“Bila Dah Jatuh Talak 3, Suami Minta Abangnya Jadi Cina Buta” Lepas abang minta gambar, lain pula jadinya

 

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera min, harap boleh kongsikan cerita saya ni.

Berat rasanya nak meluah, tak tahu nak mulakan macam mana. Saya ni berumur 31 tahun dan suami 35 tahun. Kami dah berkahwin lebih dari 10 tahun. Baru baru ni tanpa diduga pergduhan saya dan suami telah menyebabkan terjatuhnya talak 3.

Jangan ditanya macam mana, cuma saya boleh cakap dengan yakin memang dah sah jatuh talak 3.

Maka menangislah kami berdua memikirkan apa nasib kami selepas kejadian ni. Kami ada anak 3 orang. Kami saling sayang menyayangi tapi benda ni terjadi tak terduga dan bukan pula diminta minta.

Pada awalnya kami ingin pergi ke mahkamah syariah tapi akibat selalu tertangguh kerana cuti, kami mula menukar fikiran saya. Dan bekas suami bersepakat untuk merahsiakan hal ni demi mnjaga aib kami dan juga keluarga.

Kami ada bertanya pada orang yang arif pasal ilmu agama, katanya boleh dirahsiakan demi menjaga aib dan mencari seseorang untuk menolong kami yang dalam situasi ni. Rasanya semua kita sebagai umat Islam tahu apakah cara yang harus kami lakukan untuk kami bersama kembali.

Waktu ni saya menangis semahunya sebab selama ni saya tak pernah terfikir apa lagi nak membayangkan yang saya akan tidur dengan lelaki lain selain suami saya. Hanya Allah yang tahu betapa perit dan pedihnya apa yang saya rasakan.

Bekas suami turut sama menangis. Lepas tu dia cakap memang tak ada cara lain dah selain dari cara tu je untuk kami bersatu kembali. Saya kena kahwin dengan orang lain dulu dan mesti ‘bersama’ dengan suami baru tu dulu. Bermula hari tu tiap tiap hari saya menangis.

Saya tengah masak untuk anak anak air mata akan jatuh dengan sendirinya tapi saya sembunyikan dari anak anak. Anak anak tak tahu apa apa, sedihnya melihat mereka. Bekas suami balik rumah jarang jarang sebab kami bukan lagi pasangan yang halal.

Dia tidur dekat tempat kerja, dia balik kadang kadang untuk tengok anak anak sebab tak nak bagi mereka fikir yang bukan bukan kalau dia tak balik terus.

Bekas suami ada sorang kawan yang sangat rapat dengannya, dorang pun mesra dengan panggilan adik dan abang.

Abang dia ni dah ada isteri dan anak anak. Kami bincang untuk dapat keputusan siapa yang kami nak minta tolong. Bekas suami tak sanggup serahkan saya pada orang bujang sebab takut nanti dia tak nak lepaskan saya.

Jadi kami pilih abang dia tu untuk minta tolong. Bekas suami ceritakan semuanya pada abangnya iaitu kawan baiknya.

Pada mulanya mesti la dia tak bersetuju, tapi katanya dia kesiankn adiknya (ex saya) dia akan cuba tolong. Dia mintak bekas suami hantar gambar saya sebab dia nak tengok.

Bila dah hantar gambar, dia mintak no fon saya pula. Katanya nak bercakap sendiri dengan saya. Lupa nak bagi tahu abang ni berumur 40 lebih. Hari ni dia minta no fon saya dan esoknya dia call saya untuk bercakap tentang ni.

Bila dia dah mula call saya, dia macam dah jatuh hati dengan saya jadi dia selalu call saya dari pagi, petang sampai malam.

Bekas suami sangat hormati abangnya ni jadi dia pesan dekat saya, cakap baik baik dengan abang.

Lepas 3 hari dia asyik call saya dia nak jumpa saya, nak tengok depan depan. Bukan jumpa berdua, dia suruh bekas suami saya bawak saya jumpa dia. Lepas jumpa tu dia jadi lagi teruk, dia cakap tak sabar nak kahwin dengan saya.

Dan pada saat ni saya mulai perasan bekas suami saya sedang terluka. Saya tak sampai hati tengok muka dia macam tu, saya tak pernah rasa nak sakiti hati dia apa lagi melukai hatinya.

Saya tak sanggup tengok dia macam tu. Saya tanya dia cembru ke. Dia jawab mesti la dia cemburu, dia kata abang tu dah melebih lebih sangat.

Saya ambik keputusan saya tak nak kahwin dengan abang dia tu sebab saya tak sanggup tengok bekas suami saya terluka. Jadi sekarang kami masih bingung memikirkan apa yang harus kami buat.

Sampai satu tahap saya rasa dah tak berdaya lagi nak hadap semua ni saya bagitau bekas suami, biarlah saya pergi jauh dari hidup dia, biarlah dia cari orang lain gantikan tempat saya.

Tapi dia menangis dia cakap bukan mudah nak cari pasangan hidup yang boleh serasi dan boleh faham diri kita. Saya kata belum cuba belum tahu. Dia tak tahu mungkin dia akan dapat yang jauh lebih baik dari saya, tapi dia tetap menangis dan cakap yang tak semudah tu.

Esok tu dia balik rumah dan menangis nangis pegang tangan saya. Sambil suruh saya janji jangan pergi dan jangan hilang dari hidup dia. Saya tak kuat bila tengok dia menangis.

Dia kata dia akan cari juga cara supaya kami akan bersatu kembali. Saya nak minta tolong warga FB, tolonglah doakan kebaikan untuk kami berdua. Tolong doakan semoga Allah permudahkan urusan kami.

Kami pasangan yang setia antara satu sama lain, tak ade orang ke-3, kami tak pernah berpisah. Di mata family dua dua belah saya dan dia semua anggap kami pasangan sweet sebab kami tak pernah bergduh depan orang.

Saya sangat menjaga maruah dan air muka suami. Tapi siapa sangka, siapa menduga, Allah tak uji kami dengan orang ke-3 tapi Allah uji kami macam ni.

Ya Allah beratnya dugaanMu pada kami. Tengah solat pun air mata saya mengalir, tak boleh tunggu selesai solat dah. Sungguh kami sangat tersiksa sekarang ni. Saya sangat takut nak melangkah ke dunia luar dengan membawa tittle janda. Saya takut sangat sangat dengan gangguan dari lelaki.

Saya tak suruh kalian percaya tapi saya tak macam umur 30 lebih. Bila saya pergi mana mana, orang ingat saya masih anak dara. Saya tak pernah berbangga dengan anggapan orang, tapi saya rasa takut.

Cukuplah kalian tahu yang saya tak macam orang lain, saya seorang yang pendiam dan sangat pemlu.

Dengan suami pun sampai sekarang saya masih ada perasaan malu apa lagi dengan orang luar. Maaflah andai ada ayat saya yang berterabur atau ada yang susah nak faham, saya taip ni sambil menangis, saya dah tak mampu nak pendam.

Saya luahkan sedikit dari kisah saya dengan harapan boleh mengurangkan walau sedikit beban dalam jiwa yang sedang gelora ni. Semoga ada sinar bahagia untuk kami berdua..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Wanita berduka, FzS via edisimedia