“Bila Ingin Berkahwin, Saya Jujur Dengan Keluarga Siapa Bakal Suami, Tak Sangka Keluarga Yang Teguh Agama Tolak mentah2” Kerana bakal suami OKU

Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum. Thanks admin andai menyiarkan cerita saya. Pernah cuba menulis 2 tahun lepas tapi tidak disiarkan dan kali ini saya cuba menulis kesudahan cerita yang tidak disiarkan dulu.

Gadis manis berusia lewat 20-an, bekerjaya, simple sahaja dan rupa pun biasa2 cuma manis tu ada.

Jodoh untuk saya adalah benda yang berat sehingga waktu ini. Mungkin belum masanya lagi. Namun usaha saya tak pernah berhenti, dari perkenalan sendiri, dikenalkan mahupun yang dirancang oleh ibu bapa.

Semua belum menjadi. Dan saya masih mencuba mencari seseorang untuk bersama. Tanpa putus asa, saya kenal H (bukan nama sebenar). Dari salah satu website mencari jodoh (bukan baitulmuslim @ baituljannah).

Oleh kerana banyak pengalaman dikecewakan, jadi saya sangat mementingkan pasangan yang mampu berkompromi dalam segala aspek. Soal rupa, pekerjaan, saya tolak tepi. Sebab saya juga ada banyak kekurangan.

Alhamdulillah saya kenal H Dengan niat suci H mahu menjadikan saya isteri, dan dengan menimbal tara pelbagai aspek saya setuju dengan harapan H benar-benar jodoh terbaik saya.

H seorang duda kem4tian isteri dan mempunyai seorang cahyamata yang baik. Dan H juga adalah seorang pemegang kad oku. Mesti terkejut bukan? dan saya tak nafikan akan ramai yang kecam saya tangkap muat soal pemilihan jodoh.

Tidak. Tiada rasa kasihan, simpati ataupun hanya mahu melepaskan sunyi. Saya menerima H dengan hati yang ikhlas dan terbuka, sebab saya pun terlibat dalam kerja-kerja bersama golongan oku semasa di universiti.

Jadinya minda saya sentiasa terbuka bagi golongan begini dan sepanjang saya kenal H, tiada apa pun masalah untuk dia bergerak dan melakukan aktiviti seperti orang normal, sangat berdikari, rajin bekerja dan sangat bertangjawab menjaga anak.

Walhal kadang saya berbangga, orang yang sempurna pun malas berkerja dan memilih kerja sedangkan mereka sangat rajin dan produktif.

Saya tahu mungkin situasi kami berat kerana norma masyarakat belum terdedah luas mengenai oku dan disini saya perlu ambil langkah pertama dengan cuba jujur dengan family saya.

Pertama kali sepanjang hidup saya bagitahu mama ada yang melamar saya. Mama sangat eksited pada mulanya dan memberi pesan adakah family lelaki menerima saya juga?

Saya rasa itu greenlight dari mama, jadi saya memberitahu H untuk meminta izin family belah H. Alhamdulillah, family H setuju.

Tapi sebelum family H hendak turun ke negeri saya pastinya saya perlu berterus terang kondisi H kepada family saya. H pun minta agar berterus terang supaya tiada isu yang dibangkitkan dikemudian hari. Dan parent saya tak rasa tertipu.

Jujur saya tak pernah sebelum ni berterus terang soal “minta izin bernikah” dari keluarga saya. Ini kali pertama. Menggeletar seluruh tubuh. Saya jujur kondisi H. Dan permintaan saya ditolak mentah oleh keluarga.

Saya cuba meyakinkan walhal saya dituduh saya sedang buta kerana sedang syok bercinta. Dan papa menjerkah “Sekarang kata mampu, nanti dah kahwin jangan menyesal”. Glupp. Hilang arah ketika itu.

Saya beritahu keputusan family pada H ketika itu. H mahu undur diri, namun saya menghalang. Saya kata tak mengapa nanti kita usaha lagi. Walhal pada ketika itu hati saya sudah takut dan tertutup untuk memujuk lagi.

Sebulan saya bawa diri dari family. Saya sendiri terkelu. Sebab family saya berlatar belakang agama yang kukuh. Saya sendiri tak percaya dengan keputusan family. Tapi mungkin sebab risau dan family mana taknak yang terbaik untuk anak.

Tiga tahun berlalu. Kami masih bersama. Selepas melalui betapa getirnya hubungan tanpa siapa pun tahu, (hanya sebahagian teman saya dan H dan family H) dengan pelbagai usaha untuk mempertahankan hubungan ini.

Cuma kalau bincang soal kahwin pastinya akan menjadi topik punca tangisan. Tiada jalan keluar. Dan H sudah mulai berpesan, dalam perhubungan kita, salah seorang pasti akan terluka, andai ada yang melamar saya, H minta untuk terima.

Dan dia redha. Saya, bila terfikir untuk melangkah, saya rasa bersalah. Sebab hati masih sayang dan saya tak sanggup nak kecewakan H dan anaknya.

Dan saya memilih untuk serahkan segala urusan dan berharap andai benar bukan jodoh saya, biarlah yang meminta putus itu Z. Saya rela rasa sakit.

Jujur saya cakap, urusan saya sepanjang bercinta berjalan lancar kerana komitmen bersama, sebab Z seorang yang terbuka dan supportive. Orang kata memang ada chemistry. Dan kami menjalani hari-hari dengan baik sampai betul-betul kami di kemuncak bahagia bersama. Allah uji lagi.

Family H bertegas meminta kami memutuskan hubungan yang tiada arah. Secara tiba-tiba tanpa sebarang konflik H jujur minta undur diri. Demi kebaikan bersama katanya.

Awalnya saya berkeras menolak. Hampir semua cara saya guna untuk memujuk H usahakan lagi demi kami. Namun dia tetap bertekad dengan keputusannya. Sakit memang sakit. Tapi saya redha.

Tiada kesudahan cerita kami. Dan mungkin andai bersama pun saya takut H banyak terluka dan memendam rasa.

Dan kini, saya masih belajar redha dalam melepaskan. Kadang kita tahu kita dan dia itu baik tapi tak terbaik untuk bersama.

Andai situasi begini terjadi pada anda, Ketahuilah redha family itu jaminan kebahagiaan anda dan kelangsungan relationship anda dengan baik.

Andai parent dah tak setuju, cari jalan untuk selamatkan dahulu dan buktikan pada mereka yang pilihan kita itu terbaik. Usahakan dulu.

Andai masih ditolak? Lepaskan. Walau anda yang terluka. Tidak mengapa, beralahlah demi semua orang dan yakin luka bisa sembuh dan penyembuh luka hanya Dia.

Pesan saya lagi, sebelum anda membuat keputusan menerima seseorang, ketahuilah ciri2 yang diingini kedua-dua family.

Andai dia tidak memenuhi kretiria yang diingini family anda. Tolak baik-baik usah pertahankan lagi. Usah beri harapan pada orang kelak banyak hati yang merana. Dia juga berhak bahagia. Walaupun bukan dengan kita.

Jika anda memalui proses ini, ketahuilah. Hanya kita yang memahami perasaan kita tika ini. Ujian Allah berbeza-beza. Anda tidak salah dan belajarlah dari setiap salah.

Lepaskan. Dan luka itu pasti sembuh. Doakan saya kuat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Fynn (Bukan nama sebenar) via hits.allhmt.com