“Banglo Berharga 2m Tapi Aku Beli Bawah 1m, Murah Sebab Dulu Satu Family Mati Dibunuh” Aku nekad beli, jam 1am tiba2 loceng berbunyi
Foto sekadar hiasan
Hi semua. Saya ada satu confession. Agak pelik tapi benar. Pada awal tahun 2020 (pre c0vid), saya telah membeli sebuah rumah.
Rumah ini bukan la rumah biasa. Ia terletak di tepi tasik. Ada beberapa rumah di sekeliling, boleh dikatakan kawasan elit disebabkan tanah “resort”.
Mengikut logik akal, saya tak mampu untuk membeli, hanya mampu tengok.
Pada mulanya, saya bercadang ingin membeli sebuah apartment dan settle down disitu. Oleh disebabkan saya seorang lelaki bujang, jadi saya tidak perlukan rumah yang besar untuk didiami.
Sedang saya mencari rumah, saya ada teringat yang saya ada kawan yang sama sama bersekolah dahulu yang kini bekerja sebagai agen hartanah.
Jadi saya mengambil keputusan untuk berhubung dengan nya. Dia la yang memberitahu saya ada sebuah rumah cantik, nak dijual pada harga below market. Sangat below market ya.
Saya tanya dia, “what’s the catch?” Dia kata rumah ini pernah menjadi saksi pembnuhan sekeluarga. Dia tidak la beritahu ada sebab pembnuhan, cuma dia beritahu saya berapa orang yang m4ti.
Rumah ini sangat cantik ya, design yang modern. Ada swimming pool, mini garden, ada office room dalam rumah, ada walkin wardrobe dan ada garaj yang boleh memuatkan 2 biji kereta. Memang cantik.
Rumah ini mempunyai 6 bilik tidur dan 6 bilik air, juga mempunyai dry and wet kitchen dan pantry/ laundry room.
Pada asalnya ini tanah kosong, tetapi keluarga tersebut membina rumah atas tanah ini dengan design mereka sendiri. Oleh sebab itu, memang cantik.
Mengikut logik akal, rumah ini tak kurang dari 2 juta ringgit. Tetapi saya dapat below market, kurang dari 2 juta. Dan kurang dari 1 juta.
Oleh disebabkan seluruh keluarga itu m4ti di rumah itu, yang menguruskan nya adalah abang kepada ketua keluarga tersebut.
Abang tu cakap pada saya, rumah ini dibina 2016. Pembnuhan berlaku 2018. Dari 2018 sehingga 2020, tiada orang duduk. Ada la perabot dan sebagainya, tetapi tiada penghuni.
Jadi ya, saya mengambil keputusan untuk beli. Bincang punya bincang, nego punya nego, saya dapat harga cantik. Dan saya beli.
Mungkin kalian bertanya, dimana semua mngsa m4ti? Baik. Mereka sekeluarga ada 5 orang. Ibu dan ayah dibnuh di master bedroom, atas katil.
Anak perempuan dibnuh di bahagian wet kitchen. Lagi 2 anak lelaki, seorang bnuh diri dengan menggantungkan diri di biliknya dan seorang lagi ditemui di ruang tamu dengan kesan kelar di tangan.
Ya, it’s too much kan? Mungkin korang anggap saya giila.
Saya ini bukan seorang yang terlampau obsessed dengan tahyul mahyul ini. Saya seorang yang sangat realistik.
Ya, saya tahu dan percaya syaiitan dan jin itu wujud. Dan ya, apa yang berlaku pada keluarga itu sangat tragik. Tapi that’s life. People live and people die everyday.
Saya tak fikirkan sangat pasal rumah ini ada sejarah pembnuhan ke apa ke, saya nampak opportunity dalam membeli rumah yang besar dan mewah sebegitu pada harga yang cantik.
Kawan saya (agen hartanah) ada berkata, banyak saja rumah second yang orang beli pernah ada kes dalam rumah itu,
Baik dari segi bnuh diri, dipecah masuk dan bnuh, rgol dan bnuh dan macam macam lagi la, tapi pembeli jarang tahu, sebab agen takkan cakap. Dan owner rumah juga takkan cakap.
Demi mengekalkan harga rumah. Dan sebab itu juga kalau korang pergi ke hotel yang pernah ada kes orang m4ti di bilik hotel, pihak hotel takkan kongsi info tu pada korang.
Kadang korang baring atas katil bekas orang m4ti dibnuh pun korang tak tahu. Itu adalah normal.
Sekarang sudah genap 2 tahun saya mendiami rumah ini. Oleh sebab saya pindah masuk pada May 2018.
Ketika C19, dan ada restrictions untuk berjalan, ahli keluarga saya tak pernah ke rumah saya ini. Dan ketika selepas PKP 1.0 pun saya tak ada buat open house atau doa selamat.
Keluarga saya tak tahu pasal ni. Pasal sejarah rumah ini. Saya hanya memberitahu mereka saya ada membeli rumah. Itu saja.
Mungkin bila keadaan reda dan boleh merentas negeri, saya akan jemput mereka ke sini.
Untuk makluman, saya tidak mengeluarkan sebarang kos untuk renovate, rumah ini dah complete semua.
Rumah ini dijual sekali bersama perabot dan appliances. Bagi saya sangat berbaloi. Ya, saya ada keluar duit sikit, itu pun hanya upah cat rumah luar dan dalam sahaja. Selain itu, tiada.
Katil tempat berlaku nya pembnuhan itu tetap saya gunakan. Saya panggil orang datang basuh katil dan saya letak cadar saya yang baharu sahaja.
Mungkin korang tertanya tanya, tak rasa takut ke? Tidak. Saya tak rasa takut. Ada gangguan ke? Ya, ada. Tapi saya buat tak tahu.
Rasa sentiasa diperhatikan ke? Ya, saya rasa. Oleh disebabkan saya tinggal di master bedroom, dan saya tinggal seorang. Ada balance lagi 5 bilik tak digunakan.
Tapi saya selalu saja kadang kadang bertukar tukar bilik setiap malam untuk tidur.
Saya bercadang nak convert salah satu bilik untuk jadikan gaming room/ gym room/ home theater room. Tapi itu akan datang la.
Di sini setiap 2 minggu sekali akan ada pengemas rumah datang untuk kemas rumah. Saya upah. Jadi rumah sentiasa bersih.
Untuk makluman juga, di sini memang ada rumah rumah lain yang berdekatan kompaun rumah saya, tetapi hanya ada sedikit sahaja yang betul betul ada orang tinggal. Selebihnya, jadi rumah getaway/ weekend house.
Jadi malam memang sunyi disini, tiada kenderaan lalu lalang dan sebagainya. Kalau saya di rumah, saya buka movie di ruang tamu dengan volume yang kuat pun, takda jiran yang akan complain. Ya ibarat sunyi macam itulah.
Setiap malam saya tidur, akan ada bunyi ketukan pintu bilik. Saya tahu memang ada yang nak mengacau. Tapi saya buat tak endah, lama lama annoying jugak la rasa.
Tapi one thing saya nak cakap, you control you mind, never let your mind control you.
Stand your ground, you are the owner of the house, yang datang mengganggu tu hanya penumpang sahaja. Kenapa owner nak takut pada penumpang pula.
Saya juga lihat masyarakat kini terlalu obses dan terlampau takut. Mungkin sebab influence dari cerita cerita hantu dan sebagainya.
But don’t be afraid. Stand your ground, and show your dominance. Itu mentaliti yang saya pegang sehingga sekarang.
Dan ya, sekarang tiada lagi gangguan dan apa pun, mungkin benda yang menganggu tu pun bosan saya tak layan mereka, haha entahlah.
Mungkin pembaca yang membaca ini anggap saya bongkak dan cakap besar, tak ada apa yang perlu saya bongkak. Saya tak takutkan mereka, saya takutkan manusia.
Kerana manusia la, rumah ini pernah jadi kes bnuh. Yang membnuh, mergol dan sebagainya, manusia. Bukan hantu hantu ini. Jadi ya, saya lebih takutkan manusia dari hantu.
Sebelum saya akhiri confession ini, saya nak berkongsi. Baru 2 hari lepas.. waktu malam.. ada orang tekan loceng rumah,
Oleh disebabkan rumah rumah disini berkonsepkan open gate dan tiada gate, jadi sesiapa yang tekan loceng tu, memang betul betul ada depan pintu masuk rumah la.
Nak jadikan cerita, ada bunyi loceng seingat saya jam 1.15 pagi macam tu, saya sedang membuat kerja di laptop.
Saya bergegas ke pintu depan, ada seorang makcik tua membawa bungkusan plastik menjual kuih. Menjual kuih pada jam 1 pagi.
Ya, makcik tu hanya menundukkan diri dan tak pandang saya pun. Saya tahu apa maksudnya, saya beri salam. Dia tak jawab, saya tutup pintu terus. Dan lepas tu dia tekan loceng lagi, saya buat tak tahu saja. Saya pasang earphone, buka lagu.
Pesan saya pada mereka yang lemah semangat, tak ada siapa boleh bantu awak melainkan diri awak. Kalau awak let the fear control diri awak, sampai ke sudah la awak jadi lemah semangat,
Nasihat saya.. beranikan diri. Pada mulanya.. susah. Tapi sekali awak dah biasakan diri, awak boleh duduk dekat hutan sorang sorang tanpa rasa takut.
Kita manusia dekat bumi ni khalifah, kita superior dari makhluk lain. Kenapa nak takut kan benda yang dibawah kita? Cuba fikirkan.
Betul, kalau ada pontianak depan mata kita, gigil kita. Tapi sekali awak approach dan unlock inner strength awak, trust me. No ghost can do harm to you.
Jangan risaukan hantu sangat,
Risaukan manusia.
Awak duduk rumah kunci grill pagar sebab taknak hantu masuk atau taknak perompak masuk?
Thanks.
God bless.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Im (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia