“Berbohong, mencuri Duit Mak Itu Perkara Biasa. Aku Dan Adik Beradik Selalu Gaduh” Yang paling sadis satu keluarga tak pernah SOLAT

Assalamualaikum admin. saya nak share kisah saya. terima kasih coz sudi baca. dan terima kasih juga jika admin sudi post kan cite saya ni. sekadar nak berkongsi apa yang saya alami sewaktu kecil dan apa yang saya kecapi kini. saya kini berusia 29 tahun seorang wanita.Saya lahir dalam keluarga yang kurang kasih sayang juga didikan agama. dari kecik saya belajar menipu berbohong curi duit mak abah tu perkara biasa,  mak abah saya jenis yang suka naik tangan bila ada yang tak kena pada anak2. kami adik beradik sering bergaduh. dan lagi sadis satu keluarga takde yang solat.

Masa sekolah rendah hidup saya rasa kosong. pelajaran pun makin merosot. saya bukan kategori pelajar bijak bukan juga terlalu lemah. tiap kali ade masalah saya pendam sendiri tiada tempat meluah rasa. bila tgok kengkawan yang bahagia dgn keluarga saya jadi cemburu. saya jadi seorang pemurung, pendiam dan suka bersendiri. hari2 kena pukul dan marah dgn mak dah sebati. kadang badan da rasa kebal. 

Masuk tingkatan 3 saya dah simpan impian. bila berumah tangga kelak, saya nak menjadi isteri solehah pada suami dan anak2 agar apa yang saya alami tak terjadi lagi pada keluarga yang akan saya bina. dan moga asbab impian saya Allah mengurniakan saya suami soleh. walau pun ketika itu usia saya baru 15 tahun. saya dgr pakar motivasi kata impian itu merupakan satu doa yang tidak putus2. apa yang saya lalui semasa kecil betul2 menginsafkan saya. bermula sejak itu sya berazam untuk berubah dan mengubah famly saya. sya mula kan dgn minta ampun pada mak abah atas dosa kesalahan yang pernah saya lakukan pada mereka.sya blajar solat moga ngn itu hati mak abah akan terbuka.

Alhamdulillah mak la orang pertama mendirikan solat. sya beli buku2 agama. mak kakak dan adik pun suka baca. saya jg masuk kelas mengaji dalam kelas tu sya la yang paling tua dlm usia 25 tahun waktu tu. semua adik2 y umur 7 ke 10 tahun. rasa malu saya tolak tepi demi agama. kat kelas mengaji ni lah sya jumpa suami. ustaz yang mengajar saya kenal kan suami pada saya. Dia seorang yang baik kaki masjid dan jarang menjadi imam sya d rumah dia lebih suka berjemaah. akhirnya suami melamar sya.. syukur yang x tekata Allah makbulkan doa sya.  kini kami lebih bahagia dgn kehadiran putri sulung. segala2nya kami kongsi bersama tak de rahsia. kami berkongsi handphone yang sama fb yang sama. sya sgt hormatkan dia dan kerna itu dia menyayangi saya seadanya..

Apa yang sebenarnya sya nak sampaikan disini ialah apabila ahli keluarga berada dalam kejahilan jgn muda utk kita melatah, dan menyalahkan mereka. Allah xkan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri la yang kena berubah. bila kita nak berubah seribu satu pertlongan Allah akan dtg.  yakinlah! bila kita baik org sekeliling akan rasa bahagianya. Kalau nak kan jodoh yang baik, kita la yang kena baik dulu. jodoh umpama magnet, siapa kita itulah jodoh kita.

Nak kan keluarga bahagia, rancang lah terlebih dahalu apa yag patut kita buat. apa peranan kita dalam keluarga. fikirlah tanggungjawab dan risiko menjadi isteri dan suami. membina rumahtangga merupakan ladang pahala. jgn sampai tiket kesyurga bertukar menjadi tiket ke neraka kerna kelalaian kita memikul tanggung jawab. pada istri, suami itu hanyalah pinjaman tiba masa Allah tarik semula. bersyukur la jika memiliki suami yang baik. jika sebaliknya maka bersabarlah. sapa tahu dgn kesabaran pada suami asbab kita masuk syurga. nabi kata kesabaaran isteri pada suami yang jelik akhlaknya akan mendapat pahala seperti asiah istri firaun. subahanallah. sudah tentu suami zman skg xda y sekejam firaun kan.

Pada suami hargailah isteri anda. sayangilah mereka. sebaik2 lelaki adalah paling baik pada keluarga dan isterinya. wanita d ciptakan dari tulang y bengkok jika kau meluruskanya maka dia akan patah. berlembutlah menghadapi wanita mu.  mohon pada semua suami binalah kepimpinan jangan hanya mengharapkan ketaatan dari seorang isteri. amanah yang kau ambil kelak Allah akan tanya semula..

Dan bila kita bahagia jangan lupakan ibu bapa. selitkan doa buat mereka tiap kali selesai solat. membahagiakan mereka Allah akan bahagiakan kita dgn memberi rezeki dan kelapangan hidup.. hargailah masa lalu.. sebagai pelajaran di masa depan.. dan apa yang kita lakukan dalam hidup sandarkan kan semuanya pada Allah barulah kita bahagia. Terima kasih sudi membaca..

mudah2an Allah melindungi kita dari rasa riak terhadap apa yang kita miliki..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber –kisahrumahtangga