“Belum Sedia Lagi Nak Ada Anak” Aku tak berapa suka budak2 dan….
Assalamualaikum semua, Hari ini aku nak buka luahan hati kecil aku sebagai seorang lelaki. Ya, aku menaip ejaan dengan penuh bagi memudahkan mereka membaca luahan aku ini. Aku sudah pun berkahwin. Dan kemungkinan ramai yang mengecam aku setelah apa yang aku luahkan. Aku jadikan ia sebagai pengajaran bagi aku dan semua.
Aku berkahwin dengan seorang wanita. Baik orangnya. Bertudung labuh. Berpurdah. Sangat cantik di mata aku. Lagi lagi dia berlesung pipit di pipi gebunya itu. Setiap kali memandang ada iras iras juliana evans Itu bukan kisah yang aku nak ceritakan.
Kami bertemu di masjid kampung aku. Waktu itu bulan puasa 4tahun lepas. Dia pergi sembahyang tarawih di masjid itu begitu juga aku. Hati aku berkenan melihatnya… Aku senyum setiap kali dia terpandang aku, Tapi dia menjeling maut kepada aku. Lalu aku menyatakan hasrat aku untuk jadikan dia zaujah dunia akhirat aku.
Aku ringkaskan saja. Punya lama aku mahu dapat si dia. Akhirnya Allah berikan aku jua dia kepada aku. Aku ni jahat. Aku kaki botol, kaki club,. Menjual dadah sana sini. Tapi aku bukan kaki perempuan. Sejahat jahat aku, aku tidak lagi berzina.. Kenakalan aku itu saja. Itu semua kerana aku salah pilih kawan. Tapi itu dulu, Aku sudah pun bertaubat.
Bulan demi bulan. Aku dinikahkan dengan si dia. Perkahwinan kami tahan selama 4 tahun sahaja. Dalam masa itu, aku tahu aku banyak buat kesalahan. Dia? Jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri, Masakkan dia sungguh memberi aku selera bertambah. Kawan kawan aku yang rasa setiap masakkan dia. Penuh dengan memuji. Isteri aku memang pandai memasak.
Membuat kuih kek dan sebagainya, Dan dia tidak pernah meninggikan suara dia apatah lagi lawan cakap aku.. Ya, banyak kali aku menengking dia. Tapi dia? Senyum dan memujuk aku. Sejuk hati aku. Sangat tenang melihat raut wajahnya. Dan selama perkahwinan kami. Setiap kali aku menengking dia hanya satu sebab saja. Dia melarang aku keluar melepak dengan sahabat aku. Yalah. Aku kenal kawan aku dulu dari dia. Itu kata aku setiap kali dia memujuk ku agar tidak keluar dari rumah. Dan.. Sampailah satu tahap.
Aku terlalu geram. Waktu itu dia sedang membakar satay yang diperapnya. Aku laju melulu ke pintu tanpa menoleh sikit pun pada dia. Dia mencapai tangan aku dan menarik tangan aku. Ayat dia selalu ungkap pada aku “abang.. Sudahlah tu pergi keluar. Dah malam. Janganlah tinggal saya seorang abang. Temanlah saya malam ni” . Aku geram. Ya aku terlalu geram.
Sampai aku memberontak kepada dia. Sambil malam itu aku mencabar dia.. Ya Allah. Kejam sangat aku terhadap isteri aku. Aku menyuruh dia letakkan tangan di atas pemanggang satay jika betul dia tidak mahu mengizinkan aku keluar. Lalu apa yang dia buat? Malam itu dia letakkan tangan dia di atas pemanggang itu.
Aku penuh memaki hamun pada dia. Dan menyatakan dia gila. Lalu aku pun pergi keluar seperti biasa pada malam itu. Tanpa Hiraukan kesakitan dia itu. Aku tidak mempunyai anak. Kerana aku rancang. Aku belum sedia mempunyai anak. Dan aku tak berapa suka budak². Dan.. Aku pun balik waktu subuh.. Ya, aku buat perangai lama aku balik. Ini semua sebab kawan.
Aku melihat isteri aku tengah solat di bilik. Dalam keadaan sujud. Aku biarkan. Dan aku mandi lalu terus menjunam ke katil. Biasanya isteri aku lepas saja solat. Dia akan datang pada aku. Memberi segelas minuman air 30juz. Itu isteri aku buat sendiri. Ya, dia seorang hafizah. Penghafal al quran. Aku tahu, aku tak layak. Sungguh aku tak layak buat dia.. Dia bidadari syurga manakala aku ahli neraka.
Dari segi nafkah, aku abaikan.. Isteri aku jenis bukan suka meminta minta. Dia mahu, dia usaha. Jadi aku tahu dia ada duit. Ya duit dia menang pertandingan hafazan. Setiap kali dia lawan hafazan di mana mana.. Jadi selama aku makan. Dia yang belikan. Duit aku?
Aku beli arak, joli sana sini dengan perempuan.
Aku menunggu dia datang menerpa aku. Tapi.. Tidak.. Aku sangka mungkin dia merajuk pada aku.. Aku pergi ke bilik satu lagi.. Aku membuka pintu.. Ya Allah.. Isteri aku tak gerak gerak dari sujudnya.. Aku goyangkan dia. Akhirnya jasad dia trjatuh tenat. Aku seakan tak percaya. Apa kah dia tinggalkan aku.. Apakah dia sanggup tinggalkan aku..
Ya Allah. Banyaknya kesalahan aku buat pada dia.. Sampaikan dia sepatah pun tidak pernah ingkar cakap aku. Itu saja kisah ringkas aku.. Aku menaip dengan air mata.. Aku tak sanggup taipkan apa kesalahan aku pada dia lagi. Aku tak sanggup tenanglah wahai istri aku.. Tenanglah kau di sana. Assalamualaikum.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: kisahrumahtangga