“Bila Tahu Jer Jantina Anak, Habis Ipar Biras Semua Balik” Aku terkedu, aku tahu ibu mertua nak aku keguguran
Foto sekadar hiasan
Hai nama aku Zaza (panggilan). Umur lewat 20an, sudah berkahwin 3tahun, dikurniakan seorang anak. Apa aku nak cerita macam klise, tapi doakan aku dapat keluar daripada keadaan sekarang.
Cerita bermula bila aku mula mengandung, aku tinggal bersama keluarga mertua. Mesti semua malas dah baca sebab “tinggal bersama mertua”. Humm aku tau silap daripada awal nikah aku setuju tinggal bersama keluarga suami.
Keluarga mertua ada ibu ayah mertua dan kakak ipar belum berkahwin serta aku suami dan anak. Semua dalam keadaan baik pada mulanya sehingga aku tau jantina anak aku.
Kisah bermula bila dah tau jantina anak aku perempuan, habis ipar biras aku balik cakap cucu keluarga ni dah ramai perempuan, lelaki seorang je, ikhtiar la dapat lelaki. Aku rasa, “what?!”.
Siapa aku nak lawan kuasa Allah. Ibu mertua dan ayah mertua pun sama. Mereka sampai bagi aku makan nenas, durian, tapai secara tiba tiba masa kandungan aku sudah pun 5 bulan lebih.
Walaupun aku tahu nenas, durian tu bukan penyebab gugur dari segi sainsnya, tapi dari segi pemikiran orang tua seperti mertuaku, aku tau mereka nak anak ni gugur(masih mengalir airmata sambil taip ni).
Aku makan sedikit saja sekadar ambil hati, selebihnya aku dah dapat agak agenda mereka. Masa kandungan aku 8 bulan lebih aku jatuh terduduk sebab lantai licin.
Laluan itu adalah laluan yang selalunya memang aku seorang je lalu sebab aku tak suka ambil laluan luar untuk ke ampaian sebab banyak tahi kucing.
Jadi laluan aku dari bilik, dapur terus ke pelantar dapur dan ampaian luar. Bahagian pelantar yang jarang diguna tu licin macam lepas dibasuh (padahal tak pernah kotor teruk pun).
Saat aku jatuh ibu mertua aku ada di dapur tapi sedikit pun dia tak tolong. Aku gigih bangun sendiri walau berkali kali aku jerit panggil, “ibu”.
Bila aku masuk dan cakap aku jatuh, dia tanya, “kau dah kenapa boleh jatuh, nak gugurkan cucu aku ke?!”. Aku pun cakap la lantai licin.
Dia balas tak pernah pernah lantai tu licin dan tuduh aku beri alasan. Ohh pedihnya hati, bila aku tanya kenapa dia tak datang bila aku panggil. Dia bidas, dia tak dengar.
Sampai masa aku bersalin, alhamdulillah semua normal. Aku bersalin lepas Zohor, jadi aku agak keluarga mertua aku akan datang lepas Asar. Malangnya hanya suami aku seorang je datang.
Aku kena tahan 3 hari sebab tekanan drah rendah, tambahan anak aku jaundice masuk wad juga. Jadi hari ketiga baru balik rumah mertua. Disambut? Tidak. Makan minum, berpantang aku berdua dengan suami yang settlekan dahla pengalaman pertama.
Esok pagi baru mertua dan ipar aku jenguk anak. Itu pun masih komen kenapa anak aku hitam, yela anak aku kena duduk bawah lampu sebab kuning kan, normal la tu.
Namun ibu mertua aku kata aku tak pandai jaga diri, sebab dia kata anak anak dia dulu takde yang kuning masa lahir. Allahuakhbar. Aku tahap pasrah dah masa tu. Aku tak nak stress masa pantang.
Hingga minggu lepas aku bersalin baru keluarga aku datang. Semua ya ahli keluarga aku datang termasuk ipar duai, anak buah duduk utara datang selatan. Keluarga belah suami aku, seorang pun tak balik jenguk aku, at least anak aku.
Sekarang anak aku dah setahun lebih, aku masih ikhtiar cari kerja lepas tamat kontrak sebelum berkahwin dulu. Suami tak berani nak menyewa lagi buat masa sekarang dengan PKP lagi, dengan dia seorang je yang ada income.
Aku hanya berniaga kecilan secara online mampu tampung beli barang anak sikit sebanyak boleh la. Doakan aku dapat kerja tetap, dapat keluar daripada rumah ni.
Oh ya, satu tambahan lagi baru aku perasan keluarga mertua tak suka aku mungkin sebab aku tak pernah bagi mereka duit. Yela aku mana kerja. Sekurangnya makan minum bil api air rumah ni aku berdua dengan suami belikan dan bayar.
Kenapa aku cakap macam tu, sebab biras aku seorang ni dah 10 tahun kahwin. Takde rezeki anak lagi, mertua aku okay je.
Biras aku kerja penolong pengarah dekat syarikat swasta. Sebelum PKP dulu selalu bawa mertua bercuti, balik rumah mertua mesti ada emas atau duit ratus ratus sebagai hadiah. Pakej la biras aku. Aku redha. Mungkin juga Allah nak tambah pahala aku.
Sekarang anak aku jadi mngsa marah mereka (ibu ayah mertua dan kakak ipar). Namun aku bersyukur aku suri rumah jadi aku sentiasa ada untuk lindung anak aku. Budak kecil bising, sepah normal la kan. Bagi mereka tidak.
Doakan aku untuk terus sabar dan sabar serta dikurniakan rezeki duduk sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber : Mrs Zaza (Bukan nama sebenar) vis IIUMC via edisimedia