“Dalam Diam Ana Pendam Rasa, Sampaikan Gambar Tido Aku Dia Hantar Pada Asif” Dia call pula ayah, ugut aku putuskan hubungan
Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kisah aku ni complicated sikit tapi aku cuba tulis sebaik mungkin supaya korang faham. Aku nak cerita tentang hancurnya hubungan aku dengan seorang lelaki disebabkan bff yang psik0. Mungkin ini ujian untuk ku.
Kisah ni bermula pada tahun lepas. Waktu tu kita masih boleh rentas negeri. Nak dijadikan cerita aku ada berhubung semula dengan crush aku sejak zaman sekolah dulu. Aku namakan dia Asif.
Dia ni senior waktu aku sekolah dulu. Tempoh perkenalan kami lebih kurang 10 tahun tapi tahun lepas baru rapat since dua dua dah ada kerjaya masing masing kan. So i think this is the right time to looking for a serious relationship.
Kami memang selalu whatsapp, on call, keluar makan sama sama sehinggalah ada satu malam tu dia cakap dia nak melamar aku jadi isteri dia.
Nak pecah jantung aku waktu tu, menggigil tak tahu nak cakap. Aku memang pernah kenal ramai lelaki tapi Asif ni lelaki pertama yang serius nak melamar aku.
Dia bagitahu aku tujuan dia approach aku sebab dia betul betul nak bina hidup dengan aku. Dan rupa rupanya dia memang meminati aku sejak zaman sekolah tapi dulu aku dah ada couple. Sebab tu dia tak pernah luah.
Since that day, aku dan Asif merancang nak bertunang dan nikah. Jujur aku cakap aku bahagia sangat sepanjang tempoh tu walaupun kami tak couple tapi both of our family dah tahu tentang hubungan kami.
Aku sangat sayangkan Asif. Tapi langit tak selalunya cerah, hubungan aku dan Asif akhirnya berakhir dek kerana fitnah oleh Aina, bff aku yang psik0 tu.
Aina ni aku anggap sahabat sejati dan keluarga. Sejak zaman belajar lagi kami memang rapat bagaikan belangkas.
Waktu Asif melamar aku, aku ada beritahu Aina. Tapi aku tak sangka Aina tergamak buat aku macam ni. Rupa rupanya Si Aina ni fitnah yang kami pasangan sejenis dan Asif percayakan dia.
Aina hantar gambar aku tengah baring sebelah dia pada Asif. I think its normal sleeping with your friend tapi bagi Aina dia rasa itu ‘special’ even tak buat apa apa.
Aku dan Aina duduk rumah asing asing tapi kadang kadang aku akan lepak di rumah dia dan dia pun sama. Rupanya Aina diam diam sayangkan aku.
Gambar tu dia curi curi ambil waktu aku tidur di rumah dia. Gambar tu masih berpakaian tapi dalam keadaan yang tak sopan bagi aku. Terselak sana sini. Aku pulak sejenis tidur mati dan tak perasan dia ambil gambar. Salah aku juga pakai macam tu.
Sebenarnya aku dan Aina bukanlah pasangan sejenis, aku hanya menganggap dia sebagai Bff.
Tapi Aina ni psik0, waktu aku call dan marah marah tu dia boleh ugut nak sebar gambar tu di media social supaya semua orang tengok termasuk family aku.
Dia paksa aku putuskan hubungan dengan Asif kalau tak ingin malu. Aina cakap aku bagi harapan padanya sebelum ni padahal aku anggap dia kawan.
Dia hantar video dia tengah toreh tangan, nak bnuh diri sebab aku “curangi” dia. Giila kan? Dia siap call ayah aku dan ugut jika aku tak putuskan hubungan denga Asif dia akan fitnah lebih teruk. Aku buntu, jadi aku putuskan hubungan dengan Asif.
Akibat fitnah tu hubungan aku dan Asif hancur. Aku block Asif tanpa sempat menjernihkan keadaan sebab aku malu dengan gambar tu. Asif pun dah tak contact aku lepas tu mungkin sebab dia rasa aku jijik.
Ye lah, budak perempuan yang dia kenal sejak sekolah menengah tiba tiba jadi songsang siapa je yang tak jijik? Mungkin ni pandangan dia terhadap aku.
Sejak hari tu aku jalani hidup seperti biasa tapi hati aku teramat luka, hubungan aku dan Aina pun dah tak macam dulu.
Aku anggap Aina bff dan family tapi dia sanggup tikam belakang aku sebab perasaan songsang dia sendiri. Aku pun tak faham macam mana perempuan boleh cintai perempuan?
Aku malu dengan Asif walaupun perkara tu tak betul. Aku tak tahu macam mana nak jernihkan keadaan sebab aku terlampau malu nak hadap Asif. Lagipun Asif percayakan dia. Aku menangis setiap kali teringat Asif.
Sehingga hari ini, dah dekat setahun aku masih tak dapat lupakan Asif. Aku rindukan dia, aku doakan dia setiap hari. Aku selalu stalk fb dia untuk tengok gambar sambil berdoa supaya dia jodohku.
Aku tahu aku selfish sebab doa macam tu. Aku pernah berdoa jika dia jodohku hadirkanlah dia dalam mimpiku dan aku mimpikan dia. Boleh dikatakan aku kerap mimpikan dia tapi aku tak mampu nak contact dia semula sebab aku malu dengan gambar tu.
Pengajaran dekat sini, jangan terlalu percayakan kawan sendiri. Kalau tidur tu pakailah sopan sopan. Berpada padalah dalam membuat kebaikan jangan sampai orang tu fikir anda bagi harapan padanya.
Kepada Asif, kalau awak baca confession ni percayalah yang saya tak pernah lupakan awak. Saya sentiasa doakan awak.
Kepada Aina pula, berubahlah. Aku tak pernah benci kau tapi aku terkilan kau sanggup buat aku macam ni.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Nora (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia