“Dah Macam CCTV Aku Tgk Mereka, AKu Pula Mcm Kambing Hitam” Yang buruk semua aku tanggung, yang baik semua buat tak nampak

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan Hi semua. Saya ada keluarga besar, banyak adik beradik. Ayah bekerja dan ibu seorang surirumah.

Ayah jenis tak rapat dengan anak anak dan garang. Ibu pun selalu stress dan marah anak anak mungkin sebab ayah sibuk bekerja jadi ibu sahaja yang uruskan anak anak.

Jadi saya tak rapat dengan ibu ataupun ayah. Sejak kecil saya selalu bawa diri sendiri, kalau saya menangis atau ada benda nak mengadu pun ibu ayah tak layan.

Kadang kadang saya sendiri dipersalahkan sebab lemah atau mengada ngada. Pernah ada budak buli dan cekik saya, tapi akhirnya saya yang dimarah oleh ibu sebab saya sekuat hati tolak budak tu, budak tu jatuh.

Traumanya saya sejak kecil waktu saya perlukan orang untuk tenangkan saya yang takut, saya dimarahi sebab pertahankan diri.

Orang sekeliling selalu kata saya nampak kuat, tak pernah nampak lemah. Hakikatnya, saya sejak kecil tak boleh nak tunjuk perasaan sebenar. Tak ada sesiapa buat saya rasa selamat untuk luahkan perasaan.

Adik beradik saya ramai, semua dah besar dan ada kerjaya dan keluarga sendiri. Segi luaran, keluarga kami nampak meriah dan berjaya. Tapi saya tak rasa seperti satu keluarga, tak ada seorang pun adik beradik serasi dengan saya.

Antara adik beradik suka bersaing, bila jumpa berborak masing masing bercakap tu ada unsur unsur berlagak.

Kecaman atau “judgemental” tu selalu ada. Bila jumpa, sorang akan tegur orang ni gemuk la, sorang akan tegur orang ni kenapa muka jerawat la, kalau yang makin cantik tak ada pun yang dipuji pulak.

Dengki dengan kejayaan adik beradik lain pun ada. Kalau ada adik beradik gaji besar, ada yang hasut kata orang tu gaji besar tapi kedekut. Ada yang nampak rumah besar nak bersaing beli rumah lagi besar, kereta besar macam macam lagi.

Tak tahu la orang lain, tapi bagi saya ini bukan keluarga, lebih macam orang luar yang suka membanding dan dengki antara satu sama lain.

Saya jenis suka menyendiri dan malas bergaul sangat sebab rasa tak serasi dengan perangai adik beradik. Dalam hati saya, buat apa bergaul dengan orang “fake” macam ni.

Saya sahaja yang nampak dan sedar, kenapa keluarga saya perangai macam orang luar? Patut keluarga rasa kasih sayang, bila jumpa rasa senang hati dan rindu bila tak jumpa.

Saya rasa kekok dan tak pernah selamat nak buka hati atau kongsi perasaan dengan sesiapa dalam keluarga sebab saya tahu apa apa yang saya kongsi akan jadi kelemahan saya atau bahan bualan mereka.

Antara mereka pun saya dengar mereka saling cakap belakang antara satu sama lain.

Saya mula jadi lagi tertutup hati lagi dan tak serasi dengan keluarga sebab saya dengar keluarga mengutuk saya di belakang saya.

Saya dah bantu dan berusaha cuba jadi anak yang baik tapi macam mana betul dan baik pun benda saya buat, pasti ada sahaja benda buruk untuk kutuk.

Saya anak yang paling Lama duduk di rumah ibu ayah sebab saya lambat kahwin. Selama saya duduk di rumah ibu ayah, ada sahaja tak kena.

Ada orang kata mungkin sebab yang dekat busuk, yang jauh tu wangi. Meluat tengok muka masing masing dalam rumah sama mungkin.

Semua benda saya buat, jadi bahan bualan ibu ayah dan adik beradik lain. Saya rasa sangat tertekan sebab dikecam setiap masa dengan orang lain.

Dari saya jadi nak buat benda benda baik saya jadi tawar hati. Buat apa buat benda baik tapi dapat kata kata buruk juga.

Saya kemas rumah, jaga anak buah yang dicampak kat rumah ibu ayah saya, saya cuba buat benda benda baik tapi yang saya dapat kecaman dan masih lagi bunyi bunyi tak puas hati dari keluarga.

Saya kemas rumah tapi dilapor nya saya ni pemalas tak kemas rumah. Padahal saya akan kemas bila ada waktu hujung minggu sebab penat bekerja. Takkan la saya nak kemas rumah setiap hari. Saya penat bekerja.

Adik beradik yang datang rumah tak sedar diri mereka yang bawa anak anak mereka sepahkan rumah, tumpah makanan tapi saya yang dikatakan pemalas pengotor tak kemas rumah.

Patutnya yang datang dah buat sepah rumah, sebelum balik kemas la rumah tu. Saya yang balik kerja terpinga pinga tengok rumah yang baru kemas sepah semula.

Aktiviti saya setiap hari, kerja keluar awal pagi dan balik dah nak dekat malam. Saya akan terus masuk bilik dan esoknya ulang semula.

Makanan pun saya tak makan di rumah sebab dah makan di tempat kerja. Ibarat saya ni hanya guna bilik sendiri sahaja di rumah tu. Tapi setiap minggu saya masih lagi mengemas satu rumah. Duit pun setiap bulan saya bagi ibu dan ayah.

Saya pernah juga terfikir, baik saya menyewa bilik luar sahaja kalau saya duduk rumah ni orang fikir saya yang pengotor tak bersihkan rumah dan goyang kaki.

Saya pernah suarakan hal ni dekat ibu sebab saya dah tak tahan dengar orang complain dan bukan saya yang bermasalah. Tapi ibu bole jawab, “kalau dah rumah sepah, kemas jela”. Saya tak kisah kemas kalau orang lain tak kutuk.

Sudah la tak membantu, tapi mengutuk, memfitnah pulak. Lepas tu yang buat sepah bukan saya. Pinggan mangkuk tak berbasuh, dikatanya saya makan tak basuh pinggan. Padahalnya saya makan di rumah pun tidak.

Ibu saya jenis suka burukkan saya padahal dia tau rumah sepah orang lain buat. Anak buah jatuh sendiri saya dipersalahkan biar anak buah jatuh, anak buah nangis saya yang buat,

Pinggan mangkuk tak basuh bukan saya guna, sampah berterabur pun bukan sampah saya sebab saya punya sampah semua saya guna tong sampah di bilik.

Ibu saya sepertinya senang menipu dengan tunjuk semua kesalahan berpunca dari saya sebab senang tak perlu dia jelaskan kenapa ada benda buruk terjadi.

Lepas saya dah kahwin, saya rasa lega dapat bebas dari jadi bahan bualan keluarga. Mereka bagaikan CCTV yang suka cari kesalahan orang lain dan suka ada kambing hitam iaitu saya dalam keluarga. Kalau tak ada topik nak kutuk saya tak seronok la perbualan mereka.

Saya kahwin lambat pun mereka mengutuk kata sebab saya ni tak reti buat kerja rumah, siapa nak kahwin dengan saya. Tapi lepas saya kahwin, mereka kata kesian laki saya kena jadi hamba saya. Tuhan saja tau sakitnya hati dengar perkataan macam tu.

Dan sekali lagi, dalam banyak banyak orang dalam keluarga tu tak ada sesiapa “back-up” saya. Sebab tak seronok la tak ada orang hina. Bagi mereka, mereka lah yang betul yang elok yang baik. Saya lah paling rendah tahap sebagai manusia dalam keluarga tu.

Memandangkan benda benda macam tu yang saya alami dengan ibu atau ayah atau adik beradik lain, saya tak rasa ada perasaan dengan keluarga sendiri.

Lagi lagi dah dewasa ni rasa terlambat nak rapat dan saya memang tak serasi dengan perangai ahli keluarga lain. Saya nak tanya, saya yang kambing hitam ni ke yang salah? yang sombong? yang memang teruk?

Keluarga pernah kata saya ni selalu buat hal sendiri dan sombong. Kalau ada apa apa terjadi kat saya dan saya perlukan pertolongan akhirnya saya akan cari keluarga juga.

Bagi saya sombong manusia berfikiran macam ni, Allah yang tolong sebenarnya, manusia hanya digerakkan atau diizinkan untuk membantu yang lain.

Kalau Allah tak beri rezeki untuk kita tolong manusia lain, tak ada la daya kita manusia untuk membantu yang lain. Jangan mendongak fikir kita ni hebat boleh tolong semua orang yang hina dan lemah.

Kalau Allah izinkan, orang asing dekat tepi jalan pun lagi sanggup membantu daripada keluarga sendiri sebab Allah izinkan.

Saya memang tak nak berperang dengan ahli keluarga ke atau nak terus hilang contact, tapi saya memang tak ada perasaan.

Waktu PKP macam ni lagi la, saya tak ada rasa nak jumpa sesiapa pun. Tenang saya buat hal sendiri dan jadikan PKP alasan untuk tak berjumpa sesiapa.

Kalau saya telefon ibu atau ayah pun paling Lama pernah sekali 5 minit bercakap. Yelah saya nak bercakap apa sebab saya tak ada topik untuk mengutuk orang lain sebab saya tau mengutuk orang lain tu berdosa. Saya lah topik bercakap untuk mereka kutuk berjam jam.

Tapi ibu dan ayah akan kata apa la anak seperti saya tak bercakap dengan ibu ayah sendiri. Saya di cop anak derhaka sebab pernah sekali saya defend diri sendiri dan luahkan perasaan.

Jadi akhirnya, saya hilang perasaan kepada keluarga. Luahkan sedih pedih dalam hati tapi akhirnya dicop anak derhaka.

Kalau ada sesiapa yang situasi macam saya, saya rasa serba salah sebab saya tak bole jadi orang yang lebih baik. Kalau saya nak berbaik saya rasa seperti berpura pura. Sebab tu saya lagi suka menyendiri supaya saya tak perlu jadi “fake”.

Saya sampai rasa nak pergi negara lain dan lupakan saya ada keluarga macam ni.

Kalau saya boleh pilih lupakan layan mereka, itu lagi bagus. Sebabkan cara layanan mereka, saya macam tak pernah rasa saya ni baik. Ada sahaja benda buruk mereka kata pasal saya melekat dekat saya macam saya ni betul betul insan yang buruk.

Itu sahaja saya nak luahkan. Terima kasih baca luahan hati saya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Cha (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia