“Bila Dah Kena Barang Tu, Suami Sampai 3 Hari Tak Tido” Bila dia tido sampai 4 hari pula
Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum semua. Sihat? Harap semua baik baik sahaja.
Ini kali pertama saya menulis di sini. Selalunya silent reader sahaja, comment pun jarang. Tapi kali ini saya mahu meluahkan perasaan dan berkongsi cerita dengan kalian.
Saya seorang isteri, ibu kepada seorang anak. Dan saya bekerja sendiri menjual sambal dan menerima tempahan masakan untuk katering kecil kecilan.
Anak saya berusia 4 tahun, manakala suami saya pula bekerja di syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran.
Kisah ini berkisar tentang hubungan antara saya dan suami saya. Kami berkahwin tidak lama selepas perkenalan kami, iaitu dalam 3 bulan selepas kali pertama bertemu.
Saya sangkakan dialah calon sesuai apabila dia asyik menyatakan bahawa dia “anak mak” dan sering menghantar gambar kononnya tengah cuci pinggan mangkuk di dapur, ataupun gambar bersihkan longkang tepi rumah.
Jadi saya fikir, bertuahnya saya dapat lelaki yang ringan tulang dalam hal ehwal rumah. Rupanya semua itu lakonan. Haha.
Selepas kahwin, nampaklah perangai tinggalkan mug merata, pinggan dibiar atas meja selepas makan, tuala dibiar di lantai selepas mandi… Hmmm.
Itu pun sebab saya rasa ibu mertua saya jenis yang memanjakan anak anak lelakinya. (Kami suami isteri tinggal di rumah mertua selama setahun setelah berkahwin).
Lepas adik ipar dan abang ipar makan memang mak mertua suruh biarkan saja pinggan di meja, nanti mak kemaskan. Baju baju pun sama, mak mertua yang kutip baju adik dan abang ipar untuk dicuci.
Kesilapan saya yang kedua ialah, saya naif tentang ddah, dan ganja. Rupanya suami saya sejak bangku sekolah lagi terjebak dengan pil, ketamin, ecstasy, ganja..
Saya yang tak tahu apa apa sebelum kahwin jadi mula kenal tiub kaca yang hangus atau paket kecil berisi serbuk putih (yang saya sendiri tak tahu apa, batu agaknya).
Bercakap tentang ganja, saya bukanlah 100% anti ganja. Tapi perangai pemalas dan lepak chill semasa high yang saya begitu anti. Perasaannya seperti saya sedang menjaga anak kecil.
Sudahlah saya fokus jaga anak yang kini berusia 4 tahun, nak entertain pula suami yang “terlebih happy terlebih santai” akibat ganja. Stressed!
Suami memang beri belanja kepada saya dalam RM900 setiap bulan, manakala baki gaji nya untuk sewa rumah, bil elektrik dan internet, serta sedikit barang dapur.
Jika dikira, sepatutnya berbaki dalam RM1500, tapi belum sampai 5 haribulan, dah lesap sebab beli batu dan ganja. Alangkah bagusnya kalau disimpan untuk pendidikan anak ataupun tabung emergency.
Jadi, untuk perbelanjaan dapur seterusnya terpaksalah saya pakai duit yang telah diberikan kepada saya tadi ataupun duit untung meniaga saya. Lagi lagi, anak kadang kadang pandai request keju, ataupun mcdonald, atau buah buahan. Biasalah umur begini memang kuat makan.
Bila suami saya ambil batu, dia biasanya tidak tidur selama 2-3 hari. Maka masa itulah dia akan aktif mengalihkan perabot perabot di rumah. Jangan hairan kalau bangun pagi, susunan rumah beralih 360°.
Yang paling membencikan, bila susunan barang di dapur pun berubah. Minyak masak yang asalnya di sebelah singki, tiba tiba dalam kabinet. Bawang bawang yang di rak, tiba tiba dalam peti sejuk. Itu belum lagi perkakas memasak.
Bila dah tak tidur 2-3 hari, selepas tu dia akan kuat tidur sampai 4 hari asyik tidur je. Di office pun dia tidur bangun tidur bangun. Dan masa ni lah mencabar sebab rasa macam tak ada suami je. Kita nak minta tolong jaga anak sekejap pun tak dapat sebab dia layan tidur.
Stressnya saya Allah je tahu. Kadang kadang nangis Selalu juga saya berdoa agar kawan kawan suami saya yang suka berkongsi ddah dan ganja ni agar meninggal kena stroke. Jahat kan saya..
Jika makanan katering biasanya diambil customer dari rumah, barang jualan lain ada yang saya perlu delivery. Di hujung minggu, saya selalu delivery barang jualan saya bersama anak saya sekali sebab tak nak kacau suami tidur.
Kalau dikejut nanti suami akan moody, hempas pintu peti sejuk lah, campak remote control lah. Walaupun dia tak ucapkan kata kata marah, tapi terkesan lah juga dengan perbuatannya. Jadi saya selalu avoid kacau suami.
Sekarang musim C0vid orang tengah bercakap hal vaksiin, suami saya pun jenis yang suka gaduh di social media tentang vaksiin.
Dia anti vaksiin, masa anak masih baby dulu, selalunya suami sengaja lambat hantar saya dan anak ke klinik Ibu Anak sebab tak suka saya hantar anak untuk di vaksiin.
Kadang kadang pelik juga sebab suami masa kecil pun divaksiin jugak, sihat je. Katanya akan kena mind control lah, tapi masih juga melawan (tak tahu siapa yang dia lawan di facebook, suka sangat update status mengarut).
Sekarang suami asal bangun tidur (dia bangun biasanya jam 11 pagi) dia akan main hp, sampailah tiba masa nak ke office.
Untung jadi orang laki, perempuan bangun awal siap kemas rumah, masak breakfast dan lunch, mandikan anak.. barulah suami keluar bilik, itupun katil dan selimut saya yang kemas.
Kalau saya rasa penat, patah semangat, saya akan ke rumah keluarga saya sendiri dan spend time dengan keluarga saya. Saya tak nak jadi pemarah, kesian dekat anak.
Syukur Alhamdulillah anak saya ni pandai pujuk. Bila nampak saya diam dan down, tiba tiba dia akan datang dan peluk dan cakap “im sorry mommy” walaupun dia tak buat salah apa apa pun.
Saya masih cuba positive untuk anak, dan cuba improve bisnes saya demi anak. Saya ambil pil perancang, sebab saya takut sangat kalau tiba tiba termengandung. Tak sanggup saya nak hadapi lagi, takut nanti kena depression pula.
Saya harap suami saya berubah dan sedar, tapi pada masa yang sama saya perlu bersedia supaya sekiranya ada apa apa terjadi kelak, saya mudah bangkit dan terus berjaya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber : Zubaidah (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia