“Bapa Mertua Tiba2 Cuba Nak Pukul Aku, Cepat2 Suami Tarik Aku” Beria mertua halau aku…
Foto Sekadar Hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku seorang ibu kepada 3 orang anak. Mempunyai kerjaya yang stabil. Juga punyai suami yang amat baik lagi bertanggungjawab.
Masalahnya ialah dengan ibu dan bapa mertua aku (yang terpaksa aku gelarkan sebagai atuk dan nenek dari neraka).
Sejak hari pertama perkahwinan lagi, aku dan suami sudah dipinta untuk tinggal bersama sama dengan ibu dan bapa mertua. Suami aku hanya mempunyai dua beradik dan adiknya pula tinggal jauh di bandar M.
Oleh kerana itu, ibu dan bapa mertua mendesak kami untuk tinggal bersama atas alasan rumah mereka sunyi dan terlalu besar untuk mereka berdua.
Untuk info ibu dan bapa mertua tinggal di sebuah rumah semi D yang mempunyai 6 bilik tidur dan 5 bilik air. Oleh kerana itu aku terpaksa bersetuju walaupun hatiku amat berat sebenarnya.
Pada mulanya kehidupan kami baik baik sahaja. Tapi hari demi hari berlalu. Perangai sebenar ibu dan bapa mertua mula terserlah. Mereka sangat suka mendesak kami mengikuti setiap cara mereka.
Mereka juga sangat kuat mengongkong dan tidak menghormati privacy kami suami isteri.
Bayangkan, ada satu hari tu aku baru lepas mandi. Tiba tiba tanpa ketuk pintu, dengan selamba ibu mertua masuk dalam bilik aku dan boleh tengok jer aku berkemban tanpa rasa bersalah. Korang rasa??!!
Selain itu ibu mertua sangat memandang pada rupa. Aku harus akui, kulitku sedikit gelap dan tidak secerah kakakku.
Pada hari perkahwinanku, selepas makan beradap jiran jiran ibu mertuaku terus datang bersalaman dengan aku. Salah seorang dari jiran itu sempat memujiku dan berkata, ‘cantiknya pengantin’.
Cuba teka apa jawapan ibu mertuaku? Dengan selamba dia berkata, ‘alah cantik lagi kakak pengantin ni’. Bayangkan apa perasaan aku tika itu.
Aku sedar kakak aku lagi cantik dariku tapi tak payahlah canangkan kuat kuat begitu di depan orang ramai. Aku sudah mula kecil hati waktu itu tapi aku pendamkan saja dalam hati.
Ibu mertua aku juga sangat kuat cemburu. Dia langsung tak boleh terima kalau suami sku membelikan barang untukku.
Walhal suami tak pernah melupakan ibu mertuaku malah dia pernah membelikan barang kemas untuk ibu mertuaku juga.
Ada sekali tu suami membelikan aku gelang emas. Bila ibu mertua dapat tahu, terus dia menyindir aku selama berhari hari.
Ibu mertua siap berkata, ‘mak ni barang kemas seurat pun abah kau tak pernah belikan, semuanya mak beli sendiri’.
Untuk info bapa mertua aku seorang yang agak berada. Punyai banyak hartanah (rumah/tanah).
Cuma yang aku perasan bapa mertua sangat berkira dengan ibu mertuaku. Mungkin sebab itu ibu mertuaku jadi kuat cemburu agaknya.
Yang pelik, ibu mertuaku bukan setakat sakit hati kalau suami membelikan ku barang. Dia juga sakit hati kalau aku membelikan barang untuk ibu bapaku.
Walhal aku pakai duit sendiri kot. Bukan minta duit suami aku. Untuk info ibu bapa aku jenis yang susah. Bukannya jenis kaya raya macam ibu dan bapa mertua.
Pernah sekali dia tarik muka berhari hari bila dapat tahu aku belikan sofa untuk ibu bapaku. Walhal suamiku dah membelikan sofa yang lagi besar untuk dia.
Satu lagi yang buat aku selalu terasa hati ialah ibu mertuaku suka mengutuk aku di belakang.
Aku tahu pun sebab aku pernah terdengar sendiri dia memperlekehkan tentang pakaian aku yang tak trendy di depan adik ipar.
Masalah lebih besar mula timbul bila kami dah ada anak. Ibu dan bapa mertua mula mendesak anak anak kami untuk belajar 24 jam sehari. Langsung tak boleh nak bawa kawan kawan datang rumah.
Aku rasa sedih bila anak pempuan aku mengadu yang kawannya di usir di depan rumah. Walhal kawan anak aku (perempuan ya) datang sekejap untuk pulangkan buku dan hanya bersembang sekejap.
Tapi bapa mertua terus berkata, ‘eh pergi balik, pergi balik!’. Anak anak mula rasa tertekan dan tidak seronok berada di rumah.
Sebenarnya dulu anak pertama dan anak kedua, dijaga oleh ibu bapa aku. Anak anak berkata yang mereka lebih suka dijaga oleh ibu bapa aku kerana ibu bapa aku jenis penyayang dan tidak mengongkong.
Bila ibu dan bapa mertuaku pencen, mereka mendesak untuk menjaga anak kami. Kami terpaksa akur.
Apabila aku melahirkan anak ketiga, aku tak nak menyusahkan ibu mertuaku. Maka aku mengupah seorang pengasuh untuk datang ke rumah.
Bila usia anak ketiga aku mencecah 8 bulan, ibu mertua mengarahkan pengasuhku untuk berhenti.
Ibu mertua siap suruh pengasuh bagitahu aku yang dia yang nak berhenti, bukan disuruh oleh ibu mertua aku.
Aku cuma tahu beberapa bulan kemudian selepas pengasuh memaklumkan padaku dan minta maaf. Aku pun bingung. Kenapa ibu mertua aku sanggup berbohong sampai macam ni sekali?
Aku dapat rasakan dia nak anak ketigaku lebih manja dengannya. Sebab anak pertama dan keduaku lebih manja dengan ibu bapa aku.
Kemuncak pada kisah ini akhirnya berlaku.
Oleh kerana PKP tempohari, aku memang bekerja dari rumah.
Ibu dan bapa mertua agak tidak berpuas hati kerana anak anak sentiasa berkepit dengan aku. Biasalah kan, kalau dah ibu ada di rumah, pastilah mereka akan melekap dengan aku.
Pagi itu aku, suami dan anak anak keluar hingga ke petang untuk membeli barang sekolah. Kami sampai di rumah kira kira pukul 6 petang.
Anak lelaki aku baru saja nak pegang telefonnya apabila tiba tiba bapa mertua datang dan mengherdik dia. Aku terus memanggil anakku masuk ke dalam bilik kami.
Suamiku yang berada dalam bilik kami pelik mendengar bapa mertuaku bising bising di luar. Aku memaklumkan pada suami apa yang telah berlaku.
Suamiku terus bersemuka dengan ibu mertuaku dan mempertikaikan tindakan bapa mertuaku.
Malam itu aku dan suami turun ke bawah. Suami terus menegur bapa mertuaku dengan lembut, ‘abah nak makan apa apa ke? kami nak keluar beli makanan ni’.
Tiba tiba bapa mertua melenting dan terus mengherdik aku. Dia mengatakan aku tiada hak untuk mempertahankan anak aku sendiri. Korang rasa??
Kemudian suami aku membela aku. Inilah kemuncak segala kemuncak. Bapa mertua menerpa dan cuba memukul aku!! Mujur suami cepat cepat menarikku ke belakang badannya.
Kemudian bapa mertua beria ria menghalauku dari rumah. Ibu mertua juga beria ria supaya kami pindah agar emosi anak kami tidak terganggu.
Aku sangat terkejut. Bapa aku sendiri tidak pernah angkat tangan begitu padaku. Bapa aku juga sekali pun tak pernah memukul ibuku. Ini, bapa mertuaku pula cuba memuukul aku??
Untuk info bapa mertuaku memang selalu memukul ibu mertuaku. Bapa mertua juga jenis yang baran.
Selepas kejadian itu aku dan suami berbincang dan mengambil keputusan untuk keluar dari situ.
Tapi….tiba tiba ibu mertuaku menghalang. Ibu mertuaku siap cakap, ‘alah malam tu benda kecik jer, abah cuma bagi nasihat jer’.
Kalau sampai nak pukul tu dia cakap benda kecik, korang rasa??? Suamiku bertegas juga mahu keluar tapi ibu mertua terus mengugut.
Kalau kami nak keluar, dia pun nak keluar dan jual rumah itu dan langsung tak nak jaga anak kami sebab ibu dan bapa mertua tak nak maruah mereka tercalar.
Tiba tiba pula aku dapat memo dari pejabat yang mengarahkan untuk kembali bekerja seperti biasa.
Untuk mencari pengasuh dalam waktu terdekat memang tak sempat. Makanya kami sekeluarga terpaksa bertahan duduk di sini dulu.
Ibu mertua juga mendesak untuk aku memaafkan bapa mertuaku dan kembali mesra macam biasa sebab pada ibu mertua, perbuatan bapa mertuaku tu benda kecil saja.
Aku berkata pada suamiku, maaf, buat masa ni hati aku masih terluka dan sukar untuk aku memaafkan perbuatan bapa mertua.
Korang doakanlah agar aku, suami dan anak anak diberikan jalan yang terbaik untuk menghadapi kesulitan ini. Aamiin2 yra.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: ekisah.com