“Cubaan Mencuri Rantai Seorang Kanak2 GAGAL”
Tindakan seorang wanita yang menular memotong dan mencuri rantai leher seorang kanak-kanak perempuan di tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini, memakan diri apabila dicekup polis, semalam.
Penahanan suspek berusia 35 tahun itu dilakukan hasil rakaman video pengunjung yang menyedari kejadian menimpa mangsa berusia empat tahun berkenaan, kira-kira pukul 5.40 petang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita yang merakam video kejadian itu.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika karnival di kawasan stadium itu dihadiri ramai orang.
“Suspek kemudian mengambil kesempatan untuk mencuri rantai leher kanak-kanak yang berada di lokasi tersebut. Rantai mangsa dipercayai dipotong dengan sesuatu objek sebelum ditarik dan dicuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Mohd. Iqbal, suspek ditahan di sekitar lokasi sama berdasarkan rakaman video tersebut.
“Semakan lanjut mendapati berkaitan wanita itu mempunyai enam rekod jenayah lampau kes kecurian. Suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
sumber : sengatdaily