“Bermacam Cara Aku Dah Buat Hinggakan Ratusan Ringgit Habis” Tapi kandungan ke 5 masih tidak dapat diselamatkan
Assalamualaikum semua. Aku J. Umurku dalam lingkungan 20-an, telah berkahwin selama 3 tahun dan bekerja tetap. Sekarang aku menetap jauh dari kota raya. Pertama sekali, terima kasih admin kerana menyiarkan kisahku yang dianggap tragis tiada penghujungnya.
Kisahku bermula apabila aku disahkan hamil selepas 6 bulan berkahwin. Aku sangat happy masa tu sebab agak susah untuk hamil bagi pasngan PJJ. Ketika itu, aku berulang alik ke tempat kerja suami di utara pada hari minggu jika dia cuti.
Sekiranya dia tidak cuti, maka aku akan jumpa dia minggu seterusnya. Kadang-kadang aku tidak jumpa suami sebulan atau lebih atas faktor kerja. Berbalik pada good news tadi, suamiku sangat happy dan tak sabar nak jadi ayah.
Tidak lama kemudian, aku dapati kandunganku mengalami pendrahan dan aku memandu ke hspital untuk buat pemeriksaan.
Doc maklumkan bayi tidak membesar kerana janin tidak sihat. Jadi doc mahu aku pulang dan beri tarikh untuk operation D&C. Hanya Allah sahaja tahu betapa sedihnya aku masa tu.
Aku pulang dari Hspital Putrajaya seorang diri dan aku berhenti di tepi jalan kerana menangis teresak-esak seperti orang giila sehingga tidak mampu hendak memegang steering wheel. Allahu sungguh berat ujianmu. Pada minggu ke-8 kandungan, aku gugur secara natural.
Alhamdulillah, suamiku datang ke sini dan dia menjagaku dengan baik selama 2 minggu berpantang. Aku sangat bersyukur mempunyai suami yang baik.
3 bulan kemudian, aku disahkan hamil sekali lagi dan masih PJJ dengan suami. Aku gembira tetapi ada perasaan teramat takut kerana pernah gugur.
Malangnya, kandungan kali ini berlaku pendrahan juga. Aku disahkan blighted 0vum(kehamilan kosong tanpa janin) pada minggu ke 7.
6 bulan seterusnya, kandungan yang ketiga pon aku disahkan blighted ovum sekali lagi. Disebabkan keguguranku berulang lebih dari 3 kali, aku diberi appointment dengan klinik O&G kerajaan. Antara test yang aku buat:
Antiphospholipid screening, thyr0id test, p4rvo test, di4betic. Alhamdulillah keputusan test semuanya negative dan normal.
Kini, aku tidak lagi PJJ dengan suami dan dapat tinggal bersama. Aku sangat gembira kerana Allah makbulkan doaku untuk berbakti pada suami.
Disebabkan aku terlalu subur, aku mengandung lagi. Namun, aku disahkan missed miscarriage pada minggu ke-10 dan doc pon buntu bagaimana hendak membantuku.
Sekarang, disaat aku sedang menaip, aku sedang keguguran kandungan yang kelima. Sungguh sedih aku rasa detik ini sebab aku tak mampu nak beritahu suami yang kami akan kehiilangan anak ini.
Aku telah habiskan ratusan ringgit untuk checkup di swasta, beli ubat-ubatan seperti duph4ston, progester0ne dan aspiirin supaya aku dapat selamatkan kandungan ini.
Pelbagai doa dan solat sunat aku telah amalkan tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Aku redha dengan kehamilan yang ke-5 tetapi tiada anak disisiku.
Allah itu akan uji orang yang hebat dengan ujian yang hebat. Semoga aku dapat melahirkan zuriat ku sendiri kelak.
Aku juga ingin berpesan kepada ibu bapa di luar sana supaya jagalah amanah Allah sebaiknya kerana tak semua berpeluang mempunyai anak dan bertuah seperti kalian. Sekian.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: IIUM via ekesah