“Bila Bini Pukul Dan Maki, Aku Takut Sendiri” Tapi bila kantoi dgn ramai lelaki, akhirnya aku nekad

Foto sekadar hiasan

Saya nak kongsi cerita kisah hidup saya lepas berkahwin. Saya ditakdirkan berkahwin dengan anak bangsawan yang kaya raya sedangkan saya cumalah orang kebanyakan biasa.

Mula mula berkahwin memang sukar sebab cara hidup kami betul betul berbeza. Saya tak nak cerita bab harta tapi nak cerita tentang perangai isteri saya.

Saya bukanlah lelaki sempurna seperti yang keluarga dia impikan. Tetapi keluarga mertua melayan saya dengan sangat baik terutamanya mak mertua, baik sangat.

Saya kenal isteri saya sebelum berkahwin lebih kurang 10 tahun. Sepanjang saya kenal dia, saya rasa dia bagus baik dan sesuai untuk jadi suri dan melahirkan zuriat saya..

Ternyata saya silap. Setelah berkahwin baru saya tahu isteri saya panas baran. Selalu marah, maki hamun dan pkul saya.

Kami dikurniakan zuriat awal selepas berkahwin. Isteri saya baik tapi kadang kadang emosi dia tak stabil, macam mental.

Kadang kadang saya takut sendiri. Kadang kadang bila marah dia akan baling semua barang pada saya. Semua saya dah rasa dari sekecik barang sampailah sebesar barang dan pisau pun banyak kali dia baling ke saya.

Saya sayang isteri dan anak saya. Semenjak lahir, saya yang uruskan anak sendiri. Pagi sebelum kerja saya akan mandikan akan siapkan dan tinggal pada pembantu.

Saya balik kerja, saya lah jaga anak sampai tidur malam pun saya yang tidurkan anak, buat susu dan segalanya sedangkan isteri cuma tidur.

Isteri tak nak anak tidur dekat sebab dia tak suka terjaga malam. Kalau dia terjaga malam sebab anak menangis, dia akan mengamuk kalau dia tak boleh lelapkan mata semula..

Tuhan saja tahu perasaan ni. Kalau ikut hati memang saya nak cerrai saja tapi tak sampai hati sebab anak masih kecik dan nak jaga air muka keluarga dia.

Keluarga dia sendiri pun banyak kali mintak maaf dan mintak saya bersabar dengan anaknya. Saya akur dan bersabar.

Isteri saya tak pernah hidup susah tak pernah buat kerja rumah jadi semua dia tak tahu buat. Saya buatkan semua tapi saya penat sangat kadang kadang. Gaji saya tak seberapa tapi perlu ikut cara hidup senang dia.

Saya tak mampu bayar pembantu rumah jadi waktu saya kerja saya akan tinggal anak di rumah mertua jadi pembantu si rumah mertua tolong saya jaga anak sampai saya pulang

Isteri suka memaksa dan suka saya ikut kehendak dia seperti kerap melancong sedangkan saya tak mampu.

Tak tahu silap di mana atau mungkin saya bdoh saya tak pernah periksa telefon isteri sebab saya percaya dengan dia. Isteri sering bandingkan saya dengan lelaki lain.

Gaji saya habis licin setiap bulan. Semuanya digunakan untuk anak dan belanja rumah..

Selalunya bila dapat gaji, dah tolak semua belanja tinggal berapa ringgit saja untuk saya.

Tapi saya tak pernah bagitau isteri walaupun dia kaya. Saya masih bagi dia nafkah duit setiap bulan tanpa miss semampu yang boleh..

Sampailah satu hari saya terbaca whatsap isteri dengan teman pejabatnya. Rupanya isteri saya sering mengadu pada teman pejabat lelaki dia tentang masalah rumah tangga. Macam dia yang jadi mngsa..

Daripada mesej yang panjang tu rupanya mereka berdua dah selalu buat hubungan ‘intim’ atas suka sama suka.

Lelaki tu pun dah berkahwin dan ada anak. Selain lelaki tu rupanya isteri saya banyak melayan lelaki yang dikenali di internet dan sering berjumpa untuk puaskan nfsu..

Bila saya tahu dan cakap depan depan, dia terkejut dan mintak maaf takkan buat lagi. Saya ceritakan semua pada keluarga dia dan saya nekad nak bercerrai..

Dengan alasan anak dan dipujuk oleh keluarga dia untuk jaga aib keluarganya, saya tak cerraikan isteri dan maafkan dia buta buta..

Sampai sekarang saya tak boleh lupa apa yang isteri saya buat dan dia masih dengan perangai lamanya yang panas baran dan suka kulikan saya..

Saya doa minta Tuhan kuatkan hati saya jika dia masih jodoh saya atau hilangkan sayang saya pada dia supaya kami boleh berpisah.. Saya tak pernah bayangkan betapa deritanya berkahwin..

Terlalu banyak untuk diceritakan dan ini cuma sedikit ringkasan sahaja.. Bila sedih saya akan menangis sedih sendiri mengadu padaNya.. Kuatkanlah hati hambaMu ini..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Suamimu (Bukan nama sebenar) very a IIUMC via edisimedia