“Banduan Mati Dengar Lagu ‘Baby Shark’ ” diseksa dengar lagu berulang kali
Banduan mati dalam tahanan, diseksa dengar lagu ‘Baby Shark’ berulang kali sampai mati
Seorang banduan dilaporkan meninggal dunia selepas mendakwa pegawai penjara sengaja melakukan penyeksaan
Dengan memaksanya mendengar lagu kanak-kanak, Baby Shark, berulang kali.
John Basco, 48, ditemui tidak sedarkan diri di dalam selnya di Penjara Daerah Oklahoma, Amerika Syarikat, kira-kira jam 3.50 pagi Ahad, 11 September 2022.
Pegawai penjara berkata, pegawainya cuba memberi bantuan awal kepada Basco sementara menunggu ketibaan paramedik. Namun usaha mereka sia-sia dan Basco disahkan telah meninggal dunia pada jam 4.06 pagi.
Difahamkan, Basco adalah banduan yang ke-14 meninggal dunia di Penjara Oklhoma pada tahun ini. Penjara Oklahoma mendapat banyak kritikan dalam beberapa bulan kebelakangan ini berhubung kes kematian banduan dan banduan lolos, lapor New York Post.
Basco disumbat ke dalam penjara kerana kesalahan mengedar dadah. Menurut jurucakap penjara, Mark Opgrande, tiada sebarang tanda-tanda jenayah yang ditemui pada badan mangsa dan kes itu sedang disiasat. Namun, mereka tidak menolak kemungkinan mangsa meninggal dunia akibat penyalahgunaan dadah secara berlebihan.
“Salah satu kemungkinan yang sedang disiasat ialah penggunaan dadah secara berlebihan (overdose),” katanya.
Basco adalah antara empat banduan yang memfailkan saman terhadap Penjara Oklahoma dengan mendakwa bekas pegawai penjara Gregory Cornell Butler Jr dan Christian Charles Miles memaksa dia mendengar lagu Baby Shark berulang kali sambil digari ke dinding.
Bekas Leftenan (pesara) Christopher Raymond Hendershott turut disaman kerana tidak mengambil sebarang tindakan walaupun mengetahui kejadian tersebut yang berlaku pada 2019.
Peguam yang mewakili Basco, menyifatkan insiden itu sebagai peristiwa yang menyeksakan.
Siasatan kemudian menyimpulkan bahawa, Basco dikenakan penganiayaan di bilik lawatan peguam sehingga dua jam dalam beberapa kes.
Susulan kejadian itu, Leftenan Hendershott dan dua pegawai terbabit dipecat serta-merta. Ketiga-tiga mereka didakwa atas pertuduhan salah laku iaitu melakukan kezaliman terhadap seorang banduan dan konspirasi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: inforakyat