“Dendam Si Anak” Bila mampu beri nenek 1k sebulan, Ibu dan ayah mula rapat. Tapi ini yg aku balas

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Terdetik dihati nak mencoret kisah. Ini kisah hidup saya.

Saya Maisara berumur 20 an. Berasal dari sebuah negeri di pantai timur. Bekerja dalam bidang perbankan di ibu kota.

Ibu dan bapa saya telah bercerrai ketika saya berumur 10 tahun. Saya merupakan anak tunggal. Selepas bercerrai ibu keluar rumah dan berpindah ke utara.

Saya masih ingat kehidupan saya ketika itu ibarat sebiji bola. Ditendang ke sana ke sini.

Hujung minggu biasa nya ibu saya akan mengambil saya balik ke rumah nya. Pada hari persekolahan saya tinggal dengan ayah. Begitulah rutin saya lebih kurang dalam setahun. Tak lama kemudian ibu saya berkahwin baru.

Ibu dah jarang dah balik untuk mengambil saya. Katanya sibuk. Tak mengapa lah saya cuba faham keadaan ibu walaupon dalam usia sebegitu saya sangat memerlukan ibu. Kadang kadang saya menangis sebab rindukan ibu.

Oh ya, disebabkan ayah sibuk bekerja selepas balik sekolah saya akan pulang ke rumah nenek iaitu ibu kepada ayah dengan menaiki bas.

Di rumah nenek ada nenek dan seorang makcik saya yang saya panggil maksu. Saya akan mandi dan makan dirumah nenek. Lepas ayah balik kerja dia akan singgah ke rumah nenek untuk mengambil saya.

Tak lama selepas itu ayah pula berkahwin lain. Ibu tiri pula adalah rakan sekerja ayah. Layanan ibu tiri kepada saya, biasalah seperti tipikal ibu tiri yang lain.

Didepan ayah bukan main baik pijak semut pon tak M4ti. Tapi dibelakang ayah macam macam saya kena diherdik dimaki dipukul dan pernah kena cubit sampai berbekas. Tapi saya tak pernah beritahu ayah sebab takut. Biasalah budak budak kan.

Satu malam ayah masuk ke bilik saya. Ayah suruh saya call ibu saya dan beritahu yang saya nak tinggal dengan dia. Sebab masa tu saya masih kecil tak tahu apa apa. Saya buat macam yang ayah suruh.

Saya call ibu siap nangis nangis. Tapi ibu kata saya tak boleh tinggal dengan dia sebab ibu sibuk kerja. Masa tu kan perasaan saya sedih sangat. Nampak sangat ibu tak perlukan saya pon apalagi merindukan saya. Huhuhu.

Satu hari ketika di rumah nenek saya terdengar ayah bergaduh mulut dengan nenek dan maksu. Saya ingat lagi ayat nenek,

“Kalau susah sangat biar aku yang jaga Sara kau jaga lah keluarga baru kau”.

Saya menangis teresak esak masa tu. Faham la saya ayah tak nak saya tinggal dengan dia lagi. Kemudian nenek masuk ke dalam bilik saya. Nenek peluk saya dan bagitau,

“Sara. Sara balik rumah ambik barang barang Sara ye. Sara tinggal je dengan nenek ye. Nenek dan maksu akan jaga Sara”.

Bermula kehidupan baru saya dirumah nenek. Alhamdulillah nenek jaga saya dengan penuh kasih sayang. Makan pakai semua cukup. Maksu pon. Apa yang saya nak maksu akan cuba penuhi walaupon maksu hanya kerja kilang je.

Alhamdulillah saya bahagia. Bahagia lebih daripada ketika saya tinggal di rumah ayah. Bila gaji maksu akan bawa saya dan nenek pergi jalan jalan, shopping di supermarket dan makan KFC. Seronok sangat.

Ayah pon dah jarang balik. Kalau balik pon sekejap je untuk bagi duit pada nenek. Ibu lagi la memang hilang dari radar terus. Telefon pon tak.

Tapi masa tu saya dah tak rasa sedih sangat sebab saya dah dapat kasih sayang yang cukup dari nenek dan maksu.

Masa saya tingkatan 5 lebih kurang. Tiba tiba ayah ajak saya tinggal dengan dia. Tapi rupa rupanya ada udang disebalik mee. Saya dibuat macam bibik dirumah tu. Kena basuh pinggan, masak, dan jaga adik tiri. Adik tiri ada 3 orang. Kecik kecik semuanya.

Oo barulah saya faham dulu tak nak jaga saya. Sekarang saya dah besar dah pandai buat kerja rumah barulah minta saya tinggal dengan dia. Dalam seminggu saya minta balik rumah nenek. Alasan saya sebab saya tak boleh belajar dalam rumah tu. Saya kena fokus sebab dah nak SPM.

Alhamdulillah dari segi akedemik saya boleh dikatakan cemerlang. Masa PMR saya dapat straight A. Masa Majlis Penyampaian Hadiah batang hidung ayah pon tak nampak. Sedih jugak masa tu bila tengok kawan kawan semua ada bersama parents masing masing.

Begitu jugak dengan aktiviti lain yang melibatkan ibu bapa, ayah tak pernah datang. Nasib baik ada nenek dan maksu. Pernah nenek datang ke mesyuarat PIBG saya walaupon kurang sihat. Maksu pulak kena kerja.

Nenek selalu pesan walau apa pon terjadi, saya tak boleh patah semangat. Hanya pendidikan yang boleh membuka mata kedua ibu bapa saya.

Sejak haritu saya bertekad akan belajar bersungguh sungguh bukan untuk ibu dan ayah. Tapi untuk nenek. Untuk balas segala jasa nenek dan maksu.

Alhamdulillah saya dapat keputusan cemerlang dalam SPM dan berjaya ke IPT di KL. Alhamdulillah. Betul kata nenek. Masa tu baru ibu tunjukkan muka dia. Ayah pulak dah rajin call tanya keperluan itu ini. Saya kata tak pe semua dah cukup.

Sepanjang pengajian saya pernah 3 kali ibu datang melawat saya di kolej. Tapi perasaan saya masa tu entah la. Takde rasa apa. Takde rasa rindu atau teruja. Rasa kosong dan biasa saja. Ayah pulak bila tahu saya balik cuti semester sibuk nak ambil saya di stesen bas.

Saya kata takpe saya boleh naik bas dan terus balik ke rumah nenek. Kenapa sekarang setelah saya dah pandai berdikari baru nak peduli hal saya ye. Kenapa tak peduli masa saya sangat perlukan diorang. Kenapa baru sekarang?

Selepas habis belajar alhamdulillah saya terus dapat kerja di KL. Sedikit demi sedikit saya balas jasa nenek dan maksu. Saya kumpul duit gaji saya dan ubahsuai rumah nenek, beli perabot baru, beli penapis air, aircond dan macam macam lagi.

Nenek menangis terharu bila nampak rumah papan dia bertukar batu. Saya juga buat loan untuk beli kereta baru maksu. Kereta kancil lama asyik rosak je.

Itu saja yang saya mampu buat untuk balas segala jasa nenek dan maksu selain dari doa yang tak pernah putus untuk diorang.

Pasal ibu dan ayah pulak. Sekarang barulah nak tunjuk caring. Pernah ibu tiri masak macam macam dan ajak saya makan malam dirumah bila tahu saya ada dekat kampung. Cakap pon bukan main lembut sebelum ni pandang pon tak.

Ayah pulak pernah bagi hint katanya gaji saya dah besar siap boleh hulur kat nenek 1k sebulan, tak kan tak boleh hulur sikit untuk dia. Saya buat tak dengar je.

Ibu pon pernah call saya nak pinjam duit katanya untuk buat umrah tapi saya bagitau ibu,

“Maaf ibu kakak tak de duit sekarang sebab kakak pon tengah nak kumpul duit untuk nenek pergi umrah jugak”. Kejam tak saya?

Entah la saya tahu macam mana buruk pon diorang tetap ibu dan ayah saya. Saya dah maafkan diorang tapi saya mungkin belum melupakan. Setiap hari saya berdoa kepada Allah supaya putih kan hati saya dari dendam ini.

Pernah sekali saya bawak nenek dan maksu bercuti ke Vietnam dan saya upload gambar gambar di Fb dan tag ayah dan ibu tiri saya. Saya sengaja nak diorang tengok. Betapa hitam nya hati saya.

Tapi jauh disudut hati saya saya cuma nak menggembirakan hati insan yang paling setia dan paling sayang saya. Yang ada ketika suka dan duka saya iaitu nenek dan maksu. Mereka lah segalanya untuk saya.

Kepada pembaca semua, doakan saya ye. Sejujurnya saya tiada memori Indah zaman kanak kanak bersama ibu dan ayah seperti anda semua. Saya tahu pengalaman pahit ini menjadikan saya seorang yang pendendam. Saya tahu ini tidak ok.

Semoga Allah tunjukkan saya cahaya untuk saya menjadi anak yang solehah untuk ibu dan ayah saya.

Reaksi warganet

Siti Aminah Ahmad –

Sedih baca kisah ni. Itulah, bole pulak mak ayah lepas tanggungjawab jaga anak pada orang lain. Tahniah sis, maybe sebab perasaan yang tak terluah tu jadi dendam.

Harap suatu hari nanti, berterus terang dengan parents, biar rasa tu hilang dan bole move on.

Auni Dahlan –

Yes!! Rasa puas hati bila baca confession kau ni sis. Selalu tu lelah aku baca confession orang yang tak abis abis mengemis kasih kat mak ayah yang dah buang dia dengan alasan “tak kesah betapa teruk mak ayah kamu, merekalah orang yang melahirkan kamu!!!”

Siti Khadijah Dolmat –

Maafkan saja, manusia hidup tak terus menjadi baik. Dengan masalah dia yang kita tak pasti dia lambat sedar. Balasan tetap ada tuhan bagi.

Apa pun buat baik berpada pada. Setelah puas dendam berbalas, berilah hak ibu bapa kerana yang diberi disedekah itulah milik kita pahla dibawa ke dunia satu lagi.

Norliza Azilah Mohammad –

Aruwah mak pun menerima nasib macam ni. Ditendang bagai bola oleh ibu bapa kandung. Dibela ibu saudara, dilayan baik. Tapi tak disekolahkan. Membantu keje keje didapur.

Tapi anak anak tak sempat nak bahagiakan emak. Sebab umurnya tak panjag. Semoga Allah jadikan penderitaan hidupnya sebagai penghapus dosa.

Zaitun Ujang –

Saya takda nak jadi batu api. Tetapi kan, awak bijak. Memang lah tak baik tak layan orang tua, tetapi itu lah yang patut mereka terima.

Kamu bukan derhaka tetapi kamu wajar dingin dengan manusia plastik ni. Berani nak jatuh hukum derhaka? Suh cermin diri masing masing. Apa yang ko buat itu yang ko dapat. Apa yang ko tanam itu yang ko tuai.

Wahai ibu bapa, bertanggungjawablah menjaga amanah Allah. Saham dunia dan akhirat. Jangan nak harap anak nak layan ko baik. Kalau dulu ko sepak macam sampah. Akhirnya ko jadu sampah pada mereka. Fikir dan renungilah.

Masmiah Thomas Enggong –

Tahniah, awak buat yang terbaik. Semoga murah rezeki

Sebagai ibu anak baru 1, yang mendambakan ramai anak. Sangat kecewa dengan tindakan ibu bapa awak. Sedih tak boleh bayang. Senang betul buang tanggungjawab macam tu saja.

Di posisi saya, bukan senang nak dapat anak. Sangat berisiko. Saya dan suami both pembawa beta tlasemia. Syukur anak pertama cuma pembawa bukan penghidap.

Bila nampak ramai ibu bapa lepas tanggungjawab ke anak. Atau orang buang anak. Jangan cakaplah hati saya sakit macam mana. Rasa macam tak adil saja untuk saya. Sebab saya suka ramai anak, tapi keadaan tidak mengizinkan. Tak apalah, setiap manusia ujian berbeza.

Durrah Dayana –

Apa yang kita patot tahu. Di akhirat nanti anak boleh menuntut macam macam kat mak ayah nya dari segi ‘tanggungjawab’.

Kepada confessor, bergembira lah, atas penderitaan anda masa kecil telah terbentuk jati diri anda dan tak lupa Allah hantarkan 2 insan mulia untuk anda tetap hidup berkasih sayang.

Semoga tiada dendam terhadap ibubapa kandung tersebut, biar kenangan tu cepat pudar. Namun, cukup la confessor balas jasa pada nenek dan mak su. Semoga bila berkahwin, confessor matang berdasarkan pengalaman lepas. Aamiin.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.Terima Kasih

Sumber – Alya maisara (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia