“Bakar Isteri Dan Anak” angkara tengok cerita lucah bersama, suami bertindak luar jangkaan
Gara-gara isteri dan anak tonton cerita ‘blue’ sama-sama, suami nekad simbah minyak petrol dan bakar isteri
SEORANG lelaki bertindak membakar isteri dan anak tirinya selepas berang ditegur ketika sedang menonton filem lucah.
Lelaki berusia 29 itu bagaimanapun telah ditahan polis pada Selasa malam.
Insiden berlaku di Sidoarjo di Jawa Timur, Indonesia.
Ia bermula selepas isteri suspek menegurnya yang sedang menonton filem lucah.
Tindakan lelaki itu menyebabkan isteri dan anak tirinya berusia enam tahun melecur di bahagian kaki.
Dalam satu sidang media bersama Ketua Polis Daerah Sidoarjo, Kombes Pol Kusumo Wahyu Bintoro, lelaki berkenaan mengakui kesilapannya kerana membakar isteri dan anaknya.
“Saya mengakui silap. Sekarang saya menyesal. Isteri saya masih di hospital… saya silap,” katanya pada Rabu.
Dia berhadapan dengan dakwaan melakukan penderaan yang mengakibatkan kecederaan parah, yang membawa hukuman penjara lima tahun jika disabit kesalahan.
Wahyu Bintoro berkata, suspek membakar isterinya menggunakan petrol.
“Suspek menyiram petrol ke atas isterinya yang sedang membasuh pinggan di bilik air.
“Suspek kemudian membakar tisu dan kemudian membalingnya ke kaki mangsa.
“Kedua-dua mangsa cuba memadamkan api antara satu sama lain,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: inforakyat