“Depan Aku Juga Ibu Minta Riz Nikahi Sara” Tengah aku huru hara dengan sara tiba2 tertumbuk ibu, esoknya Riz hilang

 

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Misya (bukan nama sebenar). Berumur 35 tahun dan berkerja dalam bidang professional. Maafkan saya jika coretan saya ini agak panjang.

Saya bertemu dengan Hariz (bukan nama sebenar) semasa sama sama dalam latihan penjawat awam. Pertama Kali melihat Hariz terus saya “cair”.

Semua ciri ciri lelaki idaman saya ada pada Hariz. Chinese look, berbadan tegap, tinggi dan soft spoken. Saya pula biasa, berkulit sowo matang dan tinggi.

Saya bukan kategori perempuan yang cantik. Jadi saya pendam saja perasaan. Takut kena reject. Setiap kali berselisih saya akan berikan senyuman yang paling manis boleh. Kalau ada peluang memang saya akan curi curi pandang.

Bila terpaksa bercakap memang saya akan control habis. Control ayu orang kata. Mungkin ini yang dinamakan cinta.

Dipendekan cerita, setelah tamat latihan, saya ditempatkan di utara tanah air manakala Riz ditempatkan di Putrajaya.

Suatu malam, saya menerima SMS dari nombor yang tak dikenali. Masa tu saya melompat riang bila tau itu adalah Riz. Ya, Riz lelaki idaman saya. Happy sangat saat tu.

Riz kata dah lama perhatikan saya, cuma bila dah confirm kerja, baru berani nak approach. Hati saya jangan cerita la, berbunga bunga. Saya sanggup balik kampung tiap tiap minggu masa tu. Sebab nak jumpa dengan Riz.

Orang tengah angau, lautan api pun sanggup ku renangi. Memang perjalanan cinta kami smooth saja. Selepas beberapa bulan, kami buat keputusan untuk berkahwin.

Oh ya, saya dan Riz sebaya. Keluarga saya dari negeri beradat manakala Riz dari Selatan. Keluarga saya merestui hubungan kami tapi lain pulak keluarga Riz. Semua setuju kecuali ibu Riz.

Ibu mohon supaya Riz berfikir semula kerana susah jika berkahwin dengan dengan orang dari negeri beradat seperti saya.

Pemahaman mereka jika bercerrai nanti tinggal sehelai sepinggang. Adik beradik Riz semua berkahwin dengan orang satu negeri. Jadi keputusan Riz untuk berkahwin dengan saya mendapat tentangan dari Ibu.

Kami tekad untuk berkahwin. Riz kata lepas kawin mesti hati ibu lembut. Ya, saya juga berfikiran begitu. Mana mungkin saya tolak Riz, dia lelaki paling saya sayang masa tu. Riz minta saya cuba ambil hati ibu lepas kawin.

Urusan majlis perkahwinan kami berjalan lancar, majlis ditempat saya memang meriah dan di sebelah Riz buat kecil kecilan. Ibu tak suka, jadi adik beradik Riz sahaja yang tolong uruskan. Alhamdulillah selesai majlis kami.

Sebelum saya lupa, Riz adalah anak Mak. Memang Ibu adalah segalanya bagi dia. Riz tak pernah membantah arahan ibu kecuali kawin dengan dengan saya. Riz pujuk ibu untuk izinkan. Walaupun ibu tak suka, tapi ibu izinkan juga.

Di awal perkahwinan, kami PJJ tetapi selepas beberapa bulan, Riz minta saya berhenti dan duduk dengan dia. Riz minta saya mohon untuk tukar atau berhenti.

Ya saya setuju untuk berhenti dan duduk dengan Riz sebab permohonan untuk tukar tak diluluskan. Di fikiran saya masa tu, saya Cuma nak duduk dekat dengan Riz.

Rezeki saya, dalam Masa sebulan saya mendapat kerja berdekatan dengan kawasan kami. Saya dan Riz memang happy sangat masa tu. Saya lagi la bahagia, Riz ada depan mata dan dapat kerja. Saya betul betul obses dengan Riz.

Riz sorang yang fit dan pentingkan kesihatan. So saya memang ikut dia bersukan dan gaya hidup sihat dia. Saya memang akan cuba jaga penampilan dan cuba nampak perfect depan Riz.

Setiap pagi saya akan bangun awal dari Riz sebab saya Tak nak dia tengok muka saya serabut. Saya akan buat selagi boleh.

Saya akan cuba sedaya upaya bersiap awal untuk elak nampak serabut depan Riz. Perjalanan kerjaya dan kewangan kami juga baik.

Saya memang agak workholic, rajin training dan ambil cert. So, saya selalu tukar kerja untuk dapat gaji yang lebih stabil. Walaupun sibuk berkerja, saya tetap akan cuba layan Riz dengan sehabis baik.

Ibu mertua seperti dari awal memang tak suka saya, jadi apa yang saya lakukan semua tak kena. Setiap kali pulang ke rumah mertua memang saya akan makan hati. Kalau saya masak mertua takkan makan lepastu akan minta biras atau adik ipar masak baru. Takut saya letak rcun katanya.

Saya dah cuba bermacam cara untuk untuk ambil hati ibu. Belikan hadiah, berikan duit, masak, kemas rumah tapi semua tak menjadi.

Tiap tiap tahun, hari raya pertama, kami beraya di kampung Riz ini termasuk Hari raya Haji. Kalau ada kenduri sebelah keluarga Riz dan saya, saya akan mengalah.

Saya dah cuba sedaya upaya namum saya tetap dibenci. Ibu tak kan berhenti membebel setiap kali kami balik.

“Abisla anak aku tinggal sehelai sepinggang”, “anak aku dah kena ubat guna guna”. Macam macam drama dan hinaan saya terima. Kalau tak tahan sangat saya akan masuk bilik dan menangis sepuas hati.

Biasanya Riz akan datang memujuk. Minta saya sabar dengan ibu. Masa ni saya rasa lega. Ya, setiap kali saya dihina, Riz akan pujuk. Pak Mertua, ipar dan biras semuanya sangat baik. Itu antara faktor saya boleh bertahan.

Setelah usia perkahwinan kami hampir 5 tahun, kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun, sepanjang perkahwinan kami sangat bahagia. Kehidupan kami sangat Healthy. Siang kami berkerja, setiap malam kami akan talk to each other tentang kerja dan kehidupan di office.

Lepas tu layan movie sama sama. Weekend kami akan holiday, jalan jalan, tengok bola. Pergi sokong JDT, Sokong Harimau Malaya (Rindunya masa ni). Lepas kawin Riz memang minta saya jangan aktif di medsos. So, saya memang tak bukak FB, IG dan lain lain platform.

Kami habiskan banyak masa bersama. Memang saya wanita paling bahagia di dunia pada masa tu. Ibu pula memang tak berhenti membenci saya. Saya dipanggil perempuan mandul, tak guna, perempuan sihir dan banyak lagi. Selagi Riz ada dengan saya, saya bertahan.

Suatu Hari, ibu menelefon Riz minta kami ambil cuti dan balik segera. Kami tergesa gesa balik malam tu juga. Sampai dirumah, ibu tersenyum senyum di pintu dan minta Riz rehat sebab esok ada perkara penting katanya. Esoknya, Ibu kerah biras dan ipar untuk masak sedap sedap.

Rupanya ada tetamu nak datang. Apa yang penting? Kenapa nak minta kami balik? Macam macam perkara di fikiran saya.

Dari jauh saya Nampak ibu memeluk tetamu tersebut. Nampak sangat mesra. Saya kenalkan tetamu tersebuat sebagai Sara. Seorang gadis yang putih melepak, berkaca mata dan agak chubby. Ibu minta Riz ke ruang tamu untuk berkenalan.

“Ini Sara, ibu nak Riz kawin dengan Sara” .

Masa ibu sebut kahwin, jantung saya terus berdegup laju. Tangan Riz saya genggam erat. Ya Allah, dugaan apa ni.

“Sya kan mandul, Riz kena kawin untuk zuriat” ujar ibu.

Riz tunduk, diam Tak keluarkan apa apa perkataan. Saya rasa dunia gelap, terus lari masuk ke dalam bilik. Menangis sepuas hati, kemas beg dan terus balik Selangor.

Dari Saat itu start baca blog dan artikel berkaitan “trying to conceive”. Saya cuba kawal emosi, berfikiran positif, makan makan sihat, workout dan doa kepada Allah yang satu. Sara masih mengganggu Riz. Saya abaikan tentang Sara. Saya cuba kekal positif dan percayakan Riz.

Beberapa bulan kemudian, Alhamdulillah saya hamil. Riz dan saya sangat gembira. Rasa macam mimpi. Terima kasih ya Allah. Terima kasih.

Riz ambil maid untuk tolong buat kerja rumah. Memang Riz betul betul menjaga semasa saya hamil sehingga melahirkan dan berpantang. Saya melalui semua prosess tersebut dengan tenang dan gembira.

Kami dikurniakan anak lelaki yang kami namakan sebagai Anaz. Riz sediakan semua keperluan kami. Setelah saya habis pantang, baru Riz bawa saya balik ke rumah mertua.

Ibu seperti biasa tak sukakan saya dan memang anak saya pun dia tak suka. Anak saya lebih mirip dengan saya. Senang cerita Anaz pun mendapat nasib macam saya. Tak disayangi.

Rancangan ibu untuk madukan saya tak pernah berhenti. Semasa PKPP dan boleh rentas, ibu datang ke rumah kami di Selangor.

Masa tu terkejut sebab ibu tak bagitau nak datang. Rupanya ibu datang dengan Sara. Gigih Sara tolong drive bawa ibu ke rumah kami. Ibu datang sebab nak pujuk Riz kawin dengan Sara.

Ibu dan Sara plan nak bermalam dirumah kami. Saya memberontak, cuba tunjukkan pada Riz yang saya tak suka Sara. Isteri mana dekat dunia ni yang suka kalau ada orang ketiga siap nak bermalam dekat rumah sendiri.

Tapi Riz minta saya layan ibu dengan baik. Ibu datang dari jauh. Saya pelik sebab tak sangka wujud lagi perempuan yang langsung tak ada rasa malu.

Saya isteri Riz yang sah, tapi dengan tak malunya dia menggedik dengan Riz. Ibu terus terang kata nak cepatkan tarikh kawin Riz dengan Sara.

Kali ni saya bersuara, saya kata pada ibu yang saya tak kan izinkan. Riz takde sebab nak kawin lagi 1. Berlaku pertengkaran antara saya dan Sara.

Sara kata dia ada hak nak kawin dengan Riz sebab Ibu dah berjanji dan Riz juga mampu. Ibu pula tak habis habis nak hina saya.

Saya hilang sabar dan terus tarik Sara. Berlaku pergelutan antara kami malam tu. Saya lepaskan semua yang terbuku selama ini, saya tarik tudung, tumbuk muka, lempang dan belasah Sara cukup cukup malam tu.

Sara pula sempat tarik rambut saya. Memang sakit tapi hati saya lagi sakit. Ibu nak tolong Sara, tapi Riz tahan ibu.

Riz cuma kata, “stop it Sya, stop”. Sara dah menjerit sakit tapi saya masih belum puas. Tangan saya tak henti henti pkul Sara. Ibu lari nak tolong Sara dan masa ni Saya tak sengaja tertumbuk muka ibu.

Betul, Saya tak sengaja. Ibu menangis menjerit jerit seperti histeria. Ibu mengatakan saya perempuan jahat sebab sanggup pkul orang tua. Riz peluk untuk tenangkan ibu. Sara pun peluk ibu juga.

Hati saya yang masih belum reda minta Riz buat pilihan sama ada Ibu atau saya. Ya, inilah perkara paling bodoh yang saya pernah ungkapkan.

Riz pilih ibu. Sepatutnya saya tak perlu beri Riz pilihan. Dunia saya terus menjadi gelap. Saya lari masuk ke bilik dan menangis sepuas hati. Menangis dengan harapan Riz datang pujuk. Saya menangis sepanjang malam. Buat kali pertama, Riz tak datang pujuk.

Esoknya saya terus cari Riz. Rupanya mereka semua dah balik ke rumah Ibu malam tadi. Banyak barang barang saya kena bawa. Kuali, Thermomix, Cooker, Diffuser, EO dan banyak lagi la. Maid pun dorang angkut sekali. Sedih. Kalau saya tahu Riz nak pergi, mesti saya tahan.

Saya call Adik minta dia datang untuk uruskan Anaz. Saya sambung menangis dalam bilik. Menangis sepanjang hari. Saya call Riz, dia tak jawab, saya wasap dia, dia tak reply. Saya menangis sepuasnya dalam bilik. Saya apply cuti. Saya tak boleh buat kerja dalam keadaan sekarang.

Beribu ribu SMS dan wasap saya bagi Riz tapi tak ada jawapan. Selang 2 hari lepas tu baru Riz balas. Riz lafazkan talak melalui wasap. Saya dah dicerraikan oleh orang yang paling saya sayang. Dunia saya gelap lagi. Ya Allah.

Saya habiskan masa menangis di dalam bilik dan berharap semua ni adalah mimpi. Saya masih tak boleh terima kenyataan. Riz segala galanya bagi saya. Mak dan Abah datang dari kampung. Masuk ke dalam bilik saja, Mak terus peluk saya.

Mak kata saya kena kuat. Walaupun Riz dah taknak dengan saya, tapi Mak tetap sayang saya. Saya menangis lagi. Menangis semahunya. Saya nampak mata abah bergenang. Saya tak kuat.

Semasa dalam Iddah saya masih pujuk Riz untuk rujuk. Saya hantar beribu ribu wasap dan call. Setiap malam saya akan bagitau yang saya cintakan Riz dan merayu supaya terima saya Kembali. Namun tak ada balasan dari Riz.

Selepas habis tempoh Iddah, baru Riz bagi wasap yang panjang bersajala.

Kesimpulannya, Riz mohon maaf sebab tak dapat nak bersama dengan saya lagi. Air mata saya gugur lagi. Saya masih belum boleh menerima yang saya memang tiada jodoh dengan Riz.

Kadang kadang saya sengaja letak status wasap gambar gambar Anaz dengan harapan Riz akan respond.

Ya, biasanya dia akan respond kalau saya letak gambar Anaz. Sampai begitu sekali saya cari perhatian dari Riz. Boleh dikatakan hampir setiap hari Riz akan Facetime dengan Anaz.

Hubungan kami baik cuma kami tiada jodoh. Bila Riz wasap kata, “Stay strong Sya”. Itu pun dah cukup buat saya. Mencintai tak semestinya memiliki. Sekurang kurangnya saya pernah rasa sangat bahagia dengan Riz. Memori paling indah dalam hidup saya.

Hari ini, saya cuba bina hidup baru. Cuba lupakan Riz. Tumpukan perhatian pada Anaz. Kembali pada Allah. Mencintai Allah pasti tak akan kecewa.

Doakan saya supaya saya Istiqamah. Aktif Kembali di medsos dan harap dapat berkawan dengan kelompok orang orang yang positif. Mungkin pembaca confession ini oleh cadangkan kepada saya group yang boleh saya join untuk kekal positif.

Buat Ibu, Sya minta maaf sebab pkul ibu. Halalkan makan minum Sya dan maafkan semua kesalahan yang pernah sya buat. Buat Riz, saya doakan awak setiasa Bahagia.

Terima kasih sebab pernah bahagiakan saya. Saya adalah Wanita terpaling bahagia – dulu. In Shaa Allah, saya juga nak jadi terpaling bahagia untuk masa akan datang.

Wanita Bahagia, Misya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Misya (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia