“Bermula Dari Kerja Di Kedai Makan, Kak N Mula Melekat Dengan Suami Orang” Akhirnya dia keluar rumah, anak dan suami ditinggalkan

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih sudi siarkan penulisan ini. Nama saya Miza. Kisah yang saya kongsikan ini bukan untuk membuka aib, tapi saya harap dapat memberi iktibar buat kita semua.

Begini ceritanya, saya berpindah ke sebuah kawasan perumahan 8 tahun yang lalu. Kawasan kejiranan ini, pada pandangan saya sangat tenang dan harmoni. Jiran jiran pun mesra dan ramah, selalu bertukar juadah.

Salah seorang jiran yang paling saya rapat ialah Kak N (bukan nama sebenar). Kak N seorang surirumah. Manakala suaminya Abang K seorang penjawat awam. Mereka mempunyai 6 orang anak.

Walaupun anak mereka ramai, tapi saya kagum tengok mereka bahagia seolah olah pasangan muda bercinta. Keluar makan berdua, bershopping tanpa anak anak. Yelah kan, anak sulung pun dah umur 20-an.. boleh diharap menjaga adik adiknya yang lain.

Tapi keadaan ini berubah bila Kak N mula bekerja sebagai pembantu kedai makan. Dia beritahu saya, dia bekerja untuk membayar installment penapis air sebab dia telah order, tapi Abang K kata tak mampu untuk bayar disebabkan komitmen bulanan yang lain.

Sejak Kak N bekerja, perubahan paling ketara ialah penampilan dirinya. Kak N yang saya kenali semasa dia seorang surirumah, berbadan agak gempal. Berhias pun sederhana, cuma berbedak dan bergincu nipis ketika keluar bersama Abang K.

Dia tidak pandai bermekap, tapi setelah bekerja dia punya mekap tu bukan biasa biasa. Mekapnya dah tebal kalah pengantin! Lama kelamaan, rumahtangga mereka tidak sebahagia dulu. Tiada lagi kemesraan seperti selalu.

Sampai satu ketika, mereka bergaduh besar.. saya dan suami terdengar bunyi kuat dihempas ke lantai dan suara Kak N menjerit! Ketika itu jam 5 pagi, saya bangun untuk menyiapkan bekalan sekolah anak anak.

Saya rasa tak sedap hati, risau kalau ada perkara buruk yang berlaku. Saya WhatsApp Kak N, tanya apa yang berlaku. Tapi dia tidak membalas. Saya bertanya bukan sebab nak menyibuk hal rumahtangga orang, tapi atas dasar prihatin.

Pada hari yang sama, Kak N menelefon saya sambil menangis nangis. Dia tanya saya, boleh tak dia nak datang rumah? Ada banyak benda dia nak cerita.

Saya jawap, datanglah.. saya cuba tolong kalau ada perkara yang mampu saya tolong. Kak N pun datang ke rumah saya, dia ceritakan kisah rumahtangganya.

Abang K kerap menonton video ‘dewasa’ sehingga anak anak pun pernah terlihat koleksi video dalam simpanan telefonnya. Dia cakap Abang K asyik melayan video sehingga tertidur dan pernah terkongsi video itu ke group WhatsApp sekolah anaknya. Astaghfirullah!

Kak N ceritakan sebenarnya sudah 4 tahun dia diabaikan. Mereka tidak lagi tidur sebilik dan sekatil. Saya bertanya Kak N, Abang K bagi alasan apa untuk tidur berasingan? Kak N cakap alasannya sebab dia penat.

Saya minta Kak N berbincang baik baik tanya Abang K apa puncanya. Tapi Kak N cakap, memang tak boleh nak ajak berbincang langsung sebab akhirnya akan bertekak dan bergaduh.

Kak N mengadu, dia syak Abang K ada perempuan lain sebab tu dia diabaikan. Saya cakap pada dia cari bukti dulu, kalau ada bukti kukuh.. baru buat tindakan.

Tapi anak anak Kak N menghalang dan tidak mahu membantu Kak N mengintip kegiatan Abang K. Kak N cakap, waktu hujung minggu pun Abang K tetap pergi ke pejabat. Katanya, nak siapkan kerja. Logik ke? Kalau saya di tempat Kak N, saya pun rasa curiga.

Saya cadangkan pada Kak N untuk pergi kaunseling rumahtangga di pejabat agama. Tapi Kak N cakap, dia dah tawar hati nak hidup bersama Abang K. Dia kata nak tuntut fasakh pulak.

Saya tanya dia, Abang K ada pkul dia tak? Dia cakap Abang K tak pernah d3ra fizikal dia tapi dia d3ra emosi dan mentalnya. Saya sebagai seorang wanita, tentulah saya rasa simpati pada nasib Kak N.

Tapi rupanya ada plot twist. Kak N terlepas cakap pada saya, yang dia tengah berkawan dengan seorang lelaki. Saya bertanya Kak N, bila dia mula kenal lelaki tu? Dia kata hampir 2 tahun dan lelaki tu suami orang.

Astaghfirullah! Saya speechless. Saya tak sangka Kak N boleh terjebak dengan suami orang sedangkan dia masih lagi isteri Abang K.

Saya nasihatkan dia, jangan berhubung lagi dengan lelaki tu.. putuskan hubungan terlarang ini! Jangan jadi orang ketiga dalam perkahwinan orang lain.

Kak N cakap dia tahu perbuatan dia tu salah tapi dia tersepit dalam situasi ini. Seolah olah ini takdirnya.

Dia kata lelaki tu banyak bantu dia, hadiahkan dia dan anak anaknya barang barang yang tak pernah Abang K berikan pada dia selama perkahwinan mereka. Katanya lelaki itu lebih mengambil berat dan membahagiakan dirinya.

Saya cakap pada Kak N, jangan tunduk dengan nfsu. Tolong fikir tentang masa depan anak anak. Saya terkilan bila Kak N jawap, “Aku ada hak untuk hidup bahagia, anak anak aku dah besar, mereka faham keadaan aku!”

Tapi matlamat tidak menghalalkan cara. Saya sedih Kak N pilih jalan ini untuk cari kebahagiaan. Bukan saya tak cuba bantu Kak N, tapi apa yang mampu saya buat kalau itu pilihan dia sendiri.

Awal tahun ini dalam tempoh PKPB, Kak N telah tinggalkan rumah dan anak anaknya. Dia masih isteri Abang K kerana mereka belum bercerrai. Saya tak pasti mungkin ada sebab sebab lain yang buatkan Kak N tinggalkan rumah.

Sekarang Kak N bekerja di daerah yang sama dengan skandalnya. Manakala semua anak anaknya tinggal di rumah bersama Abang K.

Abang K yang uruskan persekolahan anak anak. Anak gadis mereka yang baru habis SPM menggalas tugas memasak, mengemas dan menjaga adik adiknya. Dua orang anak yang besar telah bekerja.

Saya doakan Kak N diberikan hidayah untuk berhenti berhubungan dengan suami orang dan pulang ke pangkuan anak anak kerana saya tahu anak anaknya sangat merindui Kak N.

Kadangkala saya masak lebih sedikit dan berikan lauk pauk pada mereka adik beradik. Sedih pulak saya fikirkan sebab ada seorang anaknya yang umur sebaya dengan anak saya.

Ya Allah, lindungilah anak kecil ini yang tidak bersalah. Jika tiada lagi jodoh mereka suami isteri, berpisahlah dan jangan terus melakukan maksiiat. Jangan abaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Ujian rumahtangga mereka sangat memberikan pengajaran kepada saya.

Para suami, jadilah ketua keluarga yang membimbing dan melindungi supaya isteri dan anak anak sentiasa menghormati kalian. Bila tiada kejujuran, akan hilang kepercayaan.

Buangkan tabiat buruk seperti tinggalkan solat, menonton video ‘dewasa’, main judi, minum arak, hisap ddah supaya anak anak tidak terjebak di masa depan.

Untuk para isteri, berbelanjalah ikut kemampuan suami dan elakkan berhias diri keterlaluan kerana ini akan mengundang mata mata liar untuk memandang.

Jika kecewa dengan sikap suami yang tidak pernah berubah, maka letak jawatan sebagai isteri. Pegang jawatan sebagai hamba Allah.

Banyakkan berdoa. Pergantungan hanya pada Allah, bukannya makhluk. Semoga Allah kurniakan sakinah, mawaddah & warahmah dalam kehidupan rumahtangga kita.

Sekian, wassalam.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Miza (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia