“Dah 4 Bulan Tak Datang Period, Perut Tiba2 Buncit Tapi Aku Cuba Kempiskan” Perut makin mengeras, di klinik aku menangis. Sungguh tak sangka

Foto sekadar hiasan

Assalammualaikum semua dan semoga semuanya dalam lindungan Allah. Terima kasih admin sudi siarkan kisah saya.

Cukup lah saya dikenali sebagai Maya. Selain ingin meluahkan luahan saya, saya juga ingin meminta pendapat dan pandangan semua.

Saya berumur lingkungan 20 an yang bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar kota dan berjauhan dengan keluarga. Saya pernah dikecewakan dengan putus tunang.

Ceritanya bermula setelah saya putus tunang selama 6 bulan, saya mengenali seorang lelaki cukup lah saya kenali dia sebagai Abu.

Dia sangat ambil berat mengenai saya dan kami selalu keluar bersama cuma saya masih belum bersedia untuk lebih serius dengan dia. Cuma saya terlalu selesa berkawan dengan dia.

Sehingga kesilapan saya di suatu malam saya berasa tidak sihat dan demam, lalu dia membawa saya keluar untuk ke klinik. Selepas ke klinik, dia mengajak saya makan dulu untuk mengisi perut dan menyuruh saya makan ubat untuk sihatkan diri.

Disebabkan kesan ubat yang membuatkan saya mengantuk, saya mengiyakan dan menurut sahaja ajakan untuk bermalam di rumahnya sahaja memandangkan esok saya diberikan cuti sakit dari klinik untuk tidak bekerja. Disebabkan kebdohan diri saya sendiri, kami terlanjur.

Selepas daripada peristiwa itu, saya berasa menyesal dan menjauh darinya. Dan dia semakin berani untuk mesej berbaur lcah dan cuba mengajak perkara yang sama.

Disebabkan itu, saya memutuskan untuk tidak lagi menghubungi dengan dengan menyekat dia di whatsapp dan call sebab saya berasa jjjik dengan diri saya sendiri serta perbualan dia yang makin melampau batas. Selepas itu, kami sudah tidak menghubungi antara satu sama lain.

Dan bermula lah episod episod duka lara saya. Saya dapati diri saya sudah 2 bulan tidak datang haid dan bagi saya itu adalah normal kerana saya memang mengalami masalah h0rmon datang bulan yang tidak stabil sebelum ini sehingga pernah hampir setahun tidak datang haid.

Selepas 4 bulan haid saya masih belom datang, saya dapati perut saya makin buncit dan ramai kawan yang menegur saya semakin gemuk.

Saya anggap itu adalah normal kerana saya memang seorang yang kuat makan.

Jadi, saya telah cuba untuk diet, bersenam untuk kepiskan perut dan memakan pil untuk stabilkan haid saya. Perut saya semakin mengeras. Saya cuba google mencari tanda tanda sakitnya yang saya alami dan kebanyakan tanda tanda saya itu kemungkinan 0vary cyst.

Selepas vksin untuk dos pertama saya dapati badan saya sakit dan saya telah pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan mengenai perut saya yang mengeras. Dan saya didapati mengandung 34 minggu.

Ye, saya hanya mampu menangis dan menyalahkan diri saya sendiri. Benci dengan diri saya sendiri.

Saya mencari kekuatan sendiri dengan mengadu dan bertaubat bersungguh dengan Allah atas kesilapan saya. Saya tahu saya akan dipandang hina oleh ramai orang. Saya tahu selepas ini saya tidak dipandang mulia.

Saya tahu selepas ini tidak ada mana mana lelaki yang sudi menjadikan diri saya yang jiijik ini sebagai isteri. Tapi biarlah saya bertaubat dan menyesal untuk Allah terima diri saya ini.

Saya terpaksa rahsiakan dari keluarga kerana keluarga saya dari golongan orang yang kuat agama dan saya tidak mahu mengecewakan mereka dengan kesilapan saya sendiri.

Saya tahu akan ramai mengecam tindakan saya tapi saya tidak mahu kehilangan ibu ayah saya kerana mereka ada serangan jantung dan lemah semangat. Saya tidak sanggup hadapinya.

Saya hanya meluahkan kepada seorang kawan baik saya serta majikan saya. Mereka lah yang banyak beri sokongan kepada saya. Saya juga telah bertemu dan diambil berat oleh ibu angkat terhadap anak dalam kandungan saya ini.

Ini sahaja lah saya mampu lakukan kerana biarlah bayi dalam kandungan saya ini dijaga oleh mereka yang sudah lama ingin menjaga seorang cahaya mata.

Ibu angkat ini akan menanggus kos bersalin di private hospital dan kos berpantang saya. Saya juga hanya dibenarkan untuk bercuti tanpa gaji selama 26 hari oleh bahagian HR saya kerana saya boleh dibuang kerja jika ambil lebih dari tempoh tersebut.

Saya tidak kisah dikecam, dimaki, dihina dan dipandang rendah oleh ramai orang. Saya harap ada yang sudi menjawab pertanyaan saya.

1. Saya hanya dibenarkan mengambil cuti selama 25 hari sahaja. Saya harap ada yang sudi bagi tips berpantang untuk saya dan selepas cuti 25 hari.

Majikan saya akan menyuruh saya bekerja di depan pc sahaja, tidak akan suruh saya melakukan tugasan yang berat dan akan menjemput serta hantar saya pulang kerja.

Adakah okey untuk saya? Saya harap ada yang sudi bagi tips berpantang untuk saya., tempoh berpantang (sebab ada info kate 7 hari/ 14 hari sahaja), makanan, cara berpantang.

2. Saya boleh minta ubat untuk stopkan susu badan or ade ubat untuk stopkan susu badan? Atau ade tips untuk stopkan susu badan.

3. Saya harap ada yang sudi memberi tips kepada saya untuk bersalin secara normal tanpa czer, jahitan dan luka teruk memandangkan cuti saya tidak lama untuk berehat.

Buat masa sekarang, saya hanya mengamalkan minyak kelapa dara. Untuk hasil medical checkup buka buku pink, saya tiada masalah drah tinggi, kencing manis dan kandungan saya alhamdulillah tiada songsang, aktif bergerak, jantung normal dan berat 2.1 kg.

Dan saya memang addiict minum susu lowfat/ fullcream sejak dari kecil lagi. Saya harap ada yang sudi bagi petua untuk saya mudah bersalin.

4. Jika saya sudah serahkan anak dalam kandungan saya kepada keluarga angkat dan tidak tahu nama anak tersebut, boleh ke saya mendoakan kesejahteraan dia sebagai ibu tanpa mengetahui namanya?

Adakah sampai doa saya kepada anak tersebut? Bagaimana pula hubungan saya dengannya di akhirat kelak?

5. Saya harap ada yang sudi bagi pandangan/nasihat dan pendapat dari segi kesihatan dan emosi untuk saya hadapi hari hari saya selepas ini?

Saya sangat menyesal dan bertaubat dengan kebdohan sendiri. Saya tidak kisah kalau dipandang hina oleh ramai orang. Saya ingin mendapat kembali hidayah dan redha Allah. Saya redha dikecam.

Tolong doakan saya untuk selamat bersalin secara normal dan semoga ada insan yang sudi menjawab semua persoalan saya.

Semoga kita semua dalam lindungan Allah. Semoga tiada antara kita mengulangi kesilapan seperti saya lakukan.

Saya harap Allah sentiasa meredhakan perjalanan saya selepas ini dan menerima taubat saya atas dosa besar saya yang lalu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Maya (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia