“Bini Aku Ni Mengandung Awal Uri Kat Bawah, Darah Tinggi Plak Tu” Mak aku pulak suka membebel, tolong salah tak tolong pun salah

Salam kepada admin & pembaca KRT. Aku seorang suami, dah kahwin 3 tahun, ade anak sorang umur 2 tahun. Bulan depan anniversary aku & isteri. Aku taktau nak bagi hadiah apa kat isteri aku. 

Aku rasa bersalah jugak kat isteri aku sebab tak mampu sediakan tempat tinggal. Gaji aku rm1100. Aku beli barang dapur rumah, bagi mak aku duit, bayar bil. Tinggal berapa ratus je untuk duit minyak gi keje & beli barang anak. Nak makan sedap2 pun bajet tak banyak. Kesian pulak dekat isteri & anak aku.

Sekarang ni kami duduk dekat rumah mak aku. Dari awal kawin, isteri aku selalu cakap mak aku tak suka dia. Aku cakap tu cuma perasaan dia je. Isteri aku rajin buat kerja rumah sebab dari kecik memang dia selalu buat, tapi mak aku selalu complain, semua yang bini aku buat tak betul, yang bini aku cerita, pasal sidai baju, lipat baju. Mak aku sanggup betulkan balik semua baju yang bini aku lipat & sidai sebab tak ikut citarasa mak aku. 

Pasal masak pun sama, adik2 aku tak makan masakan bini aku, padahal bagi aku, sedap je masakan dia tu. Bila mak aku masak pun dia takleh kacau, kena tengok je mak aku masak. Kadang dia tolong kopek2 bawang merah & putih untuk mudahkam mak aku masak. Pasal sapu & mop pulak, mak aku kata kena sapu & mop hari2. Bila bini aku buat, mak aku cakap tak bersih la, licin lagi lah.

Sudahnya sekarang, bini aku fokus jaga anak je. Basuh baju, lipat baju pun baju aku dgn anak je. Masak pun untuk aku & anak. Sapu kemas mop dalam bilik tido kami je. Bini aku ni da fedup ke apa? Kadang2 dia nangis sampai bengkak2 mata, kesian nya aku tengok. Aku cuma mampu pujuk dan tenangkan dia. 

Mak aku memang suka perli2 bini aku pemalas dari awal kami kawin sebab bini aku tak dengar cakap dia suruh buat semua kerja rumah. Lagi2 bini aku ni mengandung awal uri kat bawah dengan darah tinggi Masa mengandung memang kadang2 je dia tolong mak aku. 

Lepas bersalin habis pantang, dia ade tolong2 tapi bila asyik kene tegur, tu yang dia dah taknak tolong mak aku. Selalu aku suruh bini aku pekakkan telinga je. Sekarang ni, bini aku dah jadi keras hati. Mak aku sakit pun dia pura2 taktau walaupun aku nampak dia macam kesian kat mak aku.

Aku tau hati isteri aku sakit. Dia menderita duduk sini tapi dia tetap bertahan untuk aku. Aku bersyukur sangat2 dapat isteri yang sabar mcm ni. Bila dia nangis, aku pun rasa macam nak nangis. Aku nak bahagiakan mak aku, dan nak bahagiakan isteri aku. 

Aku cuma mintak doa korang semua. Permudahkan urusan aku carik duit untuk sewa rumah. Deposit sekarang pun dah rm1500. Aku nak carik rumah yang tak perlukan deposit pun tak jumpa2. Nak buat loan tak mampu sebab aku takda komitmen. 

Aku pernah mohon aeon credit dengan cimb sebab loan islamic dorang gaji rm800 pun boleh mohon kan. Tapi tak lepas jugak sebab komitment takda. Kete, moto aku dah habis bayar. Ccris ctos pun takda. Harap2 korang doakan aku ye. Dan bagi suggestion untuk aku happykan bini aku untuk anniversary nanti tanpa gunakan duit yang banyak. Bajet aku 50 hengget je nih.

Dah Baca, Jangan Lupa komen Dan Sharev Ya. Terima Kasih

Sumber: kisahrumahtangga