“Bila Rasa Nak Bersama Aku Malas Nak Minta, Sebab Sekejap Je” Penat aku nk mandi wajib.

 

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Hi admin harap admin siarkan cerita saya. Maaf panjang sikit.  Usia perkahwinan hampir 5 tahun. Dikurniakan 2 orang anak perempuan. Aku suri rumahtangga. Suami kerja kampung. Suami buat kerja kampung tak banyak tapi lebih kepada jual air ketvm. Jual sikit2 periuk kecil je lepaslah buat duit belanja seharian.

Ceritanya dulu aku selalu kurang hajar dengan suami tak respect dengan dia sebab dia tak kerja. Dia dari bangun tido sampai lah tido pun dengan handphone. Bila aku dh penat mula lah aku merungut2 dan selalu menjawab apa yang dia cakap.

Kerja rumah uruskan anak totally aku yang buat semua. Makan minum dia pun aku masak je selalu. Tengahari lain malam pun masak lain sebab dia selalu taknak makan lauk yang tengahari tadi.  Selepas pemergian arwah sarah aku belajar banyak benda. Aku mula diam dari menjawab2.

Aku dh jarang merungut. Sesekali je aku merungut. “Semua benda aku, cawan satu pun tak boleh basuh”. Cawan kopi dia.  merungut sorang2lah bukan depan dia. Aku jadi redha dia jual ketvm dapat duit untuk buat belanja sebab dulu selalu aku biseng suruh kerja.

Suami aku jenis pendiam, tak romantik dan langsung tak memahami aku yang aku nak dibelai nak dimanja. Cukup dapat peluk pun jadilah. Nak dapat kasih sayang suami pun nak kene men4gih. Sesekali suami basuh pinggan ,aku peluk dia dari belakang, aku ucap terima kasih.

Sesekali dia tolong sidai baju, aku peluk dia ucap terima kasih. Sesekali mandikan anak,aku peluk ucap terima kasih. Sesekali tau. Jarang sangat.  Suami aku ada cakap yang dia nak masa untuk aku luangkan dengan dia.

Bila dia cakap macamtu aku tahu yang dia nak dimanja, dibelai. Aku pun ada baca yang suami nak dimanja. Jadi kadang2 waktu malam bila dah tidurkan anak2, aku akan pakai baju sksi2 duduk sebelah dia dan peluk, cium usap rambut, borak2 dan layan dia tengok fb ke tiktok  ke.

Kadang2 bagi hint untuk bersama tapi tidak dilayan. Selalunya aku yang mulakan bila nak bersama. Bila dah bersama sekejap dah selesai. Dulu aku selalu gadvh dengan suami, anak aku tengok je.

Lepas kisah arwah, aku selalu tepuk punggung, r4ba dia, pelok dia, bila aku minta civm dia taknak dan aku berker4s juga nak civm dia. Anak aku yang sulung 4 tahun selalu tersenyum bila dia nampak kitaorng mcm gadvh2 manja. Selalu aku yang akan sebut i love u sambil peluk dia dan p4ksa dia balas balik.

Aku tengok suami aku suka kalau aku buat macam tu. Walaupun dia macam jual mahal tapi dia nak dilayan dan dimanja.

Lama kelamaan aku jadi penat bila anak, aku yang uruskan dan semua kerja rumah aku yang buat. Aku penat nak belai dia waktu malam lepas anak tido. Aku penat nak bersksi.

selalu aku sksi, dia langsung tak pandang. Dia dengan handphone dia je. Aku penat nak jadi g€dik bermanja dengan dia. Bila rasa nak bersama aku malas nak minta sebab sekejap je. Penat aku nak mandi wajib. Bila dah tak tahan sangat barulah aku minta untuk bersama.

suami aku jenis tak kuat tapi Dia bukan songs4ng. Aku kenal suami aku. Kadang aku rasa serba salah, aku kacau2 lah dia sebab dia nak aku luangkan masa dengan dia tapi aku dah penat nak buat semua tu. Sentuh bab solat, lama sangat dia tak solat.

bila ajak solat cakap baik2. kata rindu nak dia imamkan dan pujuk2. dia kata dia tahu, tak yah p4ksa, sampailah masa eh nanti.  Percer4ian bukanlah jalan yang aku pilih. Dulu aku selalu minta cer4i.. Selepas kisah arwah, aku cuba ubah diri aku.

Sekarang aku tengah ajar anak nombor 2 putus susu badan. Dengan harapan aku nak kerja. Aku nak hantar anak sulung aku tadika lebih kepada english+ asuhan rm350 . Dan nak hantar adik dia taska rm350. Total rm700. Kalau gaji aku nanti rm1000 adalah baki rm300 dekat aku.

Bukan aku tak pernah luahkan penat, aku sakit perut ke, pening ke, badan2 sakit ke. Aku pula bukan jenis mengarah. Setiap benda yang aku nak suruh dia buat, aku akan cakap TOLONG. waima nak suruh ambil cawan. Bang tolong ambil cawan tu, bang tolong angkat anak masuk bilik, bang tolong amek tu.

Aku sayang anak2 aku. Aku tak nak diorang tak dapat kasih sayang ayah atau kasih sayang tu akan kurang jika aku bercer4i. Dari kecil aku dibesarkan oleh mak aku. dan kakak2 akulah yang menjaga aku dan adik2 bawah aku bila mak aku kerja siang malam cari duit.

Mak ayah aku bercer4i dan tidak beri nafkah sesen. Jadi aku seronok tengok anak aku dengan suami aku. Nak cerita bab family, asyik aku kena ikut dia balik belah family dia. Duduk rumah makayah dia dari pagi sampai malam pun boleh. Tido sana pun boleh.

Nak pergi rumah mak aku pun payah. Kalau pergi rumah mak aku 3 jam tu dah lama sangat. Jadi sekarang, aku rajin pergi rumah mak aku naik moto dengan anak². Jauh lah jugak rumah mak aku. bahaya jugak bawak anak kecil 2 orang.

Mak aku selalu cakap kalau nak datang bagilah tahu mak aku boleh jemput. Kesian mak aku dengan penat berniaga lagi. Sebab dah terlampau sakit hati asyik balik rumah makayah dia je so aku angkut anak2 aku pergi rumah mak aku.

HARAP WARGA KRT BOLEH BERI PENDAPAT APA LAGI YANG AKU PERLU BUAT UNTUK TERUS BERTAHAN SEBAB AKU PENAT. TOLONG BERI SEMANGAT DEKAT AKU.

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: krt via news.allmhi