“Berubah Lah Abang, Ingat Tak Masa Kita Susah Senang Dahulu” Saya cuma nak selamatkan rumahtangga kita bang

 

Salam…Setiap percaturan kehidupan Kita dalam hidup ni tiada siapa yang tahu. Saya yakin semua org harapkan yang terbaik dalam percaturan kehidupan masing2. Tetapi Allah Maha Besar . Setiap yang DIA tentukan Ada hikmah nya..

Ini lah percaturan hidup aku.. Suamiku memilih untuk berpisah dengan aku.. Abg berubah hati dengan aku kerana wanita. abg bertindak ganas padaku kerana wanita. Abg mula benci padaku kerana wanita. Abg merendah2 Kan aku kerana wanita. Abg seksa jiwa dan ragaku kerana wanita..

Abg.. sy dah cuba buat terbaik dalam keluarga. Saya dah lama hidu perbuatan abg dibelakang Saya. Bukan sekali tapi sejak kte kawin hingga sekrang 7tahun Saya tahu abg berlaku curang dengan saya. Saya masih bersabar kerana masih sayangkan perkahwinan kte. Saya masih bersabar kerana anak2 kte yang memerlukan kasih seorang ayah.. Saya tahu anak2 rindu pada abg .

Abg.. minta maaf kerana Ada kdg2 saya tertinggi suara pada abg. Tetapi abg yang ‘paksa’ saya untuk hilang hormat pada abg. Kerana abg Mula seksa jiwa raga saya kadang2 Saya terlalu tertekan bila Kita sebumbung tetapi seolah2 saya tidak wujud dalam rumah itu. Abg sakan mesej Dan bercinta dengan wanita2 lain sedangkan Saya seorang bertungkus lumus menguruskan anak2 kte..

Satu hari abg terlalu marah sebab saya Cuba stalk wsapp dia. Takut terkantoi abg mula bertindak agresif pada saya. Abg Mula angkat tangan pada Saya. Tarik rambut. Sepak. Dan hampir abg tikam Saya.. kerana wanita abg berubah 360°. Bukan Saya Tak izinkan abg poligami tetapi gaji abg 2k sahaja tidak cukup untuk menanggung family kte yang dah sedia ada.. abg pilih untuk bercinta dengan bini orang..

Kenapa abg.. kenapa abg buat Saya macam ni.. Saya berusaha macam2 untuk selamatkan rumahtangga kte tapi abg tidak .. abg Tak kesian Kan anak2 kte ke abg.. mereka masih kecil lagi..

Saya masih nak abg untuk menjadi suami saya. Bapa anak2 kte.. keputusan cerai di tangan abg. Tapi abg tetap berkeras untuk bercerai dengan saya kerana wanita2 yang abg hanya kenal di laman Facebook.

Berubah lah abang.. ingat balik susah senang kita bersama Satu ketika dulu. Saya Tak pernah benci abang. Saya cuma nak selamatkan rumahtangga kte yang dah bergelora ditengah lautan..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan share Ya. Terima Kasih

Sumber: kisahrumahtangga