. Sampai ke bumi mat saleh pun, saya uruskan semua sendiri. Sewa rumah, beli kereta, daftar pengajian, cari kawan-kawan dan sebagainya. Alhamdulillah, sekarang saya sudah bekerja dengan baik.

Mungkin kerana ini, keluarga saya sentiasa ingatkan saya boleh buat apa saja. Saya kuat, saya gembira, saya berjaya.. Mereka juga lupa, saya masih perlukan sokongan. Terutamanya sokongan emosi.

Setiap kali ada masalah, walau sekecil mana pun, mak saya akan serahkan pada saya. Biarpun masalah itu masalah adik-adik saya. Kakak saya yang duduk berhampiran dengan rumah mak tak tahu apa-apa. Adik boros, adik langgar perjanjian biasiswa, adik ambik benda tak elok, ayah nak jual tanah, astro tak berbayar oleh adik beradik lain.. semua diaju pada saya.

Masa baru-baru balik daripada luar negara dulu, memang saya handle semua. Adik-beradik nak pinjam duit mak, semua kena lalui saya. Nak buat apa-apa, kena consult saya. Tapi sudahnya saya jd bad cop. Sedangkan mak ayah lepas tangan.

Nasihat anak-anak sendiri pun tak mahu. Kakak saya lagi lepas tangan. Kalau mak berhutang rm10 pun dia tolak daripada duit bulanan emak.

Adik-adik tak ada duit, pinjam duit saya. Isteri nak bersalin hanya ada rm100 dalam wallet, whatsapp saya minta rm500.. saya terus beri. Kasihan kalau tak cukup duit minyak/makan nak ulang alik hospital. Tak pernah dibayar walau satu sen.

Saya dah lama halalkan semua. Bila adik yang itu makan mewah-mewah tak beringat utk buat simpanan.. saya juga yang kena tegur. Kalau mak tegur pun, dijualnya nama saya. Katanya saya yang marah sangat2. Nama saya juga buruk.

Saya jadi sayu dan jauh hati dengan keluarga saya sejak majlis kahwin saya. Pada masa itu saya baru beli rumah. Duit yang ada saya simpan untuk renovate rumah baru. Bukan renovate besar-besaran. Biasalah nak masuk rumah baru.. ada benda yang kita wajib buat spt grill, dapur dan langsir.

Tak ada perabot tak apa. Tapi keselamatan dan lindungan daripada orang luar kena ada. Jadi saya suami decide untuk buat majlis kecil-kecilan saja wpun kami dua2 adalah golongan profesional. Lagipun kami kahwin dah hampir 40an, jadi tiada keinginan untuk majlis yang besar-besaran. Sederhana sudah. Untuk saudara mara dan kawan-kawan rapat.

Tapi keluarga saya tak menyokong. Ayah saya tambah kad sendiri dan edar lagi 400 keping! On top of 1000 kad yang sudah diberi. Saya hanya guna 50 kad untuk kawan-kawan saya. Selebihnya untuk saudara-mara belah mak ayah saya. Siapa yang kena tambah khemah dan makanan? Pengantin lah kan. Mak saya walaupun berduit tidak mahu sponsor apa-apa pun.

Kakak saya cancel apa yang dia janji untuk sponsor sebab katanya katering dah ada. Masa perbincangan keluarga, dia janji nak tambah dessert untuk tetamu memandangkan dia baker. Adik saya yang selalu pinjam duit saya memang tak boleh nak sponsor apa-apa kecuali tenaga. Tak apalah, saya pun tak meminta.

Majlis saya, saya uruskan semua sendiri. Perbelanjaan semua dari poket saya dan suami. Suami siap tambah hantaran sebab kesiankan saya. Tak seperti majlis kahwin adik-beradik sebelum ini, adalah juga yang mak ayah saya sediakan/sponsor.

Saya, hampir tiada kecuali mak saya cat rumah. Itupun memang nak dibuat whether ada majlis kahwin atau tidak. Hal duit hantaran juga jadi masalah sebab suami beri terus pada saya. Kakak dan ayah saya mengamuk.

Katanya duit itu semua yang hampir rm20k itu perlu dilebur semua pada katering saja untuk jamu seramai-ramai umat yang boleh. Tak fikir ke.. kalau jemputan bertambah, khemah canopy juga perlu bertambah, goodies juga perlu bertambah? Siapa yang perlu siapkan duit tambahan?

Mereka sedap order saja. Mak saya memang tidak ambil tahu. jadi saya kontrol semua. Semua mengamuk. Saya keraskan hati. Tapi terlepas juga ayah saya sendiri tempah kad jemputan lain dan edar senyap-senyap.

Habis majlis, mak ayah saya bisik pada saya.. berilah duit pada adik ni adik itu. Mereka tak ada duit minyak nak balik rumah mereka. Saya agak sentap. Biarlah saya buat kira-kira apa yang perlu saya lunaskan. Pada masa adik-adik saya kahwin, saya sponsor rm2000-rm3000 for each wedding.

Kali ini, tiada siapa buat saya macam itu. Saya tanggung sendiri.. berilah saya ruang bernafas untuk selesaikan semua bil. Kenapa saya perlu fikirkan adik-adik saya cukup duit atau tidak di saat saya diperah habis-habisan. Saya taknak semua tu – kenduri yang besar-besaran from the very beginning.

Kenduri di belah suami juga jadi begitu. Adik-beradik saya harap dihulur duit minyak. Sekali lagi mak saya bisik pada saya untuk hulur duit pada adik yang selalu pinjam duit saya tu. Saya betul-betul sentap. Homestay, makan siang malam semua diberi. Saya sewakan homestay yang besar, semua orang dapat satu bilik.

Masa adik-adik saya kahwin, saya yang keluarkan duit sewa homestay dan beli makanan sepanjang berada di homestay daripada majlis bertunang hingga majlis bertandang. Bila turn saya, semua mengharapkan saya sediakan semua. Amboi. Lebih sedih mak saya pun sama..

Macam-macam diminta termasuk jubah yang mahal utk dia. Sedih dan sayu hati. Di saat saya perlu keluarkan duit 30k-40k kerana penuhi kehendak keluarga, tidak terfikirkah mereka pada masa itu jiwa saya sendiri sudah rabak memikirkan simpanan yang kering kontang?

Saya boleh beri layanan VIP pada keluarga sendiri tapi bukan dengan majlis berskala besar yang mereka rancangkan dan saya yang tanggung semuanya. Hampir habis licin duit saya dan suami. Belah suami juga begitu. Mertua saya juga menambah macam-macam tanpa pengetahuan kami dan hanya whatsapp minta bayaran sekian-sekian. Sedih, memang sedih.

Kami tak enjoy pun wedding kami. Tak rasa pun kemanisan pengantin baru. Majlis besar, besar lah keraknya. Perbelanjaan tak terkawal, rumah yang perlu dikemas, baju-baju, alas meja, pinggan mangkuk, lantai, garaj sendiri, garaj jiran yang ditumpang semua perlu dikemas dan dibersihkan spt sedia kala.

Selepas kahwin, kami pendam semua dan mulakan hidup baru. Saya jadi sayu pada mak ayah saya kerana tak pernah bertanya kehidupan baru kami. Ok ke tak ok ke.. beri nasihat ke apa ke. Tak ada. Spt yang saya katakan, parents saya selalu anggap I will get everything sorted out. Yes I will and always do.

Syukur pada Allah utk itu. Tapi saya mahukan sokongan emosi. Berkahwin di usia hampir 40an agak mencabar kerana saya dan suami sudah ada kehidupan masing-masing. The adaptation was quite challenging at the beginning. Keluarga kami tak mahu tahu.

Yang mak saya nak hanya bahagian dia daripada saya. Bila saya balik ke rumah mak sendiri, mak saya mula buat list apa yang dia nak. Ayam, ikan, isi tong gas kosong, beras basmathi bla3. Boleh mak.. bukan tak boleh. Tapi tanyalah juga kabar saya. Kadang-kadang saya tak tahu macam mana nak mulakan.

Sebab saya dah terlalu independent, uruskan kehidupan saya di asrama, universiti hingga ke luar negara. Tapi ini perkahwinan pertama saya. Ive never done it before.. sometimes I just get so lost. Tapi mak saya akan penuhkan masa dengan masalah-masalah dia dan masalah adik beradik lain, selain minta macam-macam.

Bila saya balik rumah mak, laju aja mak saya akan ajak makan di luar. Boleh mak.. boleh. Memang saya selalu belanja mak ayah saya di restoran mahal. Pernah juga di hotel 5 bintang semata-mata untuk makan tgh hari. Tapi saya jugak rindu masakan mak saya. Tempat tinggal saya 12 hours away from my mom’s. Rindu nak makan sekadar lempeng dgn asam pedas.

Tapi mak saya akan make it a big deal utk masak kalau saya balik. Kalau saya bawa balik kuih raya 4-5 jenis pun tak cukup.. masih perlu ke kedai beli lain. Ayah pulak, sentiasa whatsapp minta duit. Dah diberi duit, kdg2 saya hanya dapat blue tick. Semua tu saya simpan.. sayu hati.

Lebih sayu, bila mak atau adik-beradik saya post dalam whatsapp mak masa nasi dagang masa merka balik, pagi-pagi masak nasi ayam untuk adik saya bawa bekal ke tempat kerja. Lepas letak phone menitik air mata saya.

Saya sayu.. kalau saya balik yang setahun 2-3x itu pun mak saya berkira untuk masak. Masak tu bukan saya tggu semua terhidang. Tak.. saya tolong siapkan barang dan kemas lepas tu. Cuma proses masak tu mak saya buat sebab saya rindu air tangan mak.

Saya bukan tak boleh makan di restoran paling mahal pun. Saya selalu buat begitu dengan kawan-kawan. Kami mengembara ke serata dunia. Tapi siapa yang tak rindu air tangan mak sendiri.

Masa saya mengandung, saya harap mak saya beri nasihat-nasihat untuk jaga kandungan. Dan tanya kat mana saya nak berpantang. Saya nak berpantang dengan mak. Tapi mak saya tak pernah tanya pun. Tak offer pun.

Kalau dia whatsapp pun hanya untuk cerita segala masalah-masalah dia. Akhirnya saya contact natalis utk penjagaan berpantang. Sejak mengandung saya dah kurang hubungi keluarga saya. Saya jauh hati..

Saya sayu hati kalau tengok page atau youtube Ustaz Ebit Lew yang sentiasa ingatkan untuk berbakti pada orang tua. Saya nak buat baik. Saya nak keberkatan itu. Saya nak balasan yang baik daripada Allah swt.

Tapi skrg ni saya jauh hati. Sungguh jauh hati. Saya dah bertolak ansur terlalu banyak. Saya pasti jasa mak ayah lebih banyak. Saya sentiasa doakan kesejahteraan utk mereka.. cuma saya jauh hati kerana layanan yang berbeza untuk saya dan adik beradik lain. It has been too long.

Mungkin mak ayah saya tak perasan.. semua manusia ada kelemahan kan. Tapi saya sungguh jauh hati masa ini. Doakan saya.

Doakan saya kuat. Diharap esok-esok kita tak buat begini pada anak kita. Banyak lagi yang saya pendam. Rasa tak terluah pada masa ini..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Zahirah (Bukan nama sebenar) via IIUMC via e-kesah