“Bila Bapa Tiri Meninggal, Kami Bersyukur” Aku pelik kenapa sering mimpi arwah bawa mangkuk
Foto sekadar hiasan.
Assalamualaikum w.b.t. harap semua sahabat dalam lindungan Allah.
Semasa dikolej berkenaan, ibu ada menghubungiku. Beliau mendesak untuk aku memberitahu kepada beliau dimana aku berada.
Aku berkeras tidak mahu memberitahu beliau. Berapa kali beliau menghantar mesej yang mengatakan beliau tidak mengaku aku sebagai anak beliau. Sehinggalah aku akur dan mengalah.
Aku akhirnya memberitahu kepadanya dimana aku berada. Dan aku mendapat tahu yang adikku masih tidak menyambung pelajarannya selepas SPM. Aku mengajak adikku untuk sama sama belajar di kolej aku. Aku tidak sangka dia menerima pelawaanku.
Yuran pendaftarannya ke kolej aku yang tanggung menggunakan duit biasiswaku. Adikku kelihatan lebih matang berbanding dahulu. Duit biasiswa aku bahagi 2 dengannya. Dipendekkan cerita, semasa di kolej, kami mendapat tahu ayah tiri tenat dan akhirnya meninggal dunia.
Ingat lagi, perkataan yang terkeluar dari mulut kami adik beradik pada ketika itu adalah ‘alhamdulillah’. Ya Allah, ampunkan kami berdua. Terasa hilang keperitan yang kami tanggung sedari kecil. Yang kami tahu, kami begitu gembira dengan pemergiannya.
Ye, kami adik beradik pernah berdendam dengannya. Sampaikan aku tidak boleh langsung mendengar, menyebut, menulis malah membaca nama yang seperti namanya.
Selepas aruwah telah pergi menghadap Illahi, aku kerap kali bermimpi aruwah datang membawa mangkuk seperti tempurung kepadaku.
Kadang kadang aku bermimpi dia datang dan tiba tiba ada dirumahku. Kerap kali aku tersedar dalam keadaan marah kerana bermimpikannya. Keadaan itu berlarutan lama. Aku tidak suka akan mimpi sebegitu. Ada yang cakap aruwah datang mahu meminta maaf.
Allah beratnya rasa hati ini untuk memaafkan apatah lagi melupakan. Lama aku belajar cara untuk memaafkan beliau.
Mulut berkata maaf, hati belum tentu rela memaafkan. Bukan mudah mendidik hati ini. Hari hari aku berdoa agar Allah membuka hatiku untuk memaafkan aruwah.
Sehinggalah aku berkahwin. Suamiku tahu segala galanya tentang diriku. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan suami yang baik.
Suami yang banyak memberi semangat. Walau beliau tidak pernah memaksa aku untuk memaafkan aruwah ayah tiriku, beliau seringkali menasihati.
Dengan berbekalkan nasihat dan doa yang tak putus putus, akhirnya Allah melembutkan hatiku untuk memaafkan aruwah.
Sungguh tenang lagi damai kurasa didalam hati ini setelah dapat mencapai keikhlasan dalam memaafkan seseorang. Bukan mudah ye sahabat.
Bertahun tahun masa yang aku perlukan. Akhirnya aku tidak lagi bermimpikannya. Aku harap aruwah tenang disana.
Bagi aku kita semua tidak akan terlepas dari dosa. Moga dengan maaf dari hati yang kuberikan ini dapat meringankan atau menghapuskan terus beban dan dosa lampau beliau terhadapku dan adikku.
Ibu aku selepas kematian suaminya, ibu semakin rapat dan dekat dengan kami. Kami sama sama menjaga ibu dan adik adik tiri kami.
Aku sudah memaafkan ibu. Aku yakin ibu juga tidak bermaksud untuk menyakitiku. Siapa aku untuk menilai masa lalu ibu. Siapa aku untuk mempertikaikan pahit getir seorang ibu dalam mempertaruhkan nyawa melahirkan aku dahulu.
Adikku dan aku telah sama sama bekerja sebagai nurse sekarang ni. Adik adik tiriku juga semua sudah bersekolah menengah sekarang ni. Hubungan aku dengan abang dan kakak tiriku masih diteruskan walaupun jarang jarang dapat berhubung.
Aku? Aku masih lagi aku yang sedang rancak melalui liku liku kehidupan ini.
Alhamdulillah, ujian Allah masih tidak putus buat diriku. Aku bahagia Allah sentiasa ‘memberi perhatian’ kepadaku.
Aku juga punya 2 orang anak tiri yang perlu kujaga sekarang ini. Ye, Allah jodohkan aku dengan seorang duda. Jadi aku mempunyai 4 orang anak sekarang ini. 2 yang aku lahirkan dan 2 lagi anak tiri.
Ujian aku sekarang adalah dalam menghadapi anak anak tiriku yang yang sedang meningkat remaja sekarang ini.
Doakan aku berjaya mendidik mereka. Hidup berumahtangga bukanlah seindah yang diimpi. Walaupun aku dikurniakan suami yang baik, namun kami tetap diuji.
Suamiku bukanlah dari kalangan orang yang berada. Diuji dengan kewangan dan juga kerenah anak anak yang memang pelbagai.
Pernah kami bergelap serumah kerana elektrik dipotong. Aku masih boleh tersenyum. Bagi aku, ujian ni amat kecil buatku. Suamiku pelik kenapa aku boleh setenang itu.
Walaupun keesokkannya ada jugak ternangis tibatiba ditempat kerja. Hihi. Biasalah tu. Kita bukan robot. Menangis sahaja bila rasa mahu menangis. Jangan dipendam rasa itu.
Doakan kami anak beranak dapat hidup lebih selesa selepas ini. Kami sedang berusaha menjalankan perniagaan kami sebagai dropshiper di Shopee.
Doakan kami berjaya ye. Hihi. Owhh lupa, nenekku serta pakcik makcikku masih begitu. Kadang ok,kadang tak ok. Begitulah mereka sehingga kita. Aku sudah memaafkan mereka.
Buat sahabat semua, ingatlah pesanku yang kerdil ini. Jika kita rasa kita diuji, lihatlah ke bawah. Ada orang diuji lebih hebat dari kita. Berat dan ringan ujian itu adalah bergantung kepada cara kita menanganinya. Menangis, bersedih bukan bererti kita gagal.
Kejayaan yang sebenar adalah apabila kita redha dan terus bangun walau apapun yang menghampiri kita. Mengadulah kepada Allah yang memegang hati kita semua. Hanya Allah yang boleh kurniakan kekuatan dan ketabahan buat kita semua. Allah uji sebab Allah sayang.
Maafkan mereka yang tak tahu. Kita semua pendosa. Kita semua takkan terlepas dari membuat silap. JANGAN PERNAH MERAJUK DENGAN TAKDIR ALLAH.
Sekian kisah dariku. Terima kasih pada yang setia mengikuti kisahku. Sungguh apa yang kusampaikan ini tiada langsung untuk riak atau apa, coretan ini hanya sekadar perkongsian bersama sahabat sekalian. Yang baik datang nya dari Allah, yang buruk datang dari aku sendiri.
Salam kasih..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber : NAA (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia